Followers

Tuesday, February 15, 2011

Pas Perak Tak Dapat Sambutan, Blogger Pulak Tinggalkan PKR..

logo BN ditayang terbalik...
inilah ukuran kualiti pemikiran ustaz-ustaz politik peneraju parti...
ceramah kebudak-budakan Parti Melayu Pas Perak..

Pada 14 Feb 2011, Penduduk kawasan Manjoi, terutama sekitar Kampng Tengku Husin  dan Taman Klebang Jaya, patut berasa bertuah. 

Ini disebabkan kawasan itu telah didatangi oleh gerombolan pakatan pembangkang yang didalangi oleh Parti Melayu Pas. 

Penduduk sekitar yang hadir akan berpeluang melihat dan mendengar sendiri bagaimana gerombolan ini beraksi mengisi nikmat demokrasi dalam negara yang kita cintai ini.

Majlis ceramah politik yang pasti menghidangkan yang terbaik kepada orang ramai yang hadir iaitu:
  1. Memulakan ucapan dengan selawat dan ungkapan keagamaan yang indah-indah
  2. Menggunakan petikan  ayat quran dan hadis untuk menyedapkan ucapan dan hujah
  3. Memutarbelitkan fakta untuk mengelirukan kefahamn pendengar
  4. Membuat tafsiran ke arah kepentingan politik parti untuk memerangkap pendengar
  5. Membuat fitnah dan meniupkan kebencian untuk meningkatkan rasa marah kepada kerajaan terutamanya kepada UMNO
  6. Menyelitkan dengan fitnah, cacian, maki hamun, menyentuh peribadi dan segala macam maksiat oral yang terlintas, untuk menaikkan emosi pendengar.
  7. Kumpulan sorak akan membantu memberi signal "takbiiir" dan disamburkan dengan jeritan "Allahuakbar" 
  8. Sementara tin kosong berbunyi di atas pentas, tin kosong di bawah beredar memungut derma jihad di kalangan orang ramai yang tak pernah diaudit.

Begitulah sedikit peristiwa hari ini dalam sejarah yang verlaku di kawasan Tambun.



Dalam waktu yang sama, PKR pula sedang meniti hari-hari terakhirnya apabila dua Blogger meninggalkan permainan parti itu. 

Ikuti laporan berikut:



Mat Saman Kati
Selamat Jalan PKR
PKR pasca 2008, tak sama dengan PKR pra-2008. PKR sebelum menang, tak sama dengan PKRselepas menang.

Sebelum menang, macam-macam janji. Macam-macam harapan yang ditaburkan. Selepas menang, janji entah kemana, harapan entah kemana.
Aku dah baca banyak komen. Aku dah dengar banyak alasan. Aku dah tengok banyak contoh. Dan aku dah rasa banyak pengalaman.

Cukup lah sampai disini. Aku tak mau lagi bersubahat dengan mereka yang mungkir janji. Sebab mungkir janji itu adalah sifat munafik.

Aku tak mau dengar alasan lagi. Sebab alasan hanyalah helah untuk menutup kelemahan.

Aku tak mau kutuk lagi, sebab itu bukan contoh yang baik.

Dengan itu…aku mengambil sikap untuk berundur dari PKR. Aku bukan keluar PKR, sebab aku masih lagi memegang prinsip yang diperjuangkan. Tetapi aku tak sanggup lagi berada dalam PKR yang ada hari ini kerana ianya tidak lagi memegang prinsip yang diperjuangkan.

Maka dengan ini, aku mengisytiharkan, bahawa aku bukan lagi ahli PKR, bukan lagi penyokong PKR dan tidak ada kena mengena dengan PKR. Tetapi bukan bermakna aku memusuhi semua kerabat PKR. Masih ramai mereka yang didalam PKR yang aku hormati.

Tetapi oleh kerana ianya dipimpin oleh mereka yang tidak lagi aku hormati, maka aku tidak lagi mahu bersubahat dengan mereka.

Selamat jalan PKR. -ureka.asia





Blogger Cucumatkilau 'Secara Rasmi' Isytiharkan Keputusannya Keluar Dari Parti Keadilan Rakyat

KUANTAN, 11 Feb [12.03 pm] - Akhirnya Blogger Cucumatkilau @ Mohd Shukri Mohd Ramli (foto), 39, hari ini mengesahkan yang dirinya secara rasmi mengundurkan diri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Sidang media telah berjaya diadakan di Restoran Sg.Kita, Jalan Tanah Putih dekat sini jam 10.00 pagi tadi. Dengan keputusan ini juga bermakna beliau kini tidak lagi terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan parti itu.

Menurut Cucumatkilau keputusan yang diambil ini biar pun berat tetapi terpaksa ditelan jua memandangkan beliau mahu bergerak bebas dan menumpukan sepenuh perhatian kepada kerjayanya.

"Saya mahu berehat dan lupakan seketika dunia politik. Banyak benda yang perlu saya uruskan terutamanya berkaitan dengan keluarga. Saya mahu menumpukan sepenuh perhatian untuk membela nasib keluarga dan masa depan anak-anak", katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan keputusan yang diambil ini akan dicemuh dan dikutuk oleh ahli-ahli PKR terutamanya bagi mereka yang memang sejak sekian lama tidak bersetuju dengan pandangan saya.

"Orang boleh kata apa saja, namun niat saya untuk keluar memang sudah lama saya maklumkan cuma ia tidak secara rasmi. Kini barulah saya rasa bebas dan boleh menentukan hala tuju masa depan saya sendiri. Memang saya akui banyak tuduhan akan dilemparkan oleh mereka selepas ini. Itu hak mereka, tetapi hak saya perlu dipertahankan. Ketika saya jatuh, susah dan mengharapkan simpati tiada siapa yang mahu datang membantu tetapi bila saya memilih jalan hidup sendiri ramai pula yang mempertikaikan. Biasalah, buat baik pun orang akan mengutuk apatah lagi dengan keputusan berat yang saya ambil ini", tambah beliau lagi.

[Dalam pada itu, beliau juga tidak menolak kemungkinan akan kembali berpolitik suatu hari nanti jika ada kekuatan dan semangat untuk meneruskan perjuangan itu. Ikuti kenyataan beliau dalam blognya www.cucumatkilau.blogspot.com, terutamanya mengenai beberapa teguran dan nasihat buat mana-mana sahabat yang masih meneruskan perjuangan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sendiri.

Kami dan seluruh warga kerja Pahang Daily Online mengucapkan selama berehat untuk Cucumatkilau, semoga perjuangannya akan diteruskan dalam apa jua cara sekali pun.

Biar apa pun yang terjadi, kami yakin yang beliau telah memikirkan apa yang mahu dibuatnya. Keputusan yang dibuat itu adalah selepas beberapa lama membuka ruang perbincangan dengan sahabat terutamanya pemimpin PKR itu sendiri. Jika beliau seorang pengkhianat, lebih baik dia terus keluar dari PKR tanpa berbincang sebegitu lama. Namun, orang ramai yang mengenalinya saja yang boleh menilai apa yang dilakukannya ini. Bagi kami, hak peribadi beliau usahlah dipertikaikan kerana dia lebih mengetahui segala apa yang mahu dilakukannya sekarang. -pahangdaily
Ulasan GB

Apa yang GB katakan sebelum ini menjadi kenyataan.

Tindakan Anwar, Saifuddin dan Azmin sendiri yang menyebakan PKR jadi begitu menyebabkan ramai yang bertindak meninggalkan parti.

Dan anehnya pimpinan tidak memperbaikinya, sebaliknya terus mempertahankan kelemahan dengan nak jelajah satu negara baiki imej parti, kata mereka.

Petikan:

Imej parti nak dibersihkan dengan menjelajah satu Malaysia. Itu satu langkah yang baik. Setidak-tidaknya dari perspektif kekuatan PR sendiri supaya PKR tidak terus-terusan menjadi liabiliti kepada PR.

Tetapi pemulihan imej tidak hanya dapat dilakukan dengan sekadar menampal make-up di wajah yang telah hodoh sedangkan tak ambil langkah positif perbetulkan kelemahan yang menyebabkan PKR ditolak dan imejnya tercalar.

Ini zaman IT. Ini zaman orang berilmu, ini era twitter, era blogging, zaman orang berfacebook! Orangramai tidak semudah itu boleh menerima kata-kata ucapan retorik lagi.



dipetik dari blog Greenboc


Lintau hanya ingin mengambil kesempatan kepada saki baki peyokong dan peminat Gerombolan Pakatan Pembangkang supaya kembalilah ke jalan yang benar. Marilah bersama-sama kita membina diri, keluarga, masyarakat di dalam negara yang damai sejahtera ini.

Cukuplah menjadi tali barut PAS dan PKR yang dikuasai oleh China DAP yang hanya bertujuan untuk memusnahkan kehidupan kita dan meninggalkan kesengsaraan kepada anak cucu kita di kemudian hari.

Agama kita menyuruh bersatu dan melakukan kebaikan, bukan demonstrasi jalanan, ceramah pembohongan, kata-kata cian maki hamun serta menyuburkan kebencian dan permusuhan.

Bagaimanapun silaturrahim yang pernah terjalin janganlah diputuskan dan sambunglah berterusan untuk membina kebenaran dan meninggalkan kepalsuan.

Cukuplah sampai di sini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...