Followers

Monday, March 30, 2009

Seloka Bukit Gantang

Pesta penamaan calon P059 Bukit Gantang di Taiping berjalan dengan lancar.
Takde peristiwa bodoh yang dipamerkan.
Kalau adapun sorang china berucap ala forum perdana tanpa permit selepas tamat penamaan. Tak tau siapa yang anjur tapi atas pentas ada ternampak lambang parti politik warna bulat putih, grafik ala roket dan bulan pecah tak bertangkup. Yang mendengar nampaknya orang-orang alim kerana kebanyakan bertutup kepala putih. Sesekali kedengan laungan Allahu Akbar.

Masa nak balik, ada orang letak pamplet kat kereta aku.

Pamplet tu lebih kurang begini:


SELOKA BUKIT GANTANG

Alkisah bermula Piliharaya ke dua belas,
Bertandinglah BN, DAP, PKR dan PAS,
Menanglah BN 28 kerusi tak boleh dibahas,
Paling sikit menang, hanya 6 kerusi ialah PAS.

Atas tiket satu parti BN mendapat majoriti,
Tapi politik punya pasal macam2 boleh jadi,
Tak pasal-pasal DAP+PKR+PAS pakat mencuri,
Ikut hukum demokrasi, BN pun hilang majoriti.

Ayam belum berkokok, Nizar dah ngadap Sultan,
Maklumkan dema nak tubuh kerajaan gerombolan,
Tuanku yang bijaksana, anugerahkan perkenan,
BN beralah, balik ke rumah, tak baring atas jalan.

Nizar, Ngeh dan Ngoh tersangatlah bergembira,
Baju istiadat dipakai, kelihatan smart bergaya,
Di depan Tuanku terus dema SEMBAH SETIA,
Walaupun kuasa parti DAP yang kontrol semua.

Tiba-tiba pulak nak dijadikan cerita,
Nizar umum ke parlimen naik bas, tak naik kereta,
Kononnya niat suci nak jimat duit rakyat jelata,
Tapi balik dari parlimen, Camry baru pulak tiba,

Rakyat mula nampak Nizar alim bersandiwara,
Lakonan Nizar di pentas, DAP terbahak ketawa,
DAP lulus tanah 999 tahun MB Nizar sain saja,
Berjihad Nizar bersama PKR, main belakang kira.

Masa mula-mula gerombolan ni dapat jadi kerajaan,
Dirampas paksa segala kunci surau dan dewan,
Di kampung jadi haru biru anak tadika pun ditahan,
JKK baru pun dilantik, mengganas tunjuk jantan.

PKR Selangor sangat minat nak pelihara babi,
Ladang khinzir di Kedah idea bernas yang suci,
Hukum Hudud PAS Kelantan belum menjadi,
Di Penang pulak Guan Eng jadi kaki buli.

16 September Nuar Brahim umumkan,
Dah nak jadi PM pulak, Putrajaya jadi idaman,
Sampai tidur berbogel buah hati ADUN Bt. Lanjan,
Tapi malangnya angan-angannya tak kesampaian.

Dengan 6 kerusi, PAS tak boleh buat apa-apa,
Segala dasar Pakatan Gerombolan, DAP yang cipta,
PKR pulak tak habis-habis buat angkara,
Nuar Brahim cari pasal, pergi kidnap ADUN Bota.






Takdir Allah yang Maha Berkuasa,
Pintu hati ADUN Bota di bukaNya semula,
Berpatah balik kepada BN, kerajaan yang wibawa,
Bersama tiga ADUN lagi, siapa pun tak sangka.

Kini giliran Pakatan Gerombolan hilang majoriti,
BN yang sabar, mengadap untuk mengganti,
Itulah peraturan sebab kita ikut hukum demokrasi,
Tuanku guna prinsip yang sama, perkenan diberi.

Terkejutlah Kerajaan Pakatan Gerombolan,
Tak sempatpun penyokong nak fahami perubahan,
Dirasuknya mengganas, diseru tunjuk perasaan,
Unit Amal PAS jadi terrorist, berbaring atas jalan.

Pakatan Gerombolan pun SEMBAH DERHAKA,
PAS kata YAB Dato’ Najib punya angkara,
Prof. Aziz Bari kata Istana yang buat durjana,
Karpal DAP kata Sultan Perak mesti diheret sama.

Nuar Brahim yang ganas, terus bermain wayang,
Kit Siang & Co. mengapi-api siang dan malam,
Rumah MB ditawan, Pejabat SUK jadikan medan,
DAP tersengih menonton perangai orang beriman.

Berbagai kerenah Speaker yang arif bijaksana,
Besar kepala, melawan Tuanku berbagai cara,
Kerajaan bawah pokok ditubuh, buat tugu segera,
Seluruh rakyat hairan, dan ramai pula yang ketawa.

Ulamak Politik Tuan Guru Nik Aziz selalau berdoa,
Mohon Allah matikan musuh-musuh durjana,
Maka kembali kerahmatullah MP Bt. Gantang kita,
Ngadap pilihanraya kecil, semua jadi pening kepala.

Nik Aziz kata Nizar tak layak dicalonkan,
Ngeh pula kata Nizar mintak dia dinamakan,
Hadi Awang pun umum Nizar tambah jawatan,
Nik Aziz dipaksa setuju dan buat kenyataan.

Hari penamaan calon muka Nizar berseri-seri,
Walaupun DUN Pasir Panjang ditakuk lama lagi,
Borang pencalonan ngapa tak tulis kerjayanya MB,
Pemberita diberitahu “dah tinggal jadi history”.

Yang simpati dengan PAS kawan2 kita juga,
Ada juga yg beriman, banyak juga membabi buta,
Bila PAS kena tipu oleh DAP, kesianlah mereka,
PKR main belakang, tergadailah aqidah di dada.
(Hasil nukilan: Insan yg hilang simpati pada idealisme PAS dan semakin yaqin pada kejujuran dan keikhlasan serta kewibawaan BN utk agama, bangsa dan tanahair)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...