Kejayaan yang dicapai oleh Felda sepatutnya dirasai oleh peneroka itu sendiri. Mereka yang menikmati dan sangat mengetahui betapa besar jasa Felda kepada mereka serta keluarga. Felda telah berjaya membantu mereka keluar dari menghampiri kemiskinan yang sangat ditakuti dalam ajaran Islam.
Apabila Suara Keadilan membuat fitnah terhadap Felda, sebenarnya gerombolan pembangkang bermain berpoltik. Tujuannya untuk membina persepsi negatif terhadap kerajaan untuk mengalih rasa kagum rakyat, khususnya peneroka, terhadap kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh Felda.
Permainan persepsi ini telah dimulakan oleh gerombolan pembangkang dengan menggunakan pentas politik. Mereka berjaya mengajak semua rakyat Malaysia bermain bersama-sama dengan membakar semangat dan emosi melalui media. Tanpa asas yang kukuh, persepsi baru yang negatif ini telah menjalar di kalangan rakyat dan rasa marah, benci serta tidak percaya lagi kepada kerajaan semakin menebal.
Tujuan Gerombolan Pembangkang bukanlah untuk membaiki Felda atau membela rakyat. Tujuan mereka untuk memisahkan rakyat dan peneroka Felda daripada kerajaan. Tujuan mereka supaya peneroka dan rakyat menjadi musuh kepada kerajaan walaupun kerajaan telah berusaha membaiki taraf hidup mereka selama ini. Ertinya fokus Gerombolan Pembangkang adalah politik dan menawan hati pengundi-pengundi Felda adalah matlamat akhir mereka.
Malangnya permainan di pentas politik ini tidak disambut oleh kerajaan atau UMNO. Malah permainan di pentas politik cuba dialih ke pentas perundangan. Kerana itulah kita melihat setiap hari selama seminggu hanya wajah Maslan sahaja yang tertayang di kaca TV sejak berita itu disiarkan. Yang selebihnya biarkan mahkamah yang uruskan, tak perlu kerja kuat bertemu warga Felda, tak perlu menawan hati mereka, tidak perlu menjejaki denyut nadi sanubari mereka.
UMNO sepatutnya menggerakkan seluruh warga Felda menentang Gerombolan Pembangkang ini. Jika ini berlaku barulah permainan di pentas politik ini menjadi seimbang dan berkesan. Gelombang kebangkitan seluruh warga Felda akan menggentarkan Gerombolan Pembangkang untuk selama-lamanya. Tetapi ini tidak berlaku kerana yang menentang permainan politik ini hanyalah Maslan seorang dengan dibantu oleh jentera penyiaran negara. Maslan berjaya menunjukkan beliau berjuang seorang diri tetapi Warga Felda gagal menunjukkan bahawa mereka bersama kerajaan.
Kejayaan gerakan psikologi Gerombolan Pembangkang semakin berjaya. Pusingan pertama Maslan merasakan beliau hebat dan berpeluang menjadi terkenal kerana menggunakan pentas mahkamah. Pusingan kedua Gerombolan Pembangkang berjaya menggerakkan tangan-tangan dari dalam Felda sendiri untuk menggugat kerajaan.
Dalam pusingan ini ternyata Maslan telah tertewas dan kehilangan punca. Gerombolan Pembangkang semakin mara ke hadapan. Kalau hari ini mereka berjaya mengajak 766 warga Felda menjadi pengkhianat, apakah Maslan masih mampu menghadapinya hanya dengan mengeluarkan kenyataan kosong!.
Maslan...berjuanglah di atas landasan yang betul, berkesan dan berterusan. Berjuanglah menghadapi musuh yang sebenar di gelanggang yang betul. Matlamat perjuangan adalah kemenangan, bukan sekadar untuk dilihat berjuang.
Hari ini Gerombolan Pembangkang tergelak geli hati melihat telatah pemimpin UMNO yang gagal menggerakkan rakyat untuk berjuang bersama-sama mereka. Mereka tergelak kerana UMNO percaya majlis yang diupah untuk dilaksanakan agensi kerajaan telah berjaya. Mereka tergelak kerana UMNO yakin jumlah program dan aktiviti yang mereka anjurkan dihadiri oleh khalayak yang sama dan tepukan kepada pemimpin yang merasmikan masih kedengaran di celah-celah paluan kompang dan bunga manggar yang mengasikkan.
Telatah Maslan dalam menghadapi fitnah Suara Keadilan terhadap Felda, adalah satu dari contoh sifat semulajadi Pemimpin dan kepimpinan UMNO masa kini. Marilah kita berdoa agar kuasa 2/3 yang sudah dinafikan itu, tidak menjadi semakin parah.
Baca seterusnya:
http://umno-online.com/?p=17864
Tuntutan Saman Felda Bermotif Politik -Ahmad Maslan
KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan menyifatkan tindakan 766 peneroka Felda Serting Hilir dan Gugusan Raja Alias, Negeri Sembilan mengemukakan tuntutan saman berjumlah RM200 juta terhadap badan itu bermotifkan politik.
Beliau berkata, tuntutan itu tidak sepatutnya timbul kerana setiap kali hasil sawit dijual oleh peneroka ke kilang, urus niaga itu disertakan slip terperinci selari dengan harga dipersetujui peneroka seperti diamalkan sejak 15 tahun lalu.
Harga sawit itu pula, katanya, telah dipersetujui di peringkat Jawatankuasa Persepakatan Bersama (JCC) Felda yang dianggotai oleh ketua peneroka setiap tanah rancangan, pengurus kilang dan pengurus rancangan bagi menyelesaikan segala isu berkaitan harga sawit.
“Kenapa selepas 15 tahun baru tidak setuju dengan harga itu? Ini bermotif politik kerana seperti Felda nak menyaman PKR RM200 juta, mereka juga nak tuntut RM200 juta (melalui peneroka).
“Nama-nama yang terlibat pun orang yang berjawatan dalam PKR, peguam dalam kes tuntutan Felda Serting dan Felda Raja Alias pun ialah R. Sivarasa (Naib Presiden PKR) dan kita semua maklum siapakah dia,” katanya pada sidang akhbar khas bagi memperjelaskan isu itu di Wisma Felda, di sini, hari ini.
Isnin lalu, 766 peneroka dari dua tanah rancangan Felda di Negeri Sembilan itu memfailkan tuntutan saman RM200 juta ke atas Felda di Mahkamah Tinggi Seremban dengan dakwaan pentadbiran lembaga kemajuan itu menipu para peneroka berhubung Kadar Perahan Gred (KPG) sawit. -MediaUMNO
(ps: Isu Fitnah terhadap Felda seharusnya dihadapi secara politik bukan secara perundangan sahaja. Kini Gerombolan Pembangkan menggunakan Isu Kadar Perahan Gred (KPG) sawit kerana mereka berjaya mengikut rentak Maslan. Mari kita lihat berapa kali lagi wajah Maslan akan ditayangkan di TV sedangkan rakyat tidakpun berdiri di belakang UMNO atau kerajaan pada setiap isu yang dimainkan oleh Gerombolan pembangkang)
Followers
Friday, August 13, 2010
Wednesday, August 4, 2010
DAP: Malaysia Mengekalkan Perlembagaan Lapok
DAP: Malaysia Mengekalkan Perlembagaan Lapok
1. Perlembagaan Negara Malaysia adalah yang terbaik yang telah memberi jaminan kepada semua rakyat untuk hidup bersama semenjak negara mencapai kemerdekaan. Rakyat yang berbilang kaum berpeluang berkongsi kuasa politik, ekonomi, kebajikan dan kebebasan beragama. Semua kaum berjaya hidup dan bersaing secara adil untuk memajukan diri masing-masing di bawah semangat perlembagaan yang sedia ada.
2. Bagaimanapun, semangat perjuangan politik kaum China dan India yang dibawa oleh pemimpin mereka yang racist dan cauvinis amat tidak selaras dengan semangat perlembagaan kita. Melalui perjuangan parti politik, DAP tidak pernah berhenti menyanggah perlembagaan yang mereka anggap sudah “lapok” kerana:
a. Memberi peluang kepada ketuanan Melayu
b. Mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi
c. Menjamin survival kaum bumiputera
d. Mendaulatkan Institusi Raja-Raja Melayu
e. Mengekalkan budaya dan adat istiadat Melayu
3. Situasi politik telah berubah kerana persepsi yang dimainkan oleh DAP telah berjaya meningkatkan keyakinan di kalangan kaum China bahawa perlembagaan kita adalah perlembagaan lapok dan perlu diganti segera. Maka politik Malaysia era PRU ke 13 sedang menghadapi kemaraan dan kejayaan DAP melaksanakan cita-cita mereka:
a. DAP merencanakan penguasaan kuasa politik dan pentadbiran negara/negeri ke tangan kaum China setelah mereka berjaya menguasai sepenuhnya sektor ekonomi. Kaum Melayu pula telah bersedia untuk menyerahkan kuasa politik yang sudah tinggal sedikit ini walaupun masih tidak menguasai ekonomi.
b. DAP terus berjaya memerkudakan parti PAS dan membantu parti itu meningkatkan kebencian pada UMNO dengan matlamat kaum Melayu tidak lagi bersatu dan seterusnya kehilangan kuasa politik. Manakala perkara sebaliknya pula berlaku di kalangan kaum China yang tidak berpecahbelah kerana ideologi parti atau agama. Hasilnya Parti PAS sedang bekerja keras melaksanakan perencanaan DAP ini walaupunpun terpaksa melanggar atau mengenepikan prinsip-prinsip dalam ajaran agama Islam itu sendiri. DAP amat sedar bahawa natijah perjuangan PAS yang sebenar adalah untuk membunuh UMNO dan kuasa politik kaum Melayu/Bumiputera dan bukannya kerana agama Islam. DAP amat menyedari hakikat bahawa UMNO telah berjaya meningkatkan syiar dan syariat Islam di negara ini. PAS berjaya mentarbiah penyokongnya menjadi taksub melampau sehingga mempercepatkan kehancuran kuasa politik yang ada di tangan kaum Melayu yang diperlukan untuk mempertahankan agamanya.
c. DAP berjaya memanipulasi keinginan luar biasa Anwar Ibrahim yang ingin melepaskan dendam kesumat ke atas apa yang terjadi kepada dirinya akibat salahlaku dan kerakusan nafsu serakahnya sendiri. DAP amat sedar bahawa Anar Ibrahim mampu bergerak dengan memijak kepala bangsanya sendiri, bersedia menjual agamanya dengan harga yang amat murah semata-mata untuk memenuhi cita-cita peribadi. DAP membantu memperbanyakkan lagi penyokong Anwar Ibrahim supaya lebih lemah sokongan terhadap UMNO dan solidariti kuasa kaum Melayu/Bumiputera.
d. DAP berjaya menyatukan kaum China dan mereka telah membuktikan mampu bersatu menggunakan kuasa undi mereka untuk menafikan penguasaan kuasa politik kaum Melayu/Bumiputera. Hakikatnya hari ini, sokongan kaum China telah beralih ke arah melemahkan Barisan Nasional supaya kaum Melayu/Bumiputera tidak lagi menguasai Parlimen. Dengan itu ruang untuk melaksanakan semangat perlembagaan menjadi semakin tipis, walaupun perlembagaan itu masih wujud!. Maka dengan sendirinya Perlembagaan kita menjadi “lapok” sebagaimana yang dikehendaki oleh pemimpin-pemimpin perkauman DAP, PAS, PKR dan NGOs yang lain.
e. Penulis yakin, PRU ke-13 belum mampu menumbangkan Perlembagaan yang sedia ada, tetapi semangat perlembagaan itu tidak mampu direalisasikan lagi buat selama-lamanya. Penghakisan kuasa politik dari tangan kaum melayu/Bumiputera yang sedang berlaku secara berterusan akan membantu kaum China menguatkan cengkaman mereka di sektor ekonomi dan menambah kekuatan politik yang akhirnya mempengaruhi keputusan pentadbiran negara. Apalah dosa di Sibu sehingga kaum China menghukum BN dan menjulang DAP yang tidak melakukan apa-apa untuk kesejahteraan hidup mereka selama ini?
4. Fenomena ini berlaku kerana kebetulan pula kaum Melayu sebagai satu bangsa yang bermaruah dan berdaulat di tanahairnya, telah mengalami kehilangan identiti diri sebagai satu bangsa yang memiliki budaya, kesenian, falsafah akibat dari kecelaruan tafsiran agama dan gagal memanfaatkan ajarannya.
….bersambung

Subscribe to:
Posts (Atom)