Followers

Monday, December 26, 2011

Petikan Doa UMNO Bahagian Parit

Dato' Haji Mohd Zaim Abu Hassan

Dato' Haji Mohd Zaim selaku Ketua UMNO Bahagian Parit bersama seluruh Ahli Jawatankluasa Bahagian, Wanita, Pemuda, Puteri dan seluruh pemimpin peringkat Cawangan telah berjaya mengadakan Kursus Jentera Pilihanraya Peringkat Bahagian/Parlimen Parit.

Penceramah:

Tuan Haji Ahmad Adli bin Abdullah, Pengarah SPR Negeri Perak
Tuan Haji Muhd Nordin Haji Nasir, Ketua Unit Latihan Sekretariat Latihan UMNO Perak
Perasmian Penutup:  Dato' Samsul Anuar Haji Nasarah, Ahli Parlimen Lenggong mewakili Dato' Haji Saarani Mohamad, Pengerusi War Room Negeri Perak.

Petikan Doa:

.....Ya Allah ya Tuhan kami, kami berhimpun pada kali ini dalam Kursus Jentera Pilihanraya UMNO Bahagian Parit,
Kami merafak sembah mohon restuMu
Mohon inayah keredhoaanMu...agar:
Menyatukan hati-hati kami dalam ikatan tali muhibbah
Rapat saf perjuangan kami dalam satu jemaah
Jadikan gerak langkah kami kuat dan teguh
Kekalkan kami dalam usaha kerja yang bersungguh-sungguh

Wahai Tuhan seru sekalian alam
Jadikanlah parti kami di bawah lindunganMu
Sentaisa melaksanakan tugas tanggungjawab agamaMu
Mempertahankan hak ketuanan bangsa Melayu
Menjaga watan agar aman bahagia selalu

Ya Rahman Ya Rahim Ya Arhamarrahimin

Peliharalah kami, kasihanilah kami, bimbinglah kami
Dalam perjuangan yang masih belum selesai ini
Kurnialah kemudahan, jangan kesusahan
Berikanlah kesihatan, jangan kesakitan
Turunkanlah kemenangan, jangan kekalahan
Kurniakanlah kemuliaan, jangan kehinaan

Ya Allah Ya Tuhan kami

Jika engkau berikan kami kesenangan
Berikanlah kami kesempatan untuk bersyukur

Jika engkau beri kami kepayahan dan cabaran
Berikanlah kami kekuatan untuk mengatasinya

Jika engkau beri kami kekuasaan
Berikan kekuatan dan kemampuan untuk kami mentadbir

Jika engkau menganugerahkan rezeki dan anak pinak
Berilah kemampuan untuk kami memakmurkannya dan mendidiknya

Ya Mutaqallibal qulub, tabbit qalbina a'la dini

Harumlah hati-hati kami dengan attar rahmatmu
Taburlah bunga-bunga nikmat di hamparan perjuangan ini
Lembutkanlah hati musuh-musuh kami

Hindarlah percikan air kesumat musuh-musuh perjuangan
Sumpah laknat, caci maki dan umpat
Fitnah-fitnah yang ringan dan berat

Ta Allah...Ya Allah...Ya Allah
Ampunilah kami, dan janganlah jadikan dosa-dosa kami
batu beban yang memberatkan perjuangan ini...

(Lafaz doa diketuai oleh Ketua Penerangan Bahagian)



    

1 comment:

Anonymous said...

alahai umno parit,harapkan doa jer cantik, hati BUSUK!! pooooorahhhhh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...