Followers

Friday, February 18, 2011

Reformasi Yang Gagal: Pas Perak Hampir Muflis, Terpaksa Jual CD Fitnah Nak Cari Duit


Sejak kebelakangan ini didapati Pas Perak bertungkus lumus mengumpul bahan fitnah. 

Bahan ini kemudian diadun dan di jual kepada orang ramai dalam bentuk CD, pita cassete juga risalah. Duit hasil fitnah ini akan digunakan untuk mendidik ahli-ahli dan pengikut taksub parti melalui majlis ilmu di mesjid-mesjid dan surau. 

Duit fitnah ini juga dibuat sedekah orang meninggal dunia atau dihulur kepada ibu tunggal yang dijangka mahu memberi undi.

Bahan fitnah yang digunakan tidak menjadi masalah kerana apa sahaja isu adalah halal asalkan tujuan fitnah itu adalah kerana Allah Taala.

Terbaru dan paling menggelikan hati Rakyat Perak adalah isu "ancak" yang dimainkan sepertimana mereka mainkan isu altantuya dan isu APCO. 

Isu yang tidak tentu hujung pangkal kebenarannya tetapi sangat "syok" dan sangat berselera untuk dimainkan. Kebetulan pula kebanyak ahli dan pengikut Pas adalah terdiri daripada  jenis yang tak mampu berfikir. Mujurlah golongan ini sudah semakin berkurangan.

IPOH 7 Feb. - Pergerakan Pemuda UMNO Perak akan mengedarkan satu juta cakera padat (CD) bagi menjelaskan pembohongan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengenai isu ancak.

Ketua Pemuda UMNO negeri, Khairul Azwan Harun berkata, pengedaran CD dalam tempoh terdekat ini bagi membolehkan rakyat mengetahui gambar dan cerita sebenar isu ancak yang diputar belitkan oleh Nizar itu.

Beliau berkata, isu ancak yang dibangkitkan Pas Perak itu jelas merupakan satu fitnah dan pembohongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir untuk mengelirukan rakyat.


Dipetik dari Blog Pemuda Umno Tapah


Lintau hanya ingin mengingatkan kepada semua ahli dan penyokong Pas Perak supaya meninggalkan parti Pas dengan secepat mungkin. 

Sebabnya parti ini sudah tidak relevan lagi di negara kita. Parti ini tidak ada peranan langsung melainkan menjadi haiwan politik peliharaan Parti China DAP sahaja.

Rakyat memerlukan pembelaan, Pas hanya boleh memberikan ceramah. 
Rakyat memerlukan kebajikan, Pas hanya mampu memaki hamun.
Rakyat memerluka pekerjaan dan sumber pendapat, Pas hanya mampu menghasut kebenciasn sahaja.

Tinggalkan Parti yang sudah tidak memberi apa-apa faedah kepada agama, bangsa dan negara.

Tetapi Lintau nak ingatkan kepada yang lain-lain, janganlah pula dimusuhi ahli-ahli dan penyokong parti ini. Mereka adalah sedara mara kita juga, sahabat handai dan rakan sekampung atau kawan sekerja. Berkawanlah juga dengan mereka, bertegur sapa dan bekerjasama.

Kalau mereka susah hendaklah kita tolong. Kalau anak-anak mereka hadapi masalah persekolahan, berilah bantuan. Mereka tidak ada tempat mengadu jika menghadapi sebarang masalah.

Kekalkan silaturrahim sebagaimana ajaran agama kita

Pas bukan Agama, 
Pas parti politik macam DAP.
Nik Aziz bukan ulamak, 
Nik Aziz ustaz Politik.
Nizar bukan ustaz, 
Nizar haiwan politik ternakan Lim Kit Siang.

2 comments:

basry said...

memang betul,semakin ramai yang dah meninggalkan sokongan kepada PAS kerana kecelaruan halatujunya. Ahli-ahli PAS yang masih boleh berfikirpun telah ragu-ragu dengan tindak tanduk kepimpinan mereka terutamanya Nik Aziz. Cuma mereka ini tidak menampakkan sikap mereka sebenar kerana takut diboikot oleh ahli-ahli yang lain. Bukan takut pada tuhan..

Bahtera Merdeka said...

Betul tu sdra Basry..

Nik Aziz takut pd ahli dan penyokong...ahli pulak lebih percaya pd lidah nik aziz dan ustaz poltik Pas dari ajaran Allah.

Pas itu parti politik mcm DAP
Nik Aziz tu ustaz politik mcm Kit Siang
Pas parti Melayu yg peralatkan agama Islam.
DAP parti China yg peralatkan Nik aziz bersama2 ahli2 Pas yg lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...