Followers

Monday, March 15, 2010

MCA dan Ong Tee Keat


KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Barisan kepimpinan baru MCA yang akan dipilih pada pemilihan parti 28 Mac ini perlu berusaha dan bekerja keras bagi mengembalikan keyakinan rakyat khususnya masyarakat Cina, kata Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat. Ong berkata selaku parti komponen Barisan Nasional, MCA perlu terus berjuang untuk kepentingan dan nasib rakyat Malaysia selepas 28 Mac ini.

Apadah jadi dengan pegangan politik Ong Tee Keat?
MCA nak perjuangkan nasib dan kepentingan rakyat Malaysia?

Come on brother....MCA sepatutnya perjuangkan kepentingan dan nasib kaum Cina. Biar BN yang perjuangkan nasib dan kepentingan rakyat Malaysia.

Janganlah menyimpang dari prinsip berkongsi kuasa yang telah dipersetujui selama ini:

Umno menjaga dan membela kaum Melayu/Bumiputera.
MCA/Gerakan menjaga dan membela kaum Cina
MIC/PPP menjaga dan membela kaum India.
Bersatu dalam BN untuk membela rakyat Malaysa - 1Malaysia.

Jangan ikut prinsip DAP dan parti pelampau yang lain:

DAP parti cauvinist kaum keturunan Cina untuk hapuskan penguasaan UMNO
PAS parti pelampau peralatakan agama Islam untuk menghancurkan UMNO
PKR parti Nuar Brahim untuk hancurkan UMNO dan BN dan capai cita-cita peribadi.

Tee Keat Janganlah memesongkan arah perjuangan MCA dengan menumpang konsep cauvinistik DAP untuk dapatkan sokongan mudah. MCA tidak boleh mainkan emosi perkauman untuk dapatkan undi kaum Cina.

MCA lebih baik fokus kepada konsep perkongsian kuasa yang berjaya diamalkan selama ini dalam BN. UMNO Jaga Melayu/Bumiputera, MCA jaga Cina, MIC jaga India, BN jaga rakyat Malaysia.

Sekian lama UMNO setia dalam perkongsian kuasa ini dan kaum Cina dan India telah mendapat terlalu banyak faedah dari perkongsian ini.

Jangan lupa...kekuatan UMNO adalah terletak pada kejujurannya berkongsi kuasa dengan kauma lain. Kejayaan BN adalah terletak pada kejujuran UMNO.

Sementara kaum Melayu/Bumiputera masih belum mendapat sepenuhnya apa yang mereka perjuangkan, tetapi kaum lain tetap terus menikmati kesejahteraan dan kekayaan khazanah negara. UMNO tetap tabah dalam mendidik kaumnya supaya lebih maju dan berwibawa walaupun diganggu bersungguh-sungguh oleh PAS dan PKR.

Datuk Seri Ong Tee Keat....janganlah terpesong dari konsep perkongsian kuasa yang telah menjayakan kita semua walaupun kaum Melayu/Bumiputera belum mencapai apa yang mereka perjuangkan. Kita jangan lupa kaum Melayu/Bumiputera abersatu adalah untuk mengumpul dan mendapatkan kuasa untuk menjaga kebajikan mereka. Kaum Cina bersatu adalah untuk mengumpulkan kuasa untuk menjaga kepentingan mereka. Begitulah juga dengan kaum India juga begitu. Supaya kuasa dan kepentingan ini dapat dikawal dan dicapai dengan berkesan...konsep Perikatan/BN/1Malaysia telah kita laksanakan.

Janganlah kerana kepentingan peribadi atau fahaman politik peribadi..kita peralatkan parti dan kaum sendiri untuk mencapainya dengan mengenepikan konsep perkongsian kuasa yang telah membantu kita sama-sama berjaya selama ini.

Ini tidak baik.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...