SELOKA PERIHAL ADUN PASIR PANJANG
YB NIZAR JAMALUDIN
Tersebutlah kisah di negeri Perak,
J.W.W Birch tersungkur di Pasir salak,
Di situlah pahlawan Melayu berjihad bergasak,
Melawan Penjajah mempertahankan hak.
Membara semangat cintakan negeri,
Membuak gelora penjajah dibenci,
Tak tahan kehinaan menikam diri,
Terkenangkan anak cucu kemudian hari.
Bertempik Maharaja Lela mengilir keris,
Berbondong pendekar menyusun lapis,
Penjajahan tanahair maruah bonda terhakis,
Bersatulah segala Melayu bergalang tangkis.
Begitulah ceritanya mengikut sejarah,
Menjaga tanah ayo rupa-rupa payah,
Tumpah darah, tak kena gaya terus pindah,
Anak cucu kemudian hari yang terima padah.
Jaman-jaman dulu raja yg perintah,
Apa katanya tak boleh di bantah,
Zaman sekarang udah le berubah,
Dalam parlimen rakyat bebas berhujah.
Nak masuk Parlimen kena jadi Wakil Rakyat,
Nak jadi Wakil Rakyat kenalah berpakat,
Masuk bertanding, lukis lambang hijau bulat,
Kalau menang baru isytihar pakatan dah dibuat.
Begitulah Encik Nizar masuk ke Dewan Negeri,
Angkat sumpah setia, teruslah jadi YB,
Tak semena-mena pulak, takdir Allah dari azali,
Walaupun tak layak, tapi Tuanku lantik jadi MB.
Bila dah dilantik, angkat sumpah menjadi MB,
Nizar pun buat agrement dengan tokehnya DAP
Sebarang dasar, PAS tak boleh buat sesuka hati
Mesti diluluskan memanda PKR dan Raja DAP.
Bila dah mendapat majoriti yang lebih,
Meleleh air liur YB Nga dan YB Ngeh,
Tanah di Perak, banyaknya makan tak habih,
Kena cepat-cepat lulus, segera pulak diagih.
New Village tu sebenornya Kampung Baru,
Tempat mengumpul bekas kominis dulu,
Dema nak jatuhkan kerajaan tapi kena buru,
Bila dah surrender, duduklah diam di situ.
Bila DAP dapat control kuasa memerintah,
Disuruhnya PAS patuh, jangan nak bantah,
Semua bekas kominis diberi hak milik tanah,
999 tahun, dapat free, tak perlu susah payah.
Dalam mesyuarat Exco YB Nizar jadi patung,
Hanya boleh ngangguk, bila DAP buat untung,
Islam entah ke mana, PAS kena kelentong,
PKR tak kisah, asalkan dapat main punggung.
Tanahair kita yang tercinta, tergadailah sudah,
Akibat Nizar bahalol, macam budak isap dadah,
Nak dapat balik tanah tu, bukannya mudah,
Kecualilah kita sanggup kelahi bertumpah darah
Kebodohan YB Nizar bin Jamaludin ,
Nama je parti Islam tapi otak macam kambing,
Kehendak DAP diikut saja tak payah bargain,
Inilah dikatakan Pemimpin PAS memang tengin.
Bila ditanya, ngapa Nizar, kamu buat begitu,
Nizar bahalol kata, pakatan punya hala tuju,
Bekas komunis Kampung Baru mesti dibantu,
Barulah jawatan MB kekal selamanya milik aku.
Punyalah bodoh ADUN PAS Pasir Panjang,
Terus MENDERHAKA bila majoriti dema hilang,
Habis segala polis, tuanku Sultan diterajang,
DAP tergelak, tengok dari jauh cekak pinggang.
Rakyat Pasir Panjang masih hairan ternganga,
Kampung dema belum maju, masih takuk lama,
Nak jaga Bt. Gantang pulak, memang dia ni gila
Ikut cakap DAP, jadi boneka dipijaknya agama.
Ingatlah pesan orang tua-tua,
Warisan kita hendaklah dijaga,
Tanah ayo dan segala harta benda,
Kalau tidak, anak cucu yg menderita.
(Hasil nukilan: Insan yang hilang simpati pada idealisme PAS dan semakin yaqin pada kejujuran dan keikhlasan serta kewibawaan BN untuk agama, bangsa dan tanahair walaupun kita bersikap menafikannya sepanjang masa)