Followers

Wednesday, September 8, 2010

SYABASH Biro Daftar Pemilih Pemuda Umno


Syabash kepada Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda UMNO yang telah mula mengorak langkah walaupun agak terlewat. Usaha mendaftar pemilih muda amat penting kerana peperangan sebenar dalam pilihanraya adalah persaingan mendapatkan undi. Calon yang mendapat untdi terbanyak, maka dialah menang.

Program Biro Pemuda ini sebahagian daripada usaha dan langkah yang patut mereka ambil. Menggunakan majlis rumah terbuka adalah satu langkah yang bijak dan menghargai peluang semasa. Tetamu yang hadir akan menjamu selera di samping berpeluang mendaftar sebagai pemilih.

Bagaimanapun, langkah ini hanyalah secebis kecil daripada usaha-usaha yang boleh dan mampu diambil oleh Pergerakan Pemuda. Kerana majlis rumah terbuka UMNO Negeri atau Bahagian pastilah yang akan hadir terdiri daripada 95 peratus ahli, penyokong atau simpati kepada  UMNO. Sedangkan masih ramai pemuda, belia, remaja yang berkeliaran di luar yang belum didekati.

Dicadangkan supaya Pergerakan Pemuda mengatur strategi dan menggerakkan aktiviti menjejaki pengundi muda yang di seluruh tanahair. Gunakan Majlis Rumah terbuka dengan memujuk setiap AJK Bahagian dan AJK Cawangan membawa bersama 5 orang pengundi baru ke majlis tersebut. Kemudian daftarkan mereka.

Seterusnya selepas itu,  Pemuda Bahagian mengambil inisiatif dan berusaha mendaftarkan 10 orang pemilih baru atas inisiatif  setiap AJK Bahagian. Usaha ini akan menghasilkan seramai 1,500 pemilih baru dalam masa enam bulan. Manakala setiap Ketua Pemuda Cawangan mendaftarkan 10 orang pemilih baru dalam masa  enam bulan. Ini bermakna, sekiranya UMNO Bahagian itu mempunyai 60 buah cawangan, maka jumlah pemilih baru yang didaftarkan adalah sebanyak 3,600 orang bagi jangka masa enam bulan sahaja. Jika dicampurkan dengan usaha yang dilakukan oleh Pergerakan Puteri dan Wanita, tentulah peperangan kita dalam pilihanraya nanti menjadi lebih mudah!.

Pergerakan Pemuda juga perlu memikirkan dan mengambil tindakan segera untuk mendekati pengundi-pengundi muda yang bertebaran di seluruh tanahair. Ada yang bekerja di sektor awam dan sawsta, ada berniaga dan bekerja sendiri di kampung-kampung, ada yang bekerja sementara dan ramai juga yang bekrkerja sebagai jaga atau penjaga tandas awam dan masih ramai yang menganggur. Ramai juga yang berada di IPT, di ladang-ladang, dalam bot nelayan atau pekerja di pasaraya. Tidak kurang juga yang berkhidmat di GLC, klinik-klinik, di disco-disco, kabaret dan pusat karaoke. Ada di antara mereka adalah ahli profesioanl muda, ahli agama, pendidik, ahli perniagaan, peruncit dan tenaga pengajar di kelas tadika.

Mereka adalah pengundi dan mereka masih muda. Oleh itu hanya pemuda yang paling layak dan sesuai mendekati mereka. Rancanglah 1001 bentuk program dan aktiviti sesuai dengan zaman anak-anak muda ini. 

Sekiranya pendekatan ini tidak dilakukan, Pergerakan Pemuda sebenarnya sedang merancang dan membantu kegagalan UMNO mengekalkan kuasa politik bangsanya. jangan marah atau kesal jika kuasa politik ini diambilalih oleh pihak lain.

Baca seterusnya:

Oleh Haris Razali
Sumber: http://www.pemuda.com.my/modules.php?name=News&file=categories&op=newindex&catid=5

PARIT, 7 Sept – Bagi menyemarakkan lagi gerakan daftar pemilih, Pemuda UMNO di setiap peringkat negeri dan bahagian telah diminta membuka kaunter pendaftaran pemilih sempena program rumah terbuka Aidilfitri yang dianjurkan oleh semua UMNO bahagian.

Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda UMNO, Hisamudin Yahya berkata peluang ini perlu diambil bagi memastikan sasaran sekurang-kurangnya 20,000 pengundi baru dapat dicapai.

Justeru tegas beliau semua biro perlu mengambil kesempatan sempena rumah terbuka itu untuk mendaftarkan seberapa banyak pemilih terutama di kalangan anggota pergerakan itu.

"Kita mensasarkan sekurang-kurangnya 20,000 pengundi baru dapat didaftarkan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepanjang program rumah terbuka tahun ini.

"Gunakanlah kesempatan ini sebaik mungkin," katanya pada majlis penyampaian sumbangan Aidilfitri di Kampung Senin, di sini, Selasa.

Katanya, langkah membuka kaunter pendaftaran itu bertujuan mengambil kesempatan daripada kehadiran pengunjung yang tinggi pada majlis rumah terbuka itu.

"Setiap program rumah terbuka Aidilfitri peringkat bahagian dianggarkan menerima kunjungan antara 10,000 hingga 20,000 orang.

"Kita juga berharap parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain supaya membuka kaunter bersama kerana kehadiran pelbagai kaum pada acara itu," ujarnya.

Jelas beliau lagi jika 100 orang pengundi baru didaftarkan di setiap bahagian, bermakna matlamat 20,000 yang disasarkan akan tercapai.

Beliau berkata seramai 155,471 daripada 618,965 anggota pergerakan itu yang berusia 21 hingga 40 tahun masih belum berdaftar sebagai pengundi.

"Kita akan pastikan sekurang-kurangnya 70 peratus atau seramai 108,829 daripada jumlah berkenaan didaftarkan sebagai pengundi sebelum akhir tahun ini", katanya.

UMNO adalah Parti Politik
tetapi untuk mengekalkan Kuasa Politik Melayu
TIDAK boleh dengan POLITIKING sahaja. 

1 comment:

Anonymous said...

KENE DAFTAR CEPAT!!! SETIAP PENGUNDI BARU AMBIL MASA 4 BULAN BARU NAMA MASUK DALAM SENARAI DAFTAR PEMILIH.KALAU LAST MINIT BARU NAK DAFTAR TAKDE MAKNENYA.
NASI DAH MENJADI BUBUR NYESAL TAK SUDAH.MUGA ALLAH LINDUNGI UMAT MELAYU KAT MALAYSIA NI.HIDUP MATI KITA DI SINI.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...