Nuar Berahim bersumpah pada 20 August 2008 pukul 10:05 pagi
Akhirnya seorang hamba Allah yang bernama Nuar Berahim Mantan Banduan Penjara Sungai buluh mengangkat sumpah sebagai Ketua Gerombolan Pembangkang di Parlimen di hadapan Speaker dewan rakyat dan disaksikan oleh pemimpin-pemimpin Gerombolan.
Maka sah dan legallah menjadi Ketua Pemabangkang dalam sistem demokrasi berparlimen di negara yang berdaulat dan merdeka ini.
Bagaimanapun sebelum itu ada seorang lagi hamba Allah telah juga bersumpah. Tempatnya di mesjid dan bukan di parlimen. Bukan di hadapan speaker tetapi di hadapan Imam disaksikan dan diiringi oleh bapa kandungnya sendiri.
Lafaz sumpahnya adalah seperti berikut:
"Bismillahirrahman nirrahim. Pada hari in, 15 Ogos 2008, saya Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan, No. Kad Pengenalan 850706-01-5687 dengan ini sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar and bersumpah seperti berikut.....A'uzubilahiminasyaitanirrajim. Bismillahirrahman nirrahmin. Wallahi....Wabillahi....Wata'alahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 hb Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya. Jika saya berdusta, atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah dan saya sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke kiamat. Wallahualam."
Sumpah Nuar berahim adalah untuk memegang jawatan. Sumpah Saiful adalah untuk mendapatkan keadilan dan penyerahan kepada Allah.
Saiful bersumpah kerana beliau yakin kepada Allah dan percaya kepada kebenaran ajaran Islam. Tetapi sehingga hari ini Nuar Berahim mengelak untuk bersumpah dengan berbagai alasan. Kebijaksanaannya melibatkan Nik Aziz dan Yusof Qardawi sedikit sebanyak dapat mengabui mata penyokong dan pengikutnya yang sedang mabuk.
Kini, Nuar berahim telah mula ditimpa berbagai-bagai bala. Nik Aziz dan Parti Pas juga mula dirasuk syaitan yang menyesatkan. Isu keluar parti PKR semakin menjadi-jadi, manakala pendedahan kes rasuah, salahguna kuasa, kronisme, nepotisme di Kelantan mencurah-curah ke pengetahuan rakyat.
Kepimpinan DAP terus tersenyum melihat bagaimana Nuar Berahim dan Nik Aziz serta kepimpinan Melayu dalam Gerombolannya melaksanakan arahan DAP tanpa ragu-ragu. Pengikut dan penyokong Gerombolan ini juga seperti sudah dituba dengan racun politik yang sukar dicari penawarnya. Kerana penawar paling mujarab ada dalam "botol" aqidah yang sudah mereka lemparkan jauh.
DAP amat tahu dan sedar bahawa Nuar Berahim sebagai Mantan Banduan Sungai Buluh sangat memerlukan mereka untuk menyelamatkan hayat politiknya dan juga kes favourite liwatnya yang berulang-ulangkali.
DAP tahu Nuar Berahim mampu memperalatkan Pas yang sangat dahagakan undi dari kaum Melayu dan kegigihan Pas untuk menghapuskan UMNO. DAP tahu niat suci Pas hanyalah untuk membunuh UMNO.
DAP akan terus memerangkap Nuar Brahim dan penyokongnya dan dalam masa yang sama mendapat sokongan fisabilillah dari Pas. Hasrat DAP untuk menghakis penguasaan politik UMNO/BN dan mengubah Perlembagaan sedia ada semakin lama semakin cerah tanpa bersusah payah menubuhkan cawangan DAP di kampung-kampung.
Inilah masa yang terbaik bagi Nuar Berahim Bekas Banduan Sungai Buluh itu melakukan sumpah muhabalah di dalam siri kempennya di PRK Hulu Selangor....itupun kalau Nuar Berahim yakin Saiful berbohong.
Nuar Berahim tidak perlu takut kerana Pas dan Nik Aziz pasti membantunya kerana jika tidak DAP tidak akan bantu Pas untuk dapatkan undi untuk menyempurnakan niat suci fisabilillahnya untuk membunuh UMNO.
No comments:
Post a Comment