Parti Melayu PAS Perak semakin lumpuh. Ramai ahlinya tidak lagi berminat dengan aktiviti parti. Golongan muda langsung tidak berminat kecuali beberapa orang yang mempercayai Pas itu agama Islam dan mengganas kerana parti itu dapat balasan syurga.
Kegilaan pemimpin PAS menjadikan Ambiga sebagai ketua mereka dalam Rusuhan yang digagalkan oleh Rakyat Malaysia baru-baru ini, menyebabkan hampir semua ahli dan penyokong PAS akar umbi tawar hati untuk terus bersama parti itu kecuali peminat rusuhan tegar.
Kebanyakan ahli dan penyokong PAS adalah rakyat yang menerima nikmat pembangunan dan kejayaan pemerintahan UMNO-BN selama ini. Mereka terdiri dari kaum petani, peladang, pekebun, penternak, peniaga pasar malam, kakitangan kerajaan dan sawasta yang sudah bosan dengan perilaku dan tindakan tidak Islamik parti itu kebelakangan ini.
Ramai di antara mereka menyepikan diri dan ada yang secara senyap-senyap telah mula menyertai aktiviti atau program yang dijalankan oleh pihak lain terutama NGO dan agensi kerajaan. Dahulu semua program yang bukan dikendalikan oleh PAS mereka anggap sebagai berdosa jika disertai.
Kini hampir 80 peratus markaz-markaz PAS di seluruh negeri Perak menjadi sepi kerana tidak lagi dikunjungi oleh sesiapapun tertamasuklah Jawatankuasanya
PAS tidak ada pilihan. PAS perlu terus mengganas untuk membantu China DAP mencapai cita-cita melumpuhkan umat Islam di negara ini.
Walaupun semakin lumpuh dan dipinggir oleh Rakyat, PAS terpaksa dengan dan patuh kepada kehendak China DAP dan Parti Keluarga Nuar Berahim kerana PAS akan lenyap tanpa menjadi ahli gerombolan pakataan pembangkang itu.
Pemuda PAS Perak meroyan tak cukup akal..!!!
Memang teruk cara Dewan Pemuda PAS Perak. “Lorat” kata orang utara. Baru-baru ini, Timbalan Ketua Dewan Pemuda “buih pepsi cola”,Raja Ahmad Al-Hiss, meroyan-royan menyebut nama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, sambil menuduh Barisan Nasional merampas Perak secara “revolusi”! Padahal, dia sendiri tak tahu apa makna revolusi sebenarnya!
Definisi “revolusi” secara umumnya ialah merujuk kepada perubahan sosial atau kebudayaan yang berlangsung secara cepat dan menyangkut dasar atau pokok-pokok kehidupan masyarakat! Itu tafsiran “revolusi”. Jadi, apa kena mengenanya peralihan kuasa yang berlaku di Perak? BN kembali berkuasa secara sah mengikut dasar perlembagaan dan sistem perundangan negara!
Apakah Pemuda PAS sudah lupa bagaimana Kerajaan Pakatan Haram di Perak tumbang? Apakah Raja Ahmad sudah hilang ingatan bagaimana senario yang berlaku hingga memaksa Nizar Jamaluddin bersidang di bawah pokok? Gilakan kuasa hingga tak dapat terima kenyataan!
Ingin saya ingatkan kenangan pahit untuk puak-puak Pakatan Haram di Perak bahawa bermulanya perubahan kuasa bagi Kerajaan Negeri Perak adalah dengan tindakan ADUN Bota, Nasaruddin Hasyim, yang melompat masuk PKR. Ketika itu, pemimpin-pemimpin Pakatan Haram melompat gembira sakan! Kononnya, inilah “demokrasi terbaik” yang wujud dalam politik negara…
Namun, kegembiraan mereka tak lama. Nasaruddin Hasyim melompat kembali kepangkuan BN. Kali ini, “lompatan”nya tidak keseorangan. Lompatannya kali ini membawa tiga orang ADUN Pakatan Haram yang keluar parti menjadi ADUN Bebas. Tak ingat? Tidak ingat pada YB Hee Yit Fong yang keluar DAP? Tidak ingat pada YB Jamaluddin dan YB Kapten (B) Osman Jailu dari PKR yang keluar parti menjadi ADUN Bebas?
Barangkali Pemuda PAS Perak sudah hilang ingatan. Selepas Nasaruddin Hasyim dan ketiga-tiga ADUN Perak ini melompat keluar dari Pakatan Haram, Dewan Undangan Negeri Perak menjadi huru-hara. ADUN-ADUN Pakatan Haramlah yang punya angkar memporak-perandakan sidang DUN Perak. Ada yang cabut mikrofon, ada yang melompat macam kera di atas meja dewan, malah ada yang cuba mencetus pergaduhan dengan ADUN BN!
Tidak ingatkah bagaimana Nizar mencabar kes ini di mahkamah? Tidak ingatkah bagaimana Mahkamah membuat keputusan yang mengesahkan BN kembali menerajui Kerajaan Negeri Perak? Tidak ingatkah bagaimana Nizar terpekik terlolong di bawah pokok, “guling-guling” merayu meminta jawatan MB Perak dikembalikan kepadanya? Raja Ahmah Hiss ada dimana ketika itu? Di atas pokok?
Jadi, di mana sangkut pautnya “revolusi” sebagaimana yang dikatakan oleh Raja Ahmad Hiss itu? Di mana perubahan sosial dan kebudayaan pada masyarakat dalam kes ini? Ini bukan perubahan sosial atau kebudayaan. Ini perubahan kuasa politik dan tampuk pemerintahan negeri! Apa Raja Ahmad Hiss tak pergi sekolah ke dulu? Hinggakan perkataan “revolusi” pun tak mampu nak faham?
Usahlah memalukan diri begini dikhalayak ramai, terutamanya di depan rakyat Perak. Memalukan Dewan Pemuda PAS Perak saja! Kalaulah saya Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, dah lama saya malu dan tampar mulut Raja Ahmad Hiss. Orang begini pun dijadikan Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri? Sudah tidak ada calon Pemuda PAS yang lebih berotak dan berakal lagi, kah? Otak udang begini pun masih terpilih?
No comments:
Post a Comment