Followers

Thursday, December 3, 2009

MEMAHAMI SIKAP BERPOLITIK



MENGENALI DAN MEMAHAMI
SIKAP BERPOLITIK DI SEKELILING KITA

Sikap berpolitik di kalangan parti Pas memang menghairankan dan di luar dugaan sama sekali. Seperti tidak ada batas sempadan. Seperti tidak wujud sekatan dan panduan.

Contohnya semasa pilihanraya kecil Bukit Gantang tempohari, YB Nga Kor Meng dari Parti DAP dengan selamba dan sengaja melafazkan ucapan salam sambil mengumumkan bahawa beliau adalah penganut Kristian. Lantas selepas itu melafazkan ayat suci al-quran di atas pentas yang dihadiri oleh kaum muslimin dan muslimat Islam. Selesai melafazkannya beliau diberikan sambutan laungan “takbir…takbir…takbir” oleh segelintir suara di celah-celah penonton yang hadir. Manakala sebahagian besar dari yang hadir kedengaran mengucapkan “astagfirullah al azim” Pemimpin Pas Pusat dan negeri (termasuk YB Nizar Jamaludin) yang turut berada di atas pentas kelihatan tersenyum megah dan berasa menang.

Kita mungkin boleh faham mengapa YB Nga Kor Meng sengaja berbuat bergitu. Padanya satu kepuasan dapat mempermain-mainkan orang Islam termasuk pemimpim politik mereka. YB Nga Kor Meng juga faham bahawa untuk mencapai cita-cita politik, Pas akan berbuat apa sahaja bagi mengumpul undi, termasuk mengizinkkannya mempersendakan Islam. YB Nga Kor Meng tahu bahawa perbuatannya akan ditentang olah orang Islam yang lain, tetapi beliau yakin Pas akan mempertahankannya habis-habisan. Dan itulah yang berlaku.

Sikap politik begitu bukan sahaja memalukan tetapi boleh merosakkan kesucian agama yang selama ini kita hidupkan, perkembangkan, pertahankan dengan segala daya upaya walaupun negara ini masyarakatnya majmuk.

Sikap ini kalau diteruskan akan mengundang padah yang amat buruh kepada generasi kita di kemudian hari. Akan tertanam persepsi di benak mereka bahawa “matlamat menghalalkan cara”. Kalau agamapun boleh dipermainkan atau diperalatkan sedemikian rupa , maka persoalan nilai dalam kehidupan akan terkubur begitu sahaja ditelan zaman.

Kita berharap anak-anak muda dan kaum terpelajar dapat mengenali dan memahai sikap berpolitik di sekeliling supaya mereka boleh memberi panduan dan membina sempadan.

Wednesday, December 2, 2009

PEMIMPIN HARAKAH TUNJANG MENUNJANGI

PEMIMPIN HARAKAH TUNJANG MENUNJANGI
Walaupun terpaksa sama-sama bernafas dalam lumpur kemaksiatan





Kemelut maksiat politik Nik Aziz di Kelantan semakin parah.

Ustaz Nik Aziz sendiri telah beberapa kali cuba berdalih mengatakan dirinya tidak bersalah langsung dalam kemelut maksiat politik berbentuk nepotism, kronysm, salahguna kuasa yang diamalkannya selama ini. Nik Aziz pada mulanya menepis dengan mengatakan penulis blog sengaja mengadakan fatnah untuk menjatuhkan pemimpin dan kerajaan Islam. Isu ini sengaja direka-reka sama seperti di zaman Nabi Muhammad dahulu katanya.

Bila ditimbulkan maksiat rasuah tajaan haji RM65,000 seorang untuk pakej VVIP, ustaz Nik Aziz membidas pihak yang memburukkan niat suci penaja yang ingin bersedekah kepadanya atas dasar dirinya mulia dan untuk mendapatkan keberkatan darinya. Malah ustaz Nik Aziz menggambarkan betapa berkat dirinya waimma seliparnya dicuri untuk memperoleh keberkatan darinya jua. Beliau mengingatkan orang yang berbuat fitnah akan balasan neraka yang amat pedih.

Kemudian ustaz Nik Aziz menyalahkan bahawa ada pihak yang dengki dan sengaja khianat untuk menjatuhkan orang-orang tertentu di dalam kepimpinannya. Beliau lantas mengungkapkan wujudnya konspirasi. Ini juga berlaku di zaman Nabi Muhammad katanya.

Ustaz Nik Aziz menjelaskan beliau telah menyuarakan hasratnya untuk mengamalkan kronysm berkaitan lantikan CEO PMBK dalam “mesyuarat penuh” yang dipengerusikannya. Oleh sebab tiada apa-apa suara menasihatkannya, maka dianggap mesyuarat telah meluluskannya. Apabila maksiat ini didedahkan ustaz Nik Aziz dengan segera menyalahkan LA yang tidak beri nasihat apa-apa kepadanya ketika hasratnya untuk melaksanakan amalan kronysm yang telah dinyatakan dalam mesyuarat.

Melihat kepada maksiat politik yang semakin menjadi-jadi dan perkembangan yang semakin parah dan memalukan ini, maka PAS Pusat terpaksa turun padang “memberi nasihat” kepada ustaz yang bergelar Mursyidul Am tersbut. Walaupun nampak macam sudah TERBALIK bahawa Penasihat diberi Nasihat atas amalan maksiatnya, akhirnya diumumkan CEO PMBK letak jawatan. Ini mengesahkan dengan telus bahawa memang ustaz Nik Aziz Penasihat PAS melakukan maksiat kronysm dengan sengaja dan di bawah kawalannya.

Memburukkan keadaan, kedua-dua anak ustaz Nik Aziz iaitu Nik Abduh dan Nik Amalina (dengan bantuan YB Siti Mariah Mahmud) dengan rela hati mereka mendedahkan diri masing-masing melalui penulisan di dalam blog. Semua pihak terkejut akan perihal rendahnya budi pekerti, pemikiran dan mentaliti kedua-dua anak Mursyidul Am Pas ini. Penulisan mereka penuh dengan retorik tanpa fakta, layanan emosi liar, mengamalkan fitnah melalui maksiat bahasa tahap rendah, mengagungkan kemuliaan keluarga tanpa nas. Ini secara langsung membuka mata seluruh dunia bahawa ustaz Nik Aziz gagal mendidik atau mentarbiyyah anak-anaknya untuk mengamalkan hidup mengikut acuan Islam seperti yang dilakonkannya.

Seterusnya tanpa tekanan dari mana-mana pihak, tiba-tiba ustaz Nik Aziz cuba pula memadamkan berita kemaksiatan yang diamalkannya dengan meletupkan satu berita melalui kenyataannya mengenai “colonel Mat”. Beliau memberitahu umum bahawa Colonel Mat adalah mastermind konspirasi menjatuhkannya. Bila ditanya beliau tidak mahu menjelaskannya tetapi memberi jaminan akan keesahannya.

Presiden Pas Uztaz Hadi Awang tak sampai hati membiarkan ustaz Nik Aziz bergelumang bersendirian dalam maksiat yang dilakukannya itu. Melihatkan perkembangan peristiwa ini semakin parah, Ustaz Hadi memabntu dengan mengeluarkan kenyataan “penasihat Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang gagal memberikan "nasihat undang-undang dan politik".

Demikianlah dalam keadaan terpaksa pemimpin Pas “Tunjang Menunjangi” antara satu sama lain walaupun terpaksa sama-sama bernafas dalam kemaksiatan. Terbuktilah sudah bahawa maksud Amanat Haji Hadi Awang yang dipegang oleh jemaah taksub Pas bahawa “Politikan Islam, Islam itu Politik” berbanding nasihat Tun Mahathir “Jangan campuradukkan Urusan Agama dengan Urusan Politik” yang diputarbelit oleh Haji Hadi kepada “Agama Suku Politik Suku”.

Makna-Makna:

Urusan Agama:
Misalnya berjemaah solat jumaat dengan rukunnya yang sempurna di mesjid yang ditauliahkan, menyediakan kebajikan untuk rakyat jelata adalah urusan yang dituntut oleh agama, memberi wang ehsan adalah kehendak agama.

Urusan Politik:
Misalnya berceramah untuk memenangi hati pengundi, menghasut orang ramai supaya membenci pihak lain, tidak bersyukur dapat wang ehsan tapi hasut orang ramai supaya benci kerajaan kerana tak beri royalti - itu semua urusan politik.

Jangan campuraduk urusan politik dan agama:
Contohnya ceramah politik kepartian yang keterlaluan dalam khutbah jumaat dengan fakta yang tidak betul, fitnah sembarangan, kupasan yang menyeleweng, atau menjemput orang ramai ke Majlis Ilmu tetapi kandungannya kempen politik yang dihiasi dengan maki hamun, atau bekerja untuk mendapatkan rezeki yang halal dengan Jabatan Agama Islam atau jabatan kerajaan tetapi bersikap khianat untuk melaksanakan cita-cita politik parti yang sempit, dsb

Agama Suku Politik Suku:
Bermakna tidak boleh agama dan politik itu dipisahkan. Politik dan agama itu adalah satu. Apa sahaja yang dilakukan oleh orang politik adalah agama. misalnya maksiat khutbah di atas mimbar adalah agama, amalan kronysm dan salahguna kuasa adalah agama, mentafsir ayat-ayat Allah ikut kehendak parti adalah agama. Ayat-ayat Allah digunakan oleh orang kafir di atas pentas politik adalah agama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...