..memang tidak ada dalam perlembagaan Pas untuk memperjuangkan Islam..
sengaja UMNO memfitnah kami..kalau ada tunjukkan pada saya... Nizar Jamaludin
Sekian lama ahli-ahli dan pengikut Parti Melayu Islam Pas tidak perasan. Mereka tidak tahu sebenarnya tidak wujud dalam mana-mana rekod yang didokumentasikan, termasuklah dalam perlembagaan parti, bahawa Pas memang tidak memperjuangkan Islam.
Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Nizar Jamaludin di dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Perak tidak lama dahulu. Pengakuan ini sekaligus telah meletakkan Nizar Jamaludin sebagai bermasalah dan dianggap liabiliti kepada Pas Negeri Perak.
Sejak disebarkan video clip ucapan Nizar yang mengistiharkan bahawa Pas memang tidak pernah berhasrat memperjuangkan Islam, ramai ahli dan Parti Melayu Islam itu terkejut. Mereka terasa di tipu, dipermainkan dan membuang masa bersama Pas selama ini.
Mereka mula berbincang dan mempertikaikan berbagai-bagai perkara yang berkaitan dengan pendirian sebenar parti yang sering menggunakan slogan membangun bersama Islam itu.
Sebahagian ahli-ahli dan penyokong Pas Kawasan Tanjung Malim yang ditemui menyatakan kekesalan dan rasa bersalah menyokong Pas selama ini. Begitu juga tinjauan yang kami buat di Hulu Perak, Kuala Kangsar, dan Teluk Intan.
Wakil kami di kawasan Bagan Serai, Parit Buntar dan Padang Rengas juga melaporkan yang sama. Kebanyakan penyokong yang bukan ahli telah menjauhkan diri dari parti itu kerana berasa amat malu kerana selama ini mereka turut sama mencaci maki sedara mara dan rakan-rakan mereka sendiri yang menyokong UMNO.
Di kawasan-kawasan tersebut didapati sangat kurang program yang dianjurkan kerana ketiadaan tenaga. Panganjur juga menghadapi masalah besar apabila menganjurkan aktiviti kerana tidak lagi mendapat sambutan.
Terdapat banyak markaz yang sudah dibiarkan sepi. Ada yang sudah dipotong bekalan elektrik dan air kerana tidak ada siapa yang menguruskannya lagi.
Nizar ditimpa kecelakan...
mungkin akibat doa dan sumpah seranah ahli2 dan penyokong Pas...
Nizar Jamaludin dan keluarga serta anak-anaknya tetap kelihatan bersiar-siar dengan kereta mewah dan masih melambai-lambai tanyannya kepada orang ramai yang dianggap sebagai masih menyokongnya. Sedang ahli-ahli dan pengikut masih miskin dan kehidupan mereka tidak berubah. Mujurlah di kampung-kampung sekarang harga getah semakin baik dan bolehlah mereka bernafas lega.
2 comments:
sekupangdua said...
salam
nizar sudah mula gila raban teben bila mula keluar fatwa (tah masa bila jadi ulamak nyer) ttg barang siapa yang mengundi BN dan UMNO maka kafirlah penggundi tersebut...
mamat ni dah berapa kali kantoi di Perak buat lagi di Tenang, bukan Rakyat Perak tak tau bila sekarang rumah yg diduduk (RM 2J)termasuk si cina islam SU dia pun sama beli rumah semahal 2 juta, nampaknya telah makan dan terpaksa jadikan PAS sebagai juara FITNAH di merata-rata tempat termasuk Tenang menjadi sasaran di setiap kali ceramah PERDANA Parti Ajaran Sesat.
kemana saja mamat ni pergi cerita utama tentunya KEJAM nya kerajaan Perak serta cacian kepada kesultanan di Negeri perak sendiri. tak serik-serik lagi nampaknya lahabau ni klik sini... http://sekupangduas.blogspot.com/2011/01/nizar-kantoi-lagi-tengok-vedio-ni.html bila dah banyak kali dia kantoi
harap saudara dapat bersama bloggers Perak dalam satu saf Perang kita... insyallah
Salambro Sekupangdua,
Insyaallah.
Post a Comment