Semenjak kebelakangan ini, dua orang Mantan-Ahli-PKR dan MP Bayan Baru Dato’ Seri Zahrain Hashim dan Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Nordin membuat pendedahan yang amat mengejutkan dalam persidangan Dewan Rakyat pusingan ini. Kedua dua ini mengaitkan niat jahat Mantan-Banduan-Salahguna-Kuasa Anwar “Mat King Leather” Ibrahim membohong dan memberikan keyakinan palsu untuk mengangkat diri sebagai Kepimpinan Utama Negara, termasuk memfitnah Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dalam pembunuhan warga Mongolia Altantuyaa Shaariibuu.
Perkembangan dewasa ini, termasuk ‘penghijrahan keluar’ dua MP PKR lain, Nibong Tebal Tan Tee Beng dan Padang Serai Mohsin Fadzil, Setiausaha Agung PKR Dato’ Sallehuddin Hashim, kegagalan ‘merampas kuasa’ di Perak walaupun menggunakan proses perundangan dan keadaan ketidak stabilan dalaman PKR sendiri melihatkan Anwar Ibrahim dan PKR makin terdesak.
Walaupun tidak lagu banyak opsyen yang tinggal terutama selepas pendedahan gempar Zahrain dan Zulkilfli ini, kami di BigDogDotCom mengandaikan Anwar akan memperkuadakan Pakatan Rakyat untuk mengambil tindakan luar jangkaan. Ini adalah untuk mengekalkan kedudukan sebagai masih lagi relevan dari kacamata rakyat Malaysia terutama pengundi dan parti politik yang ‘memimpin’ kerjasama rapuh Pakatan Rakyat.
Oleh demikian, beberapa siri Pilihanraya Kecil (PRK) akan dianjurkan sebagai platform yang sentiasa diujudkan bagi Anwar dan Pakatan Rakyat untuk mengsensasikan isu tertentu yang sengaja diputar belitkan (spin) dan mengekalkan arus tekanan pempolitikan (politicking). Ini merupakan strategi Anwar sepanjang dua tahun ini untuk mendapatkan platform agar pengundi sentiasa dibuai dengan isu isu yang sensasi dan mengemparkan. Siti PRK ini akan diteruskan dengan mengarahkan YB tertentu untuk meletakan jawatan agar PRK perlu dianjurkan, sebagai memenuhi kehendak demokrasi.
Untuk lebih menarik perhatian, negeri negeri Pakatan Rakyat seperti Kedah, Pulau Pinang dan Selangor mungkin akan melalui proses Pilihanraya Negeri walaupun penggal pilihanraya masih lagi tidak matang. Sebagai majoriti dan kerajaan dalam negeri negeri tersebut, Menteri Besar atau Ketua Menteri berhak mengadap DYMM Sultan atau TYT Yang DiPertua Negeri dan memohon untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri walaupun tempoh penggal masih lagi pra-matang. Pembubaran DUN akan menentukan Pilihanraya Negeri perlu dianjurkan dalam tempoh tertentu, sebagaimana yang diperuntukan dalam Perlembagaan.
Perjalanan kes liwat dalam Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur juga mungkin merupakan alasan bagi Anwar perlu untuk mengalihkan pandangan masyarakat dan modal untuk terus menerus mempolitikan keadaan dan serangan keatas pemimpin tertentu. Terbukti usaha dewasa ini untuk menarik perhatian masyarakat umum keatas kes ini tidak sebagaimana tahun 1998-2000 dan gagal. Ini termasuk keengganan Pemuda PAS untuk menganjurkan dan terlibat dalam demonstrasi jalanan ala Reformasi. Semenjak 12 tahun ini, PAS merupakan penjana guna-tenaga mana mana demonstrasi tajaan Anwar dan puak Anwarista.
Mari kita sama sama lihat perkembangan telahan ini. Macam bidalan Inggeris “Orang terdesak akan melakukan tindakan terdesak (Desperate man do desperate things).
SUMBER: http://bigdogdotcom.wordpress.com/
1 comment:
Salam bro,
Tak payah nak bersimpati pada peliwat tu.
Dulu 10 tahun lepas pernah kena.
Takkan konspirasi sama dua tiga kali.
Ini sah hobi dia meliwat.
Post a Comment