Followers

Tuesday, January 25, 2011

Pas Perak Nak Eksport Cerita Derhaka Mereka Ke Tenang

...itu raja Melayu lu orang punya hal...apasal kita orang mesti hormat..
lu ada 6 kerusi saja...lu mesti ikut kita orang punya arahan...

Pas Perak akan membantu gerombolan mereka di PRK DUN Tenang. Berjanji akan membawa cerita penderhakaan terhadap Paduka Seri Sultan Perak yang telah mereka lakukan.

Pas Perak akan cuba meyakinkan pengundi Tenang bahawa penderhakaan mereka itu adalah sebahagian daripada Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. 

Sumber: PasPerak.org

IPOH, 25 Jan - PAS Perak, akan memberi penjelasan berkenaan isu rampasan kuasa yang dilakukan oleh UMNO/BN semasa Pakatan Rakyat mentadbir Negeri Perak pada kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, kata Pesuruhjaya PAS Perak , Ustaz Abu Bakar Hussain.
Beliau juga menyatakan bahawa, petugas PAS Perak yang akan membantu Jentera Pilihanraya PAS PRK Tenang akan memainkan peranan utama untuk mematahkan setiap pembohongan dan propaganda yang dimainkan UMNO/BN berhubung isu di Negeri Perak.
Fokus utama Jentera PAS Perak ialah untuk memastikan para pengundi memahami isu rampasan kuasa di Perak pada pilihan raya kecil itu.
“Kita yakin bahawa UMNO/BN Perak akan mengelirukan pengundi berkenaan isu rampasan kuasa yang dilakukan mereka di Perak, oleh itu, kita akan pastikan Jentera PAS Perak dapat memberikan penjelasan sebenar berkenaan kezaliman UMNO/BN merampas hak rakyat Perak”, katanya.
Pas Perak terlupa bahawa seluruh Rakyat Malaysia sudah sedia maklum perihal kebiadapan mereka terhadap Institusi Raja di Perak.
Di Perak, Pas sedang menghadapi masalah dicemuh oleh ahli-ahli dan pengikutnya sendiri. Mereka berasa amat malu kerana Raja mereka tidak dihormati malah Wakil Rakyat Pas sendiri membiarkan kebiadapan yang keterlaluan ini berlaku. Kebanyakan mereka berasa menyesal memberi undi kepada parti China DAP yang menyebabkan mereka bertambah ramai dalam Dewan Undangan Negeri Perak. 
Perlakuan biadap, kurang ajar dan tidak bertamadun Gerombolan Pakatan Pembangkang ini membuktikan mereka Anti Nasional. Tindakan mereka juga dikesan sebagai masih terpengaruh dengan ideologi komunis yang digunapakai oleh DAP.


Lintau yakin, pengundi Tenang akan mentertawakan Pas Perak jika mereka membawakan cerita lakonan beruk politik ini ke sana. Pas sebenarnya mendedahkan betapa mereka terlalu hina diperalatkan oleh China DAP.
YAB MB Besar Perak DS Zambry Kadir mengklasifikasikan perbuatan Gerombolan ala Komunis ini sebagai mengamalkan Hukum Rimba. 

3 comments:

Lintau Perak said...

Comment - Show Original Post

G4UMNO said...
Salam untuk si Lintau Perak...
Minta jasa baik Tuan untuk link ke blog saya....g4umno.blogspot.com dan ilmukebatinanmelayu.blogspot.com

Jika Tuan adalah orang Lintau, maka kita bersaudara, saya anak murid Abang Kadir anak murid Cek Moloh Kg Kepayang Ipoh

Boleh sama sama kita belasah PKR dan DAP tu.....dengan pukulan Lintau

G4UMNO

Lintau Perak said...

Salam Sdraku G4UMNO

Kita sepengajian walaupun tak seguru.

Saya mempelajari Kuntau Jawa, Silat Ilham Penghulu Hasan, Pedang Sabil Tok Wan Kg Tiong dan Tapak Tempur Tujuh Hasan Kanchil sekitar 1969-1971.

Beritau kawan2 kita, biar hancur daging di badan, jangan sesekali serahkan bumi Perak dan Malaysia ini ke tangan China DAP.

Sanggupkah sdra mempertahankan bumi tercinta ini sebagai satu amanah Allah?

Tapi ingat bukan semua kaum China dan India suka pada DAP, sebahagian besar mereka adalah kawan2 kita senegara. Hormati mereka dan berkawan seperti biasa kerana kita telah terima mereka sebagai rakyat negara kita. Allah sudah tentukan begitu.

Saya tak redho anak cucu saya merempat dan hina di tanah tumpah darahnya sendiri.

Assalamualaikum dan selamat berjuang.

Wake UP! said...

Jom kita kuburkan PKR.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...