Keputusan pilihanraya umum ke 12 bagi negeri perak amat mudah difahami iaitu BN menang 28 kerusi dan PAS menang 6 kerusi.
Kalau BN (28) + PAS (6) bergabung maka dapat 34 kerusi majoriti mudah, sudah boleh boleh tubuh kerajaan negeri. Dalam masa yang sama biarkan PKR (7) dan DAP (18) tubuhkan Gerombolan Pakatan Pembangkang.
Dengan gabungan ini PAS-UMNO boleh berganding bahu memerintah Perak:
1. Ajaran dan tuntutan Islam dapat dilaksanakan dengan lebih baik,
a. UMNO semenangnya selama ini membangunkan negara mengikut landasan Islam dan PAS juga sangat berminat untuk mengembangkan syiar Islam. Penggabungan ini akan menguatkan perkembangan Islam itu sendiri.
b. Percantuman kekuatan UMNO-PAS ini bukan sahaja melahirkan solid political power malah mendorong minoriti rakyat bukan Islam menghormati Islam. Mereka akan kagum kerana hidup sejahtera di bawah pemerintahan kerajaan yang berlandaskan keadilan Islam.
c. Islam yang dikembangkan oleh UMNO selama ini dapat diterima oleh bukan Islam. Tentu Islam yang dibawa oleh UMNO-PAS juga akan diterima dengan lebih baik lagi.
2. Kuasa politik tetap berada di tangan orang Melayu dan umat Islam.
a. Islam tiada batasan bangsa atau kaum. Islam adalah universal kerana Islam adalah satu sistem kepercayaan. Semua bangsa dan kaum yang terdapat di muka bumi ini berhak beriman kepada Islam. Tetapi agama Islam tidak boleh tegak sendiri. Islam perlukan kelompok manusia yang “membawa/memikulnya”.
b. Realitinya di Malaysia ialah hanya orang-orang yang berbangsa Melayu sahaja yang percaya kepada agama Islam dan berminat untuk memartabatkan agama ini di tanahair mereka. Juga dibantu sedikit sebanyak oleh bangsa dan kaum lain yang turut mempercayai agama Islam dan mereka bergabung dengan bangsa Melayu sebagai terasnya.
c. Oleh sebab itu secara faktanya, hanya bangsa Melayu yang menjadi tulang belakang yang akan “membawa/memikul” Islam ini untuk diteruskan di bumi Malaysia.
d. Tanpa kuasa politik “pembawa-pembawa” agama Islam ini akan gagal melaksanakan misinya.
Selama ini UMNO yang memegang teras kuasa telah berjaya menerajui negara melalui konsep BN. Rakyat berbilang kaum dan agama serta sistem kepercayaan dapat disejahterakan, keadilan sosial dapat dipertingkatkan dan syiar Islam tidak tersekat, dan banyak lagi yang perlu dilaksanakan.
Di sini kita tidak faham mengapa PAS tidak nampak isu penggabungan ini selepas pilhanraya ke-12 dahulu.
Paling menyedihkan kita tidak faham mengapa PAS sampai hati menolak UMNO yang terbukti jujur membawa agama Islam selama ini tetapi sepenuh hati pula bergabung dengan parti racist DAP yang anti Islam dan anti ketuanan Melayu.
Kita berasa susah hati juga memikirkan hala tuju PAS dalam berpolitik.
Tetapi bagaimanapun nampaknya generasi muda kita telah mula mempertikaikan ketidakwarasan PAS dalam soal ini.
Generasi muda kita juga telah mampu berfikiran jauh dan rasional. Mereka juga boleh nampak dan membezakan dengan jelas permainan politik yang boleh menjamin masa depan agama, bangsa dan tanahair mereka atau permainan politik yang boleh memusnahkan segala yang telah sdia dibangunkan di mana mereka sedang membesar sekarang.
Sehingga ramai anak-anak generasi muda kita yang ,melafaskan kata-kata berikut:
UMNO MENGHULUR TANGAN TETAPI
PAS REDHO JADI BABI TUNGGANGAN DAP
No comments:
Post a Comment