Followers

Tuesday, March 31, 2009

Mentang-mentang kita semua ni jadi macam ni kerana jasa guru.
Jadi ada pulak mamat yang hantar pamplet ni pada aku.

Tapi yang baik tu eloklah kita berkongsi:

PERANAN PENDIDIK
DALAM SISTEM DEMOKRASI DI MALAYSIA

1. Guru-guru adalah golongan yang sangat dihormati oleh masyarakat kerana mereka berilmu dan diberi kepercayaan serta amanah oleh kerajaan untuk menyampaikan ilmunya dengan jaminan ganjaran rezeki yang halal.

2. Peranan Guru-guru amat penting kerana bidang pendidikan adalah satu-satunya bidang yang mampu membawa perubahan kepada masyarakat sesebuah negara. Kerajaan mempertaruhkan kejayaan masa depan negara di tangan keikhlasan Guru-Guru kita.

3. Jika dibandingkan keadaan masyarakat di negara kita sebelum merdeka dengan keadaan yang ada pada hari ini, sangatlah jauh berbeza walaupun kita hanya sebuah negara kecil. Semua pencapaian yang hebat ini sebahagian besar adalah hasil peranan Guru-guru menyampaikan ilmu pengetahuannya sehingga semua bidang kehidupan dapat dibangunkan dengan jayanya.

4. Guru-guru menjalankan tugas mereka bersungguh-sungguh kerana mereka sangat memahami Dasar-Dasar Kerajaan untuk membangunkan kehidupan rakyat dalam pelbagai bidang kehidupan.

5. Hasil daripada Dasar-Dasar Kerajaan yang telah dilaksanakan secara berterusan itu kita boleh melihat sendiri manfaat yang telah dan sedang dinikmati oleh rakyat semua kaum dan agama di negara kita.

6. Rakyat kita sedang menikmati hasil pelaksanaan Dasar-Dasar Kerajaan dalam bidang ekonomi, pendidikan dan sosial. Prasarana untuk kemudahan rakyat diberi keutamaan, kesihatan rakyat dijaga, kebajikan pendidikan anak-anak ditingkatkan, keperluan warga emas dan kurang upaya diuruskan. Rakyat semua kaum dapat hidup sejahtera, harmoni dan bersyukur.

7. Guru-Guru kita sangat memahami kejayaan Pelaksanaan Dasar-Dasar ini, dan mereka telah membantu menyampaikannya dengan ikhlas kepada rakyat. Guru-Guru kita faham bahawa Dasar-Dasar ini perlu diteruskan, diperkasakan dan diberi nilai tambah dari semasa ke semasa.

8. Bagaimanapun, para pendidik kita juga memahami, bahawa tidak ada sebuahpun negara dalam dunia ini yang tidak menghadapi masalah. Bahkan negara maju juga berdepan dengan berbagai-bagai masalah yang besar dalam bidang ekonomi dan sosial.

9. Masalah yang wujud adalah cabaran kepada kita semua. Cabaran ini datangnya dari dalam dan juga dari luar. Kerajaan yang kuat, dibantu oleh struktur masyarakat yang kukuh, dengan sistem pentadbiran yang berwibawa, akan dapat menghadapi apa sahaja cabaran ini.

10. Guru-Guru kita telah membuktikan selama ini mereka dengan ikhlas telah bersama-sama kerajaan menghadapi cabaran-cabaran ini dan hasilnya negara dan rakyat kita terus “survive”.

11. Dalam sistem demokrasi, hak setiap individu adalah dijamin oleh perlembagaan. Sistem demokrasi juga memberi hak kepada kerajaan untuk melakukan yang terbaik untuk rakyat jelata. Negara yang berjaya adalah hasil usaha kerajaan yang menggunakan hak mentadbir untuk memenuhi kepentingan dan hak-hak rakyat rakyat.

12. Guru-Guru kita yang ikhlas, terbukti telah memainkan peranan yang bersungguh-sungguh menjayakan cita-cita dan aspirasi rakyat melalui amalan sistem demokrasi di negara kita.

Ada rakan hantar gambar ni pada aku.
Pening juga aku nak faham kontrak sosial ni.


Aku cari dalam mana-mana perenggan perlembagaan negara, takde.
Dalam akta-akta dan ceraian pun tak mandang.
Jadi apa ni.

Kalau dinilai pada ayat di atas, macam nak perang je bunyinya.
Amarannya sangat keras, emosinya macam dah meluap.
Macam nak tunggu masa je pecah.

Nantilah...aku nak cari lagi.
Nak faham betul-betul apa maknyanya.

Monday, March 30, 2009

Seloka Bukit Gantang

Pesta penamaan calon P059 Bukit Gantang di Taiping berjalan dengan lancar.
Takde peristiwa bodoh yang dipamerkan.
Kalau adapun sorang china berucap ala forum perdana tanpa permit selepas tamat penamaan. Tak tau siapa yang anjur tapi atas pentas ada ternampak lambang parti politik warna bulat putih, grafik ala roket dan bulan pecah tak bertangkup. Yang mendengar nampaknya orang-orang alim kerana kebanyakan bertutup kepala putih. Sesekali kedengan laungan Allahu Akbar.

Masa nak balik, ada orang letak pamplet kat kereta aku.

Pamplet tu lebih kurang begini:


SELOKA BUKIT GANTANG

Alkisah bermula Piliharaya ke dua belas,
Bertandinglah BN, DAP, PKR dan PAS,
Menanglah BN 28 kerusi tak boleh dibahas,
Paling sikit menang, hanya 6 kerusi ialah PAS.

Atas tiket satu parti BN mendapat majoriti,
Tapi politik punya pasal macam2 boleh jadi,
Tak pasal-pasal DAP+PKR+PAS pakat mencuri,
Ikut hukum demokrasi, BN pun hilang majoriti.

Ayam belum berkokok, Nizar dah ngadap Sultan,
Maklumkan dema nak tubuh kerajaan gerombolan,
Tuanku yang bijaksana, anugerahkan perkenan,
BN beralah, balik ke rumah, tak baring atas jalan.

Nizar, Ngeh dan Ngoh tersangatlah bergembira,
Baju istiadat dipakai, kelihatan smart bergaya,
Di depan Tuanku terus dema SEMBAH SETIA,
Walaupun kuasa parti DAP yang kontrol semua.

Tiba-tiba pulak nak dijadikan cerita,
Nizar umum ke parlimen naik bas, tak naik kereta,
Kononnya niat suci nak jimat duit rakyat jelata,
Tapi balik dari parlimen, Camry baru pulak tiba,

Rakyat mula nampak Nizar alim bersandiwara,
Lakonan Nizar di pentas, DAP terbahak ketawa,
DAP lulus tanah 999 tahun MB Nizar sain saja,
Berjihad Nizar bersama PKR, main belakang kira.

Masa mula-mula gerombolan ni dapat jadi kerajaan,
Dirampas paksa segala kunci surau dan dewan,
Di kampung jadi haru biru anak tadika pun ditahan,
JKK baru pun dilantik, mengganas tunjuk jantan.

PKR Selangor sangat minat nak pelihara babi,
Ladang khinzir di Kedah idea bernas yang suci,
Hukum Hudud PAS Kelantan belum menjadi,
Di Penang pulak Guan Eng jadi kaki buli.

16 September Nuar Brahim umumkan,
Dah nak jadi PM pulak, Putrajaya jadi idaman,
Sampai tidur berbogel buah hati ADUN Bt. Lanjan,
Tapi malangnya angan-angannya tak kesampaian.

Dengan 6 kerusi, PAS tak boleh buat apa-apa,
Segala dasar Pakatan Gerombolan, DAP yang cipta,
PKR pulak tak habis-habis buat angkara,
Nuar Brahim cari pasal, pergi kidnap ADUN Bota.






Takdir Allah yang Maha Berkuasa,
Pintu hati ADUN Bota di bukaNya semula,
Berpatah balik kepada BN, kerajaan yang wibawa,
Bersama tiga ADUN lagi, siapa pun tak sangka.

Kini giliran Pakatan Gerombolan hilang majoriti,
BN yang sabar, mengadap untuk mengganti,
Itulah peraturan sebab kita ikut hukum demokrasi,
Tuanku guna prinsip yang sama, perkenan diberi.

Terkejutlah Kerajaan Pakatan Gerombolan,
Tak sempatpun penyokong nak fahami perubahan,
Dirasuknya mengganas, diseru tunjuk perasaan,
Unit Amal PAS jadi terrorist, berbaring atas jalan.

Pakatan Gerombolan pun SEMBAH DERHAKA,
PAS kata YAB Dato’ Najib punya angkara,
Prof. Aziz Bari kata Istana yang buat durjana,
Karpal DAP kata Sultan Perak mesti diheret sama.

Nuar Brahim yang ganas, terus bermain wayang,
Kit Siang & Co. mengapi-api siang dan malam,
Rumah MB ditawan, Pejabat SUK jadikan medan,
DAP tersengih menonton perangai orang beriman.

Berbagai kerenah Speaker yang arif bijaksana,
Besar kepala, melawan Tuanku berbagai cara,
Kerajaan bawah pokok ditubuh, buat tugu segera,
Seluruh rakyat hairan, dan ramai pula yang ketawa.

Ulamak Politik Tuan Guru Nik Aziz selalau berdoa,
Mohon Allah matikan musuh-musuh durjana,
Maka kembali kerahmatullah MP Bt. Gantang kita,
Ngadap pilihanraya kecil, semua jadi pening kepala.

Nik Aziz kata Nizar tak layak dicalonkan,
Ngeh pula kata Nizar mintak dia dinamakan,
Hadi Awang pun umum Nizar tambah jawatan,
Nik Aziz dipaksa setuju dan buat kenyataan.

Hari penamaan calon muka Nizar berseri-seri,
Walaupun DUN Pasir Panjang ditakuk lama lagi,
Borang pencalonan ngapa tak tulis kerjayanya MB,
Pemberita diberitahu “dah tinggal jadi history”.

Yang simpati dengan PAS kawan2 kita juga,
Ada juga yg beriman, banyak juga membabi buta,
Bila PAS kena tipu oleh DAP, kesianlah mereka,
PKR main belakang, tergadailah aqidah di dada.
(Hasil nukilan: Insan yg hilang simpati pada idealisme PAS dan semakin yaqin pada kejujuran dan keikhlasan serta kewibawaan BN utk agama, bangsa dan tanahair)

Sunday, March 29, 2009

PRK P059 Bukit Gantang

Rupanya esok Mac 29, akan diadakan penamaan calon untuk PRK Bukit Gantang. Patutlah banyak kenderaan di jalanraya. Tapi paling banyak aku ternampak plet D. Minat sungguh suku kaum kita dari sana berkampung di Bt. Gantang.

Dalam pada itu, dalam kotak pos aku terima bermacam-macam poster, pamplet, leaflet. Aku agak ada kaitan dengan dengan PRK Bukit Gantang atau PRU ke 13.

Antara yang aku terima adalah seperti berikut:

PILIHANRAYA KECIL
BUKIT GANTANG P59
AWAS!!

Gerombolan Dari Kelantan. Terengganu dan Tempat Lain Sudah Masuk Ke Dalam Kawasan Kampung-Kampung Kita.

BAGAIMANA HENDAK MENGENALI MEREKA?:

1. Mereka akan menghasut kita supaya membenci kerajaan

2. Mereka akan gunakan agama sebagai alat politik murahan

3. Mereka terlalu fasih menyebut perkara yang tidak benar

4. Sangat berminat berkempen kotor menyerang peribadi

5. Mengundi mereka dikatakan WAJIB dari segi agama

6. Suka memainkan emosi supaya membenci pihak lain

7. Menafikan bahawa mereka tidak Menghina dan Derhaka kepada Sultan kita dan menyalahkan pihak lain pula yang derhaka.

8. Mereka akan berbohong dengan huraian yang mengelirukan supaya kita membenci kerajaan dan menyokong mereka

9. Membayangkan bahawa kerajaan itu zalim pada rakyat sedangkan mereka tahu kehidupan rakyat aman, sejahtera dan dijaga kebajikan sepanjang masa.
Mereka telah hilang majoriti di Dewan Negeri tetapi akan mengatakan orang lain rampas kuasa. Mereka akan terus berbohong dan bersandiwara. ………AWASSS!
Entahlah, biarlah mereka selesaikan masalah politik.
Aku belum ada masa nak kaji setiap perkataan di atas untuk mencari maknanya.
Jumpa lagi.

Saturday, March 28, 2009

Salam Perkenalan


AlhamdulillLah, di celah-celah kesibukan dapat juga aku lahirnya blog ini.


Semoga aku dapat terus mencari makna untuk teruskan kehidupan yang sempurna dan berguna.


Jumpa lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...