Followers

Wednesday, February 2, 2011

Hujah Tun Mahathir Gagal Difahami Oleh Haji Nik Aziz


Haji Nik Aziz masih lagi syok dengan kenyataan umumnya bahawa "UMNO menolak Islam".

Ustaz politik Parti Melayu ini berkata demikian untuk menghalalkan sokongannya terhadap kenyataan Lee Kuan Yew yang meminta umat Islam di Singapura (tentu juga di Nusantara) supaya melonggarkan pegangan agama Islam mereka.

Harakahdaily dalam ulasannya juga dikesan sama gagal memahami hakikat perjuangan UMNO dan sumbangan besarnya kepada perkembangan syari'e dan syariat Islam di negara ini.

Dengan mudah Tun Mahathir menjelaskan:

Petikan: Harakahdaily

“Hasil perjuangan nasionalis Melayu negara sekarang diperintah oleh orang Melayu Islam. Mereka mengharamkan arak dalam majlis rasmi Kerajaan, menerap nilai-nilai Islam dalam pemerintahan, membekalkan wang kerajaan untuk kegiatan-kegiatan agama Islam, memudahkan orang Islam buat kerja haji, mendirikan masjid-masjid, menubuhkan Universiti Islam, Bank Islam, Takaful, badan-badan dakwah, mengharamkan loteri nasional dan berbagai-bagai lagi yang disuruh oleh agama Islam.

"Teruk sangatkah orang nasionalis ini dalam mengamal ajaran Islam?” kata Dr Mahathir



Menuduh UMNO menolak Islam adalah pembohongan besar. Rakyat Malaysia samada Islam atau bukan Islam amat menyedari bahawa UMNO sentiasa konsisten dengan agama yang mereka pegang.


Bukan Muslim juga menikmati hidup di bawah keadilan dan kesederhanaan Islam yang menjadi dasar pelaksanaan dalam semua bidang hidup rakyat pelbagai bangsa dan agama.


Bukan Muslim bebas dan selesa dengan agama mereka. Kaum Bukan Melayu bebas dan selesa mengumpul kekayaan dan berjaya membaiki taraf hidup sekian lama.


Peniaga runcit China bukan Islam boleh mengaut keuntungan perniagaan dalam kawasan penduduk Melayu Islam dan kaum India bukan Islam bebas mendirikan kuil di merata tempat serta menjayakan pelajaran anak-anak sehingga menjadi ahli profesional. 


Ini hanyalah contoh yang amat mudah untuk memahami bahawa UMNO dan BN berjaya mempertahankan persepakatan bijak yang merentas kaum dan agama di negara majmuk ini.


Persoalannya mengapa Pas dan Harakahdaily sentiasa mendendangkan bahawa UMNO menolak Islam?


Sebabnya adalah kerana agama Islam adalah modal dan alat politik Parti Melayu itu.


Bahayanya, Pas tidak sedar bahawa maksud Lee Kuan Yew yang sebenar bukanlah ditujukan kepada ahli-ahli dan pengikut Pas, tetapi kepada umat Islam di luar pengaruh politik Pas.


Penghalang cita-cita PAP dan DAP adalah umat Islam yang berpegang kepada agama Islam sebenar yang tidak dipolitikkan yang menjadi pegangan sebahagian besar umat Islam di negara ini bersama kerajaan yang mereka dirikan. 


Ajaran Islam yang dipegang oleh UMNO adalah ajaran yang mementingkan keadilan sosial, persaudaraan, hormat menghormati, saling membantu, menghargai ilmu, menolak keganasan, menerima kepelbagaian ras, budaya dan agama dan banyak lagi nilai murni sejagat. Inilah Kerajaan yang dirikan bersama oleh seluruh Rakyat Malaysia yang ingin dimusnahkan oleh kenyataan Lee Kuan Yew itu.


Lee Kuan Yew sangat berharap lebih ramai umat Islam melonggarkan pegangan agama Islam mereka seperti yang sedang diamalkan oleh Pemimpin Pas serta ahli-ahli dan pengikutnya sekarang. Dengan itu lebih mudah Kerajaan yang diperjuangkan oleh Rakyat ini dimusnahkan. 


Selagi umat Islam di negara ini berpegang teguh dengan ajaran Islam yang sebenar dan berlainan dengan Islam yang dipegang oleh Pas, selagi itu cita-cita mendaulatkan Ketuanan China DAP di Malaysia akan menjadi angan-angan PAP Lee Kuan Yew.


Mampukah Nik Aziz dan Harakahdaily melaksanakan hasrat Lee Kuan Yew ini?


Jelaslah bahawa hujah Tun Mahathir tidak mampu difahami oleh haiwan politik ini.



1 comment:

G4UMNO said...

Salam untuk semua yang mengucap Dua Kalimah Syahadah

Bukan mereka tidak faham kerana tidak mempunyai akal tetapi kebutaan hati pembangkang terutama PAS akibat sifat hasad dengki, khianat , mengadu domba, fitnah, ghibah dan penipu. Sifat ammarah tersebut telah membutakan hati nurani akan kebenaran dan jasa kebaikan UMNO selama ini. Islam mengajar kita apabila melakukan kebaikan, tangan kiripun tidak tahu perbuatan sedekah tangan kanan.

Apakah PAS tidak tahu , berapa ramaikah orang yang mengerjakan haji diatas 'sponsorship' dari kalangan orang kaya UMNO, tetapi tidak diketahui ramai kerana diatas dasar menyembunyikan kebaikan daripada riak, takbur dan ujub diri

Salam, G4UMNO

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...