Followers

Sunday, June 12, 2011

Hadi Awang Bakal PM Di Kampung Tergadai


Padang Rengas 12 Jun, DS Nazri Aziz menyifatkan kenyataan Hadi Awang yang dikatakan tidak mahu menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Pembangkang memenangi PRU 13, adalah satu pembohongan. Beliau menyatakan demikian semasa menyampaikan ucapan perasmian dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Padang Rengas pagi tadi.

Menurut Nazri, semasa PAS menang majoriti di Terengganu dahulu, Hadi Awang adalah Pesuruhjaya Negeri. Tanpa berlengah dia mengistiharkan dirinya sebagai Menteri Besar Terengganu pada malam itu juga.

Dalam PRU 13 nanti, sekiranya Pakatan menang majoriti, sudah pasti Nuar Berahim tidak akan dipersetujui menjadi Perdana Menteri kerana rekodnya yang amat buruk. Pada ketika itu DAP tidak akan membantah, malah akan menyokong kuat supaya Presiden PAS dilantik menjadi PM.

Hal ini samalah dengan kes yang berlaku di Perak. Walaupun PAS hanya menang 6 kerusi, tetapi DAP dengan rela hati memberukan jawatan Menteri Besar Perak kepadas Nizar Jamaludin.

Dan selepas itu Nizar Jamaludin hanya menjadi budak suruhan China DAP selama 11 bulan sehingga Allah tarik semula penderhakaan pada agama, bangsa dan tanahair yang mereka lakukan bersama China DAP.

Pandangan Lintau:

Sebenarnya Hadi Awang juga telah diprojek untuk memenuhi agenda China DAP.  Perancangan China DAP jauh lebih bijak dari apa yang mampu difikirkan oleh Hadi Awang, Nuar Berahim, Nik Aziz dan seluruh ahli dan penyokong Parti Melayu Pas itu.

China DAP tidak terburu-buru untuk berebut jawatan Menteri Besar ataupun Perdana Menteri. Mereka lebih bijak mengatur strategi.

Pada peringkat awal mereka akan gula-gulakan pemimpin dan penyokong Parti melayu ini untuk menggambarkan seolah-olah China DAP tidak mengamalkan perkauman dan sangat memahami Islam dan membela semua kaum seadil-adilnya.

Di Perak meraka telah tunjukkan bukti jelas bahawa pemimpin Melayu hanyalah boneka yang terpaksa mengikut telunjuk China DAP. Samalah seperti yang berlaku di Selangor dan paling dahsyat sedang berlaku di Pulau Pinang.

PAS tiudak mampu menyekat apa sahaja tindakan dan kemahuan China DAP apabila mereka sama-sama berkongsi pemerintahan.

PAS terpaksa akur walaupun sampai ke tahap menggugurkan perjuangan negara Islam atau menggugurkan perkataan "Islam" dari wadah perjuangan parti sekiranya tidak disenangi oleh China DAP.

Hadi Awang akan "Menang Sorak" dan bakal menjadi Perdana Menteri di "Kampung Tergadai".

Saturday, June 4, 2011

Setelah Gagal Di Perak, DAP Hanya Berpengkalan Di Penang dan Selangor


Cuba kita bayangkan bagaimana jika China DAP memerintah Negara Kita.

Baca seterusnya dari Blog novandri.blogspot.com


Ada satu isu yang menarik di Pulau Pinang mengenai operasi pihak polis memberkas pelacur dan sarang pelacur. Baru-baru ini, pihak polis telah dibidas oleh Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Majlis Peguam Andrew Khoo kerana kononnya tidak mematuhi piawaian prosedur operasi polis (SOP) dan pada masa yang sama mencabuli hak asasi manusia.

Surat berbahasa Cina pula telah mensensasikan isu ini di dalam laporan mereka. Pihak polis dituduh sewenang-wenangnya hanya kerana tanda di badan dan gari.


Selain daripada Andrew Khoo, seorang lagi yang melenting ialah Pengarah Tenaganita Irene Fernandez. Beliau pun mengatakan rasa terkejut.



Irene Fernandez dan Anwar Ibrahim

MiM tidak faham kenapa isu tanda dan gari ini telah disensasikan oleh suratkhabar Cina dan juga beberapa NGO di Pulau Pinang. Pihak polis hanya menjalankan tugas mereka dengan sebaik mungkin. 

1. Cuba bayangkan di dalam kegawatan untuk menangkap dan mengawal 30 wanita asing itu, tiba-tiba ada yang panik dan cuba melarikan diri tanpa digari.

2. Beliau mungkin cedera atau mati terjun dari tingkap atau lari melintas jalanraya untuk melepaskan diri.


3. Ketika itu, 
Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Majlis Peguam Andrew Khoo dan Pengarah Tenaganita Irene Fernandez akan melenting dan menyalahkan pula pihak polis kerana tidak menggari pelacur-pelacur tersebut! 

Secara rasionalnya,
 kelantangan NGO's dan wartawan Cina yang melaporkan isu itu tidak berasas dan tidak sepatutnya terjadi jika mereka benar-benar bijak.

Mereka mempunyai saluran-saluran yang lebih efektif dan profesional seperti mengadakan perbincangan dengan Ketua Polis Negeri sendiri.


Tetapi tidak! 


Malah, sensasi yang dibawa oleh suratkhabar dan NGO itu sebenarnya telah menenggelamkan 2 isu besar iaitu Pulau Pinang sebagai hub pelacuran yang mesti difikirkan oleh Lim Guan Eng DAP dan juga rintihan keluarga-keluarga pelanggan pelacur tersebut.


“Mengenai (bantahan) NGO, saya ajak mereka ikut sama dalam oeprasi, tolong fikir pasal orang yang buat complain. Banyak masa dan wang dihabiskan - kadang-kadang sewa apartmen (juga tidak dibayar),


Datuk Ayub Yaakob

“Bayangkan jika mereka suami awak, anak-anak ditinggalkan, tidak ada masa kualiti bersama bapa. Nanti (timbul) masalah lain pula - masalah sosial

“Jadi tolong ada sikit kesedaran sebelum soal pasal kerja kami,” kata Datuk Ayub Yaakob, Ketua Polis Pulau Pinang.

MiM setuju dengan penerangan yang diberikan oleh KPPP itu.
Dan selepas ini, kita semua mahu pula melihat suratkhabar Cina, Alex Khoo dan Irene Fernandez supaya bingkas membantu dan mendengar rintihan isteri-isteri dan anak-anak yang terpinggir dek suami dan bapa yang melanggani pelacur-pelacur tersebut!

Bolehkah?



Komen Lintau:


Kita hairan bagaimana PAS gagal menasihati tindakan dan gelagat pemerintah DAP yang menjadi sekutunya ini.

Muktamar Pas meluluskan usul membincangkan penyebaran video bukti perbuatan maksiat anggota Gerombolan mereka tetapi tidak pula mengusulkan perbahasan menyekat pertumbuhan perniagaan maksiat rakan sekutu dari DAP.


Benar kata-kata sebahagian besar ahli-ahli dan pengikut Pas bahawa parti Pas sudah berubah menjadi  parti suruhan DAP semata-mata untuk mendapat undi China..

Sunday, May 29, 2011

China DAP Perlukan Sangat-sangat Penganut Islam Macam Ustaz Azli Musa


Islam politik yang dibawa dan jadi pegangan Parti Melayu Pas adalah bahan katalis kepada pencapaian hasrat Parti Racist China DAP untuk melemahkan umat Islam di negara ini.

Selain dari Nik Aziz, Nizar Jamaludin, terdapat seorang lagi haiwan politik peliharaan China DAP  yang ditugaskan menghancurkan keindahan, kesyumulan dan kesucian agama Islam.

Mereka ini akan lakukan apa sahaja mengikut nafsu dan emosi yang meluap-luap. Azli Musa musa pernah mengetuai laungan "Mahathir khinzir...Mahathir khinzir..." dalam satu majlis ceramah di Kuala Kangsar. Laungan itu diikuti dengan jeritan "Takbiiirrr..."

Dan mereka merasakan itu Islam.

baca seterusnya dari blog sahabat Sejarah Melayu


PANAS ! Ostat Nor Azli Musa PAS sudah jadi orang fasik - kata Mufti Perak


Selepas panas isu Ostat totok PAS Nor Azli Musa yang gelarkan Mufti Perak sebagai Haramsani  kerana makan duit haram yang disebarkan secara meluas di You Tube , Tok Mufti Perak telah memberi komen beliau dan menyifatkan tingkah laku ostat PAS ini serupa orang FASIK ! Orang Fasik ini kalau cakap semuanya bohong dan sukar untuk kita percayai .

Memang elok pun gelaran orang fasik diberikan kepada Ostat PAS ini kerana mulut dia mencaci orang lain memang cukup memalukan .

 Kalau dia cakap Harussani sebagai Haramsani ,  beliau pulak sebenarnya  adalah Haramjadah ! Dasar pencacai DAP !





IPOH 28 Mei - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) menyifatkan tingkah laku yang ditunjukkan oleh bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Nor Azli Musa menyerupai orang fasik kerana setiap kata-katanya sukar untuk dipercayai.

Katanya, orang seperti itu tidak wajar dipercayai kerana perbuatan memburukkan orang lain jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

"Saya nak tanya dia, semasa dia bekerja makan gaji dulu, dari mana sumber duit gaji yang diterimanya?

"Semasa zaman Rasulullah dahulu pun, duit yang dibayar gaji juga diperoleh daripada cukai arak dan judi, semua itu tidak pernah dipertikaikan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Harussani berkata demikian sebagai mengulas kebiadapan Nor Azli yang sanggup menggelarnya sebagai 'Haramsani' kerana menerima wang yang didakwa daripada sumber haram.

Dalam satu ceramah beliau yang dimuat naik di laman web Youtube, Nor Azli memberikan gelaran itu kerana mendakwa Harussani tidak menegur kerajaan negeri yang membayar gaji kakitangan awam dengan duit haram.

Harussani berkata, tidak salah menggunakan duit tersebut kerana perkara seperti itu tidak pernah dipertikaikan pada zaman pemerintahan Islam dahulu lagi

Thursday, May 19, 2011

Bila Nuar Berahim Nak Saman Umi Hafilda


Malam tadi, bertempat di R&R Salak, Sungai Siput Perak, mulai pukul 9.30 hingga 11.30 mlm, Umi Hafilda membalun Nuar Berahim.

Ribuan pendengar menjadi saksi bahawa Umi secara jelas, terang dan nyata telah berceramah mendedahkan perangai buruk Nuar Berahim.

Nik Aziz dan pengikut Pas patut mengambil tindakan segera menghjalang Umi dari meneruskan ceramahnya kerana Nuar Berahim adalah idola dan pemimpin mereka dalam Gerombolan Pakatan Pembangkang.

Wan Azizah, Nurul Izzah dan seluruh pengikut PKR perlu menyaman Umi kerana Umi berterusan menghina Nuar Berahim.

Semua perlakuan dan tindak-tanduk Nuar Berahim dibongkar dan dijelaskan satu persatu. Hadirin yang terdiri dari ahli UMNO, PAS, PKR, DAP dan tanpa parti mendengar dengan kushuk. Mereka semua sangat berpuas hati dengan penjelasan Umi yang berani dan ikhlas.

Mengapa  Nik Aziz dan Wan Azizah tak suruh Nuar Berahim menyaman Umi?

Itulah antara soalan yang kedengaran disebut oleh orang ramai semasa mereka beredar pada pukul 12.00 semalam. 

Wednesday, April 27, 2011

Parti Melayu Khawarij Pas Perak Akan Tingkatkan Jihad Menanam Kebencian


Nampaknya Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Politik Abu Bakar Hussain menganggap Pilihan raya Negeri  Sarawak (PRN) merupakan medan terbaik bagi PAS dan Gerombolan Pakatan Pembangkang untuk menghasut  rakyat dengan menyebarkan maklumat palsu dan rekayasa pembohongan sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 yang akan berlaku pada bila-bila masa.


Ustaz politik ini mengingatkan seluruh pemimpin dan petugas jentera supaya menganggap  Pilihanraya Negeri Sarawak sebagai sesi latihan kepada jentera PAS dalam menghadapi pilihan raya yang lebih besar disamping cuba melebarkan sayap dakyah pro DAP-PAS di Sarawak.


Beliau telah menggesa supaya PAS mengambil kesempatan PRN Sarawak untuk menyuntik kebencian di kalangan pengundi Sarawak kepada UMNO dan Kerajaan. Semua maklumat-maklumat kepada rakyat di Sarawak perlu disediakan ke arah menanam kebencian, perasaan tidak puas hati serta menebalkan keraguan. Langkah ini amat penting untuk melaksanakan misi dalam menghadapi pilihan raya umum ke 13 akan datang," .

Nampaknya ustaz politik di Perak ini ingin mengajak pengganas-pengganas dalam parti Pas supaya memberi fokus dalam memecahkan solidariti umat islam dan juga bumiputera. Pas nampaknya terus berdegil untuk menggunakan kaedah ala komunis itu bagi menjayakan misinya membolehkan kemenangan kepada China DAP.

Oleh kerana semakin menghadapi kekalahan demi kekalahan, beliau mengingatkan bahawa Pas tidak mementingkan kemenangan, asalkan hasrat merosakkan UMNO-BN dan perpecahan undi umat Islam-Bumiputera tercapai, sudah mencukupi dan jihad terlaksana.


Apa yang perlu dilakukan oleh ustaz-ustaz politik dan penceramah Pas adalah untuk menyampaikan maklumat palsu dan fitnah untuk menggambarkan BN sangat zalim kepada rakyat selama ini. Apabila perasaan rakyat dapat dihasut maka besar kemungkinan UMNO-BN dapat ditumbangkan.



Pada pandangan Lintau, PAS akan terus dipulaukan oleh rakyat kerana kepimpinan UMNO-BN selama ini telah berjaya membuktikan integriti kepimpinan negara pada tahap terbaik. Golongan muda kita adalah penerima kesan yang terbesar berbanding ibubapa mereka yang menjadi pejuang mengasaskan kemajuan dan pembangunan negara ini.


Maka sukar rakyat keseluruhannya menolak UMNO-BN yang berjasa besar dan menerima Pas Khawarij yang hanya menjadi parasit sosial di negara ini. Khususnya golongan muda yang terdedah kepada maklumat di hujung jari, akan lebih mudah membuat keputusan berasaskan kebenaran, bukannya emosi yang dimainkan oleh parti perosak itu.


Jadi, nampaknya Pas tidak ada pilihan lain. Pas perlu meningkatkan usaha menanam kebencian dan merekayasa fitnah dan tohmahan terhadap UMNO-BN atas nama Jihad Fisabilillah.



Friday, April 15, 2011

7 Kelemahan Gerombolan Pakatan Pembangkang


Sumber asal: peraktoday


Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang masuk hari ketiga pada Khamis terus mencuri tumpuan ramai apabila Adun Manjoi, Datuk Nadzri Ismail memberi tujuh alasan mengapa rakyat perlu menolak parti pembangkang daripada memerintah negara ini.

Beliau yang juga merangkap Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) Perak, berkata sebab pertama rakyat perlu menolak pembangkang ialah parti itu tidak mempunyai hala tuju yang jelas untuk memerintah Malaysia.
Pertama, walaupun pembangkang memperkenalkan Buku Jingga, ia nyata tidak mampu menandingi pelan yang diperkenalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) samada di peringkat pusat mahupun negeri.
Kedua, parti pembangkang tidak mampu menaikkan semula semangat ahli yang menyokong mereka selepas calon dari parti itu tewas dalam beberapa siri pilihan raya kecil sebelum ini.
Ketiga, pembangkang gagal memenuhi janji manifesto mereka seperti yang berlaku di Selangor.
Keempat, Ikatan antara parti pembangkang juga rapuh kerana berbeza pendapat dan hala tuju untuk memerintah negara ini…ada yang mahu mewujudkan negara Islam manakala yang satu lagi  tidak mahu perkara itu berlaku sama sekali. Begitu juga yang berlaku di Sarawak apabila pembangkang berbalah sesama mereka mengenai pembahagian kerusi,” katanya kepada pemberita di Ipoh, hari ini.

Kelima, mereka gagal menggunakan sumber yang ada untuk saling bantu-membantu dan dimanfaat secara bersama walaupun Pakatan Rakyat menguasai empat negeri.
Keenam, pembangkang tidak mampu menjaga ahlinya kerana semakin ramai penyokong, wakil rakyat dan Ahli Parlimen keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Jika pembangkang tidak mampu menjaga ahli serta wakil rakyatnya, bagaimana Pakatan Rakyat mahu mentadbir Malaysia yang mempunyai rakyat berbilang bangsa.
Ketujuh, pembangkang tidak mempunyai daya kepimpinan untuk mengetuai parti memandangkan mereka juga mengamalkan kroni apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Ketua Umum PKR.


Sunday, March 20, 2011

Konspirasi Anak-Anak Muda: Berdemontrasi Menegakkan Keadilan


Demonstrasi di Bandar DiRaja Kuala Kangsar 20 Mac 2011, Ahad 9.00 pagi.

Sekumpulan anak-anak muda berkumpul dan berdemonstrasi secara aman di hadapan bangunan Mahkamah Kuala Kangsar. 

Selepas itu mereka membuat laporan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar meminta Nuar Berahim menyerahkan sample DNA untuk membantu proses menegakkan keadilan dalam perbicaraan berkaitan kes liwatnya di Mahkamah.  

Demonstrasi ini adalah sebahagian dari konspirasi Rakyat Malaysia untuk membantu menegakkan keadilan dalam sistem perundangan dan proses percicaraan di Mahkamah di negara ini.


Kumpulan anak-anak muda ini yang juga disokong oleh kaum ibu, pemuda dan Wanita UMNO, perkumpulan wanita, anggota pertubuhan NGO, ahli-ahli PERKASA serta orang perseorangan yang telah meninggalkan parti Pas dan PKR. 

Mereka  telah berkumpul sejak awal pagi untuk  menyatakan pendirian bahawa Nuar Berahim perlu bertanggungjawab membantu mahkamah untuk menegakkan keadilan. Perbicaraan kes liwat kedua Nuar Berahim sedang berlangsung tetapi mahkamah telah mengenepikan bukti yang dikemukankan oleh pihak pendakwa berkaitan DNA yang dikatakan telah diambil secara tidak adil.

Mereka berpendapat sudah tiba masanya Nuar Berahim menyerahkan sendiri DNA untuk membuktikan beliau dan peguambelanya mementingkan keadilan dalam sistem kehakiman kita.

Sebelum ini banyak kumpulan-kumpulan dari berbagai lapisan masyarakat di seluruh negara telah mengadakan demonstrasi mendesak Nuar Berahim menyerahkan DNA untuk tujuan yang sama.


Wanita UMNO Gopeng mendahului demonstrasi mendesak Nuar Berahim
serahkan DNA untuk bantu menegakkan keadilan di Mahkamah





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...