Kucing Dah Mula Menghalau Tikus!
Masa depan Pas dah hampir tamat.
Pergi ke Tenang, hanyut bersama Normala dalam banjir. Galas dalam tangan, terlucut begitu sahaja.
Di Perak ahli-ahli dan pengikut sudah muak dengan kebodohan Nizar Jamaludin menyembelih bangsanya sendiri.
Kini nak masuk ke Sarawak, jadi tikus kena kejar lintang pukang.
Sumber: Melanau Blogger
Semalam TAIKO PKR Sarawak, Baru Bian menyuarakan kritikan terhadap PAS yang telah menggunakan perjuangan dan fahaman Agama sempit yang akan memberi kesan terhadap pengundi2 di Sarawak. Beliau mengambil contoh kempen PRK DUN Tenang di mana De Facto PAS, Nik Aziz Nik Mat mengeluarkan fatwa bahawa orang Islam yang mengundi BN di anggap sebagai Jahiliyah.
Baru Bian berkata, masyarakat di Sarawak amat tidak suka akan fahaman2 politik Agama yang akan memberi kesan terhadap perpaduan rakyat di Negeri Borneo itu. Cara hidup di Negeri ini amat berbeza dan Nik Aziz tidak sewajarnya memutarbelitkan isu Agama sempit demi merampas kuasa politik.
PKR Sarawak juga mendesak pimpinan PKR Pusat memikirkan hal ini secara serius jika hendak menawan Sarawak kerana Nik Aziz dikhuatiri akan terbawa2 budaya tersebut apabila hadir berkempen di Sarawak menjelang Pilihan Raya kelak.
Nik Aziz perlu berfikir berkali-kali jika ingin ke Sarawak pilihan raya nanti, ini bukah soal kalah atau menang. Tapi soal 'fatwa biadap' yang muncul dari mulut Nik Aziz setiap kali pilihan raya...
Apakah Nik Ajis ingin mengatakan orang Sarawak kafir serta jahiliah jika tidak mengundi PAS? Ayat tersebut sangat sensitif bagi masyarakat berbilang kaum di Sarawak.
Keep on reading: melanaublogger.blogspot.com
Read more: melanaublogger
Read more: melanaublogger
No comments:
Post a Comment