Followers
Tuesday, March 9, 2010
MELAYU: ANTARA MENGIGAU, KHAYALAN DAN DONGENG
Mengigau Dan Berkhayal Beramai-Ramai (2 Mac 2010)
Pemugaran terhadap tulisan Tay Ting Yan sebagai timbalan editor akhbar Sin Chew Jit Poh
76 pertubuhan NGO Melayu dalam satu barisan tertubuhnya “PERKASA” berjanji mahu perjuangkan hak orang Melayu dan Islam. Saya tergesa-gesa melihat tarikh kalendar, hari ini bukan bertarikh 1 Mac 1946. hari ini 2 Mac 2010 iaitu hampir 41 tahun setelah berlaku peristiwa berdarah 13 Mei 1969 iaitu ketika mana orang-orang Melayu dan Islam hampir-hampir kehilangan kuasa politik di samping memang tiada kekuatan kuasa ekonomi.
Jika perjuangan itu disebut pada tahun 1946 dan Mei 13 1969 sudah tentu tepat pada masanya dan diterima dan boleh masuk akal dan sudah sampai masanya ia diseebut sekali lagi untuk mengingatkan kita semua.
60 tahun dahulu, orang-orang Bristish mahukan masyarakat yang terbuka dan adil di negara ini maka mereka merancang mahu tubuhkan “Malaya Faderation” tetapi tidak disenangi oleh orang-orang Melayu pada masa itu, kerana orang-orang melayu bimbang kedudukan orang-orang Melayu dan Islam tidak terjamin, sebab itu pada masa itu orang-orang Melayu bergerak dan berjanji mahu mempertahankan kedudukan orang-orang Melayu dan Islam sehingga ke generasi anak cucu mereka.
Tetapi sekarang ini adalah tahun 2010, adakah masa itu terencat kembali masuk pada tahun-tahun silam itu? atau peristiwa yang akan menggugat survival Melayu dan Islam itu muncul kembali?
Penjajah yang memerintah kita telah lama berambus tinggalkan kita, perikatan dan Barisan Nasional sudah setengah abad terus memerintah dengan bijaksana dan saksama sehingga terus diberi kuasa oleh rakyat berbilang kaum, walaupun projek DEB sudah dilaksanakan lebih 40 tahun tetapi bukan Melayu yang lebih berjaya menikmatinya, orang-orang Melayu sudah pun dengan setia berkongsi kuasa dengan bukan Melayu, berkedudukan lebih rendah dalam pencapaian sosio-ekonomi dari bukan Melayu, menambah berpengalaman untuk menjadi bangsa yang bermartabat.
Apa lagi yang kaum bukan Melayu marahkan jika Melayu dan Islam itu dipertahankan sekarang ini?
Cuba anda fikirkan dan bayangkan jika ada kaum bukan Melayu yang menikmati kesenangan hidup dalam serba bidang kehidupan di negara ini mahu menghalang orang-orang Melayu dan Islam mempertahankan hak mereka tanpa menolak hak kaum-kaum lain sebagaimana yang dinikmati selama ini. Perlukah kaum bukan Melayu berasa curiga terhadap hak dan kuasa yang telah diberi dan dikongsi bersama dengan jayanya selama ini?
Di negeri China, orang-orang kaum Cina Han, sentiasa mementingkan suku kaum mereka dan meminggirkan pembangunan dan kemajuan orang-orang Tibet dan orang-orang Uighur? Di Malaysia kita berjaya berkongsi kuasa politik dan menikmati khazanah kekayaana hasil mahsul negeri.
Di Amerika hanya dapat dengar orang-orang Amerika dengan sendirinya tubuhkan NGO-NGO pertahankan hak hak orang Red Indian, di negeri China, sebilangan orang-orang China yang sedar mahu pertahankan hak-hak orang-orang Tibet dan orang-orang Uighur yang dikatakan kaum minoriti. Di Malaysia orang-orang Melayu dan Islam bukan sekadar menubuhkan NGO tetapi berkongsi kuasa politik dan ekonomi dengan kaum bukan Melayu yang menyebabkan kaum bukan Melayu kaya raya.
Jika masa depan atau nasib kaum bukan Melayu itu tergugat barulah dipertahankan, jika tidak ia hanya disebut Quixotic, jika tidak walaupun dikelilingi musuh, ia hanya untuk memenuhi kerakusan diri sendiri dan impian diri sendiri serta tidak mengenang budi. Perkataan Quixotic ini datangnya dari perkataan Don Quixote penulis Spanyol 400 tahun lalu.
Don ceritakan kisah seorang penghuni di ceruk kampong, oleh kerana terlalu banyak membaca buku-buku cerita dongeng pahalawan, terjebak ke dunia khayalan, pada satu hari beliau ambil lembing dan perisai serta memakai baju besi pergi ke sebuah tasik untuk menjadi pejuang.
Apabila beliau nampak kincir angin beliau anggap itulah gergasi yang beliau mahu tewaskan, daun kipas kincir angin itu mematahkan lembing dan beliau terjatuh dari kuda yang ditunggangnya.
Cerita kisah Don banyak jenakanya, akhirnya beliau sedar dari dunia khayalan itu, akhirnya beliau faham bahawa cerita di dalam buku cerita itu semuanya dongeng dan khayalan belaka.
Helo! Helo! kaum Cina (bukan semua), anda semua tidak apa-apa ke? Adakah anda masih beramai-ramai bermimpi, mengigau dan dalam khayalan lagi? Cuepacs! Bukankah kamu semua pertubuhan Ngo kakitangan kerajaan? Kenapa tidak perjuangkan hak kakitangan kerajaan? adakah kamu semua termasuk salah haluan? atau kamu telah mula merasakan kaum bukan Melayu telah mula mengigau, berkhayal dan merekacipta karya dongeng?
Jangan risau, di bumi Malaysia ini, telah semakin ramai yang berani mencabar hak-hak kamu semua, walaupun hak-hak kamu semua itu berlandaskan perlembagaan Negara.
Tetapi dalam dunia globalisasi hari ini, Malaysia adalah Negara yang bersikap terbuka, sudah tentu orang-orang Melayu akan berusaha terus menerus untuk menjadi bangsa yang mampu bersaing tanpa diganggu oleh cauvinist-cauvinist bukan Melayu.
Inilah yang sepatutnya dan masalah yang perlu difikirkan oleh kamu semua 76 buah NGO-NGO Melayu ini.
Saybash...anda semua telah membuka pintu hati dan mengingatkan kami semua tentang betapa pentingnya bangsa Melayu dan Islam itu dipertahankan di bumi Malaysia ini supaya kita dapat hidup aman sejahtera sebagaimana yang telah kita nikmati selama ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment