Pilihanraya Kecil Hulu Selangor adalah pasti. Tidak kira sama ada calon daripada pihak yang bertanding menepati kehendak pengundi atau tidak, bukan satu persoalan lagi. Pertandingan tetap berlangsung.
Sebagaimana biasa, gerombolan pakatan pembangkang akan mengatur strategi mereka. Yang pasti akan banyak fakta yang dimanipiulasi, fitnah yang akan ditaburkan. Kesungguhan mereka untuk menanamkan rasa benci orang ramai kepada UMNO/BN pasti akan dipertingkatkan. Kerana sesungguhnya kemenangan mereka berada dipuncak kebencian yang berdiri di atas tiang-tiang pembohongan dan kepalsuan.
Memang mudah mengenali penjahat-penjahat politik gerombolan pembangkang ini:
1. Isi ceramah berasaskan kebencian
2. Memperalatkan agama Islam
3. Cacian dan serangan peribadi
4. Menaikkan emosi marah kepada kerajaan
5. Memainkan unsur racist
Paling ketara nanti adalah penjahat-penjahat politik daripada parti PAS. Mereka akan mengibarkan bendera hijau dan melaungkan takbir dicelah-celah maki hamun dan maksiat politik yang lain. Tanpa segan silu mereka akan beraksi seolah-oleh mereka tiada didikan agama.
Mari kita telusuri luahan hati dari blogger ini terhadap apakah sebenarnya parti PAS itu:
sumber: http://kickdefella.wordpress.com/
....Sekembalinya saya ke Kelantan saya terkejut dengan pelbagai aktiviti tidak ‘Islamik’ di dalam PAS Kelantan. Saya terkejut dengan rasuah, nepotisme dan kronisme yang berleluasa di dalam Kerajaan Negeri Kelantan. Saya terkejut dengan cantas mencantas dan politiking yang hampir melumpuhkan Kerajaan Negeri Kelantan.
Saya bertanya kepada diri saya, benarkah saya sedang bekerja dengan sebuah Kerajaan Islam?
Apakah ini Islam yang dibawa oleh Rasullullah S.A.W? Apakah para sahabat dahulu menyebarkan Islam menerusi fitnah, umpat mengumpat dan membiayainya menerusi duit derma yang dituntut dan dipersetujui sebelum kontrak atau projek diluluskan? Yang dipungut secara tunai sebaik sahaja selesai mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Perjalanan saya baru bermula. Matlamat boleh menghalalkan cara bagi PAS Kelantan di bawah pimpinan Nik Aziz. Tetapi bagi saya, yang salah tetap salah. Dosa tetap dosa. Jangan halalkannya semata-mata kerana anda merasakan anda perlu melakukannya
Semoga rakyat kita telah melalui tempoh matang apabila dihantuk oleh gegaran politik PRU-12 yang lalu.
No comments:
Post a Comment