Kerajaan sangat prihatin terhadap pentingnya sektor pendidikan kepada rakyat Malaysia. Tanpa sistem pendidikan yang baik, kita tidak mampu bergerak ke hadapan. Kerana itulah di Malaysia pendidikan itu ditegakkan di atas empat tunggak utama:
1. keupayaan untuk mengetahui/memahami
2. keupayaan untuk melakukan/praktik
3. keupayaan berkhidmat dengan berkesan
4. keupayaan memberi sumbangan dalam masyarakat
Kerana itu kerajaan yang bertanggungjawab bersusah payah menyediakan sistem pendidikan yang terbaik untuk membina pemikiran rakyat supaya menjadi warganegara yang berkualiti dan konstruktif. Dengan harapan rakyat Malaysia mampu berdiri sama tinggi dengan rakyat negara lain yang lebih maju. Dengan itu kita dapat memberi sumbangan dalam menghadapi dunia tanpa sempadan ini.
Malangnya perkembangan ini dibantut dan disabotaj oleh pemimpin Gerombolan Pakatan pembangkang yang melakukan perkara di sebaliknya. Mereka tidak mempedulikan kesan tindakan yang dilakukan, asalkan mendapat keuntungan politik.
Baca seterusnya:
http://pilihan-anda.blogspot.com/
Wednesday, May 5, 2010
Bergelak dan bergembiralah anda sekiranya anda seorang penjenayah atau seringkali terlibat dengan masalah jenayah. Anda kini sudah ada penyokong yang mempunyai pengaruh besar dan nasib anda akan dibela habis-habisan.
Untuk memudahkan anda mendapat sokongan, anda perlulah berkonfrontasi dengan polis. Kalau boleh, wujudkan seorang saksi yang mudah dipengaruhi. Jangan bimbang, sebaik-baik sahaja berita anda berkonfrontasi dengan pihak polis, beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat akan mencari anda dan memberi nasihat kepada saksi anda. Saksi anda kemudiannya akan membuat laporan polis mengikut versi nasihat yang diberikan.
Hasilnya, anda akan menjadi hero...
Kalau anda seorang pencuri kereta mewah atau terlibat dalam jenayah berat yang lain, pastikan polis melepaskan tembakan ke arah anda. Kalaupun anda terbunuh akibat peluru polis, mayat anda akan diangkat sebagai wira dan diarak dengan pelbagai cerita yang indah-indah. Jenayah yang anda lakukan tidak akan disebut atau direkodkan, sebaliknya Pakatan Rakyat akan menjadikan anda sebagai wira yang dizalimi oleh polis dan memerlukan pembelaan
Hasilnya, anda adalah wira....
Kalau anda ditangkap dan diperosokkan ke dalam lokap, jangan gundah, jangan risau. Anda pasti akan mendapat pembelaan dengan barisan peguam yang handal dan berharga mahal dengan kadar percuma. Anda tidak akan disalahkan, sebaliknya yang salah adalah polis kerana polis telah menangkap anda dan memasukkan anda ke dalam lokap.
Hasilnya, anda adalah hero rakyat!
Kalau anda penceroboh tanah orang atau tanah kerajaan dengan membina setinggan, yang mana rumah-rumah setinggannya boleh mendatangkan pendapatan mewah kepada anda menerusi sewaan, jangan bimbang. Pakatan Rakyat akan memastikan, anda mendapat pulangan dan pampasan sewajarnya kerana mereka akan memberitahu, anda adalah peneroka dan peneroka wajib dibayar pampasannya!
Seandainya anda berniaga, anda bebas untuk berniaga apa-apa sahaja, hatta meniaga lendir sekalipun selagi anda pro Pakatan Rakyat. Kalaupun tak selamat, anda boleh memulakan aktiviti perniagaan haram anda di kawasan kerajaan tempatan yang dikuasai oleh Ahli-Ahli Majlis dari Pakatan Rakyat. Dan kalaupun PAS mungkin akan jadi pengacau, jangan risau, anda boleh meminta para pemimpin DAP untuk menyergah mereka dan mereka akan terkesot seperti kura-kura menyorokkan kepala ke dalam kulitnya.
Menjadi mana-mana ahli Pakatan Rakyat akan memberikan anda banyak kelebihan. Contohnya, kalau anda terlibat dalam langgar lari, anda akan dibebaskan dengan pelbagai alasan dan pembelaan. Anda tidak akan didapati bersalah sekalipun sewaktu anda melanggar mangsa anda sampai tercabut kepalanya, anda berada dalam keadaan mabuk arak.
Dan kalaupun anda ditahan dan disoalsiasat, barisan peguam-peguam handalan dan berharga mahal Pakatan Rakyat, sedia untuk menawarkan khidmat secara percuma untuk memerhatikan dan mengawasi anda daripada diapa-apakan oleh polis. Jangan risau, kalaupun kesalahan yang anda lakukan adalah kesalahan berat, barisan peguam tersebut akan menggunakan pengaruh mereka untuk membangkitkan perkara itu di Parlimen. Kalau Parlimen tidak mengendahkan kes anda, mereka akan menarik isu-isu lain agar Kerajaan dan polis tertekan, dan akhirnya anda dibebaskan tanpa sebarang hukuman.
Bergembiralah anda sekiranya anda penjenayah dan masih berusia muda. Lebih elok kalau anda seorang yang berbangsa Cina atau India. Kalau anda seorang Melayu, susah sikitlah sebab Melayu anda itu akan mengurangkan sokongan para pemimpin Pakatan Rakyat, malah UMNO sendiri pun kurang memberikan perhatian.
Jangan bimbang kerana anda akan mendapati segala media, blog dan portal berita pro-pembangkang serta akhbar-akhbar berbahasa Cina dan India akan menyokong anda sepenuhnya. Tidak cukup dengan itu, Nurul Izzah anak Anwar Ibrahim sudah bersedia untuk menggerakkan seluruh rakyat Malaysia untuk berdemonstrasi dan mengganggu aktiviti perniagaan dan perdagangan di seluruh Kuala Lumpur.
Selamat menjadi penjenayah berlesen besar!
THE FLYING KICKDES :
Ini mungkin akan menjadi satu kenyataan yang pahit tetapi terpaksa di telan jika dibiarkan golongan-golongan Pakatan Rakyat terus dibiarkan berkuasa...nauzubillah!
Kita bernasib baik kerana golongan muda dan generasi yang telah terdidik dalam sistem yang begitu baik dan terancang, telah tidak terpengaruh dengan perancangan dan dakyah Gerombolan Pakatan Pembangkang ini. Kemusnahan dan bahaya yang mereka cuba sajikan kepada rakyat, dengan mudah dapat dihidu dan diketepikan sama sekali. Kebanyakan anak-anak muda kita mentertawakan lakonan dan skrip sandiwara perosak negara ini.
Kebijaksanaan generasi muda kita hari ini adalah benteng utama kesejahteraan hidup masa hadapan kita semua.
No comments:
Post a Comment