Followers

Monday, May 10, 2010

PRK Sibu: Pas Mengeksport Kecelakaan Politik ke Sarawak


Bermulalah episod Bumi Kenyalang dicemari dengan politik kasta rendah.

Kalau sebelum ini Gerombolan Pakatan Pembangkang sangat bernafsu menjadikan Semenanjung Malaysia sebagai medan mengkhianati usaha murni BN memajukan rakyat dan negara, kini dikembangkan pula menyeberangi Laut China Selatan.

PRK Sibu 16 Mei ini telah digunakan oleh Pas untuk menunjukkan kesetiaan kepada Gerombolan Pakatan Pembangkang dengan memberikan sokongan padu kepada rakan DAP. Pas begitu setia dan beristiqomah menjadikan dirinya alat DAP yang memperjuangankan Malaysian Malaysia.

Menariknya ialah, inilah kejayaan pertama Pas berjaya menjejakkan kakinya di bumi Sibu untuk mengembangkan ajaran sesatnya itu. Sebelum ini Pas tidak laku sama sekali di bumi sarawak malah ranting yang telah diwujudkan hanyalah seperti ranting kering yang tak berfaedah. Bagi seluruh 31 buah kawasan parlimen Pas hanya mampu berjudi nasibnya di Batang Lupar, Petrajaya dan Sadong Jaya dalam keadaan hidup segan mati tak mahu kerana tiada yang berminat.

Kesetiaan Pas untuk terus menjadi alat DAP dalam PRK Sibu diterjemah dengan menghantar tentera fisabilillah seramai lebih 300 orang. Walaupun hakikatnya Pas memang lemah dan tidak bermaya di Sarawak, tetapi mereka berusaha juga untuk menunjukkan parti sesat itu kuat dan berpengaruh dengan membawa pelakon-pelakon bertopeng termasuklah Dr Mariah Mahmud, Dr Hassan Ali, Abu Bakar Chik, Sallahuddin Ayub, Husam Musa, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah serta pentaksub-pentaksub lain.

Dijangkakan Pas akan menggunakan kepakaran mereka menyuburkan rasa benci dengan segala macam fitnah dan isu yang direkacipta dan dihiasi dengan nas dan hadith. Pasti di kalangan masyarakat Islam mereka akan melaungkan slogan "membangun bersama Islam" manakala di hadapan bukan Islam mereka akan melaungkan slogan "negara berkebajikan". Apapun natijah daya usaha mereka adalah untuk menyuburkan kebencian terhadap kerajaan.

DAP pasti amat berbangga dengan kesetiaan Pas dalam merelakan diri mereka terus diperalatkan. Dengan ini tugas dan cita-cita DAP untuk menuju ke arah menukar perlembagaan negara dapat diteruskan.  Pilihan raya ini juga dijadikan medan lanjutan Gerombolan Pakatan untuk meneruskan misi mengkhianati masyarakat Malaysia. Kerana itulah Pas seperti telah diwahyukan untuk berkampung di Kampung Hilir, Jalan Masjid dalam Dun Nangka.

Samada calon DAP, Wong Ho Leng menang atau kalah, pada Pas bukanlah keutamaan. Pas amat bernafsu untuk membunuh UMNO dan kerana itu kempennya tidak akan terlepas dari mengajak orang ramai membenci UMNO walaupun calon dari parti komponen lain yang bertanding.

Marilah sama-sama kita perhatikan.

Friday, May 7, 2010

Tewaskan PAS Supaya Islam Dapat Diselamatkan

PAS adalah Parti Politik seperti DAP
Islam adalah Agama


Telah semakin ramai di kalangan cendekiawan, sarjana, pemikir dan pemimpin Islam berpendapat bahawa Parti Pas wajar dihapuskan dari arena politik negara. Mereka sependapat berasaskan tindak tanduk parti itu yang membelakangkan agama Islam malah sanggup memperalatkan agama Islam itu sendiri sebagai alat politik. Ditambah pula kebodohannya mengambil parti DAP menjadi rakan untuk memperjuangkan agama Islam melalui kuasa politik.

Semenjak ditubuhkan sehinggalah sekarang, parti PAS dilihat langsung tidak memberi apa-apa sumbangan kepada pengembangan syiar Islam, malah membawa imej Islam itu amat buruk di mata penganut Islam dan bukan Islam.  Selama memerinmtah Kelantan, Pas telah gagal sepenuhnya untuk memberikan contoh pentadbiran ulamak seperti yang mereka promosikan, malah menjahanamkan negeri Che Siti Wang Kembang itu sepenuhnya dalam semua bidang.

Pas hanya berminat mentafsir ayat quran dan hadis mengikut kepentingan politik mereka walaupun tafsiran yang mereka buat amat bercanggah sekali dengan roh Islam yang terkandung dalam nas dan hadith berkenaan. Ditambah pula dengan keberanian luar biasa Nik Aziz membuat tafsiran mengikut nafsu dan emosinya sendiri. Banyak di  antara pandangan Nik Aziz menjadi bahan tertawa orang ramai tetapi malangnya menjadi pegangan dan kepercayaan pula kepada pengikut taksubnya. Pas sudah menjadi seperti sebuah pertubuhan orang-orang yang taksub yang sudah tidak boleh berfikir secara rasional. Begitulah bahayanya jika agama atau sistem kepercayaan diselewengkan.

Parti Pas dilihat mempunyai persamaan yang amat akrab dengan perjuangan parti DAP dan PKR. Maka sebab itulah mereka boleh bersatu hati seiya sekata dalam perjuangan membunuh UMNO-BN dan meneruskan cita-cita untuk mengubah perlembagaan sedia ada.

Berikut diturunkan sebahagian daripada kejahilan dan keterlanjuran Nik Aziz sepanjang kariernya sebagai ahli pilitik yang bertopengkan agama:

KATA-KATA , FATWA, PANDANGAN, DOA , CARUTAN DLL DARI MULUT NIK AZIZ UNTUK DIFIKIRKAN !



12/10/2009 06:47

Dipaparkan kenyataan-kenyataan Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat ( MB Kelantan ) sebelum ini yang tidak konsisten dan amat mengelirukan di bawah:

1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.
4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.
5. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

7.  "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.

9. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.

10. "Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 19 November 1992.

11. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

12. "Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.

13. "Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995.

14. "Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

15. "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.

16. "PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

17. "Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.

18. "Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihanraya yang ke-10 itu." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.

19. "Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang" - Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.

20. "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."- Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.

21. “Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.

22. “Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)”. –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.

23. “Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga.” – Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.

24. “Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak Nampak simbol lain kecuali simbol PAS. “ – Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan ceramah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.

25. “UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan Hadis.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 22 Februari 1999.

26. ‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’ – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.

27. “Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999.

28. "Percaya-ae (kepercayaan) manusiyo (manusia) kepada kiamat menyebabkan seganah-ganah (seganas-ganas) manusia akan tok (tak) jadi ganah. Kerana dia yakin walau bagaimana ganahnya aku dan bagaimana pangkat... tingginya pangkat aku, tapi apalah nasib aku apabila aku berdepae (berdepan) dengan padang mahsyar. Di padang mahsyar kelak ada lagi yang lebih gagah daripada aku namanya Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih jabaruut, lebih samseng daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih angkuh daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Dan nama Allah Subhanahuwataala satu daripada namanya al-Mutakabbir, al-Jabbarul Mutakabbir. ( Al-Jabbar maknanya gagah kuasa ataupun kita panggil samseng. Al-Mutakabbir sombong, angkuh.) Akulah oghaenya (orangnya) sombong, tok denga (dengar) kato (kata) orang lain. Itu satu daripada sifat Allah Taala. Samseng pun dok (ada) di aku, hanelan (handalan) pun dok di aku, somong (sombong) pun di aku. Kalu (kalau) samseng, aku lebih samseng. Kalu mu jahat, aku lebih jahat, kalu mu somong (sombong) aku lebih somong. Percayaan kito manusiyo kepada akidah nilah, akidah akhirat kito panggil menyebabkan orang Melayu yang sokong Pas ni tidak jahat...'' – Rakaman Ucapan Nik Aziz Nik Mat berhubung isu Allah Samseng, Utusan Malaysia, 31 Julai 2002.

29. “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

30. "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009.


Parti Pas di Kelantan bukan Parti Islam Semalaysia, tetapi Pertubuhan Pengikut Taksub Ajaran Sesat Yang Bertopengkan Agama Islam.

Kita ucapkan tahniah kepada para strategist politik yang berjaya menjadikan Nik Aziz setaraf dengan cauvinist-racist DAP dan PKR.

Wednesday, May 5, 2010

SABOTAJ BERBAHAYA YANG BERTERUSAN

Kerajaan sangat prihatin terhadap pentingnya sektor pendidikan kepada rakyat Malaysia. Tanpa sistem pendidikan yang baik, kita tidak mampu bergerak ke hadapan. Kerana itulah di Malaysia pendidikan itu ditegakkan di atas empat tunggak utama:

1. keupayaan untuk mengetahui/memahami
2. keupayaan untuk melakukan/praktik
3. keupayaan berkhidmat dengan berkesan
4. keupayaan memberi sumbangan dalam masyarakat

Kerana itu kerajaan yang bertanggungjawab bersusah payah menyediakan sistem pendidikan yang terbaik untuk membina pemikiran rakyat supaya menjadi warganegara yang berkualiti dan konstruktif. Dengan harapan rakyat Malaysia mampu berdiri sama tinggi dengan rakyat negara lain yang lebih maju. Dengan itu kita dapat memberi sumbangan dalam menghadapi dunia tanpa sempadan ini.

Malangnya perkembangan ini dibantut dan disabotaj oleh pemimpin Gerombolan Pakatan pembangkang yang melakukan perkara di sebaliknya. Mereka tidak mempedulikan kesan tindakan yang dilakukan, asalkan mendapat keuntungan politik.

Baca seterusnya:

http://pilihan-anda.blogspot.com/

Wednesday, May 5, 2010

Bergelak dan bergembiralah anda sekiranya anda seorang penjenayah atau seringkali terlibat dengan masalah jenayah. Anda kini sudah ada penyokong yang mempunyai pengaruh besar dan nasib anda akan dibela habis-habisan.

Untuk memudahkan anda mendapat sokongan, anda perlulah berkonfrontasi dengan polis. Kalau boleh, wujudkan seorang saksi yang mudah dipengaruhi. Jangan bimbang, sebaik-baik sahaja berita anda berkonfrontasi dengan pihak polis, beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat akan mencari anda dan memberi nasihat kepada saksi anda. Saksi anda kemudiannya akan membuat laporan polis mengikut versi nasihat yang diberikan.

Hasilnya, anda akan menjadi hero...

Kalau anda seorang pencuri kereta mewah atau terlibat dalam jenayah berat yang lain, pastikan polis melepaskan tembakan ke arah anda. Kalaupun anda terbunuh akibat peluru polis, mayat anda akan diangkat sebagai wira dan diarak dengan pelbagai cerita yang indah-indah. Jenayah yang anda lakukan tidak akan disebut atau direkodkan, sebaliknya Pakatan Rakyat akan menjadikan anda sebagai wira yang dizalimi oleh polis dan memerlukan pembelaan

Hasilnya, anda adalah wira....

Kalau anda ditangkap dan diperosokkan ke dalam lokap, jangan gundah, jangan risau. Anda pasti akan mendapat pembelaan dengan barisan peguam yang handal dan berharga mahal dengan kadar percuma. Anda tidak akan disalahkan, sebaliknya yang salah adalah polis kerana polis telah menangkap anda dan memasukkan anda ke dalam lokap.

Hasilnya, anda adalah hero rakyat!

Kalau anda penceroboh tanah orang atau tanah kerajaan dengan membina setinggan, yang mana rumah-rumah setinggannya boleh mendatangkan pendapatan mewah kepada anda menerusi sewaan, jangan bimbang. Pakatan Rakyat akan memastikan, anda mendapat pulangan dan pampasan sewajarnya kerana mereka akan memberitahu, anda adalah peneroka dan peneroka wajib dibayar pampasannya!

Seandainya anda berniaga, anda bebas untuk berniaga apa-apa sahaja, hatta meniaga lendir sekalipun selagi anda pro Pakatan Rakyat. Kalaupun tak selamat, anda boleh memulakan aktiviti perniagaan haram anda di kawasan kerajaan tempatan yang dikuasai oleh Ahli-Ahli Majlis dari Pakatan Rakyat. Dan kalaupun PAS mungkin akan jadi pengacau, jangan risau, anda boleh meminta para pemimpin DAP untuk menyergah mereka dan mereka akan terkesot seperti kura-kura menyorokkan kepala ke dalam kulitnya.

Menjadi mana-mana ahli Pakatan Rakyat akan memberikan anda banyak kelebihan. Contohnya, kalau anda terlibat dalam langgar lari, anda akan dibebaskan dengan pelbagai alasan dan pembelaan. Anda tidak akan didapati bersalah sekalipun sewaktu anda melanggar mangsa anda sampai tercabut kepalanya, anda berada dalam keadaan mabuk arak.

Dan kalaupun anda ditahan dan disoalsiasat, barisan peguam-peguam handalan dan berharga mahal Pakatan Rakyat, sedia untuk menawarkan khidmat secara percuma untuk memerhatikan dan mengawasi anda daripada diapa-apakan oleh polis. Jangan risau, kalaupun kesalahan yang anda lakukan adalah kesalahan berat, barisan peguam tersebut akan menggunakan pengaruh mereka untuk membangkitkan perkara itu di Parlimen. Kalau Parlimen tidak mengendahkan kes anda, mereka akan menarik isu-isu lain agar Kerajaan dan polis tertekan, dan akhirnya anda dibebaskan tanpa sebarang hukuman.

Bergembiralah anda sekiranya anda penjenayah dan masih berusia muda. Lebih elok kalau anda seorang yang berbangsa Cina atau India. Kalau anda seorang Melayu, susah sikitlah sebab Melayu anda itu akan mengurangkan sokongan para pemimpin Pakatan Rakyat, malah UMNO sendiri pun kurang memberikan perhatian.

Jangan bimbang kerana anda akan mendapati segala media, blog dan portal berita pro-pembangkang serta akhbar-akhbar berbahasa Cina dan India akan menyokong anda sepenuhnya. Tidak cukup dengan itu, Nurul Izzah anak Anwar Ibrahim sudah bersedia untuk menggerakkan seluruh rakyat Malaysia untuk berdemonstrasi dan mengganggu aktiviti perniagaan dan perdagangan di seluruh Kuala Lumpur.

Selamat menjadi penjenayah berlesen besar!

THE FLYING KICKDES :

Ini mungkin akan menjadi satu kenyataan yang pahit tetapi terpaksa di telan jika dibiarkan golongan-golongan Pakatan Rakyat terus dibiarkan berkuasa...nauzubillah!

Kita bernasib baik kerana golongan muda dan generasi yang telah terdidik dalam sistem yang begitu baik dan terancang, telah tidak terpengaruh dengan perancangan dan dakyah Gerombolan Pakatan Pembangkang ini. Kemusnahan dan bahaya yang mereka cuba sajikan kepada rakyat, dengan mudah dapat dihidu dan diketepikan sama sekali. Kebanyakan anak-anak muda kita mentertawakan lakonan dan skrip sandiwara perosak negara ini.

Kebijaksanaan generasi muda kita hari ini adalah benteng utama kesejahteraan hidup masa hadapan kita semua.

Tuesday, May 4, 2010

Kes Aminulrashid: Satu Pengajaran dalam Pendidikan Keibubapaan II

Berpusu-pusu Gerombolan Pakatan Pembangkang menggunakan kes kematian Aminulrashid untuk membina persepsi supaya rakyat percaya bahawa pihak polis telah berlaku zalim, tidak adil, ganas, tidak boleh dipercayai dan berbahaya kepada orang awam.

Samalah dengan kes yang terdahulu seperti kes al-Maunah, kes Altantuya Syariibu, kes Teoh Beng Hock, yang kesemuanya digunakan untuk meningkatkan perasaan benci rakyat kepada kerajaan. Penulis yakin rakyat tidak semudah itu untuk dibodohkan apatah lagi setelah banyak kali percubaan membodohkan rakyat ini telah gagal. Sebabnya kerana kes itu tidak kena mengena dengan rakyat secara langsung, ia adalah kes terpencil.

Penulis ingin melihat kes ini dari sudut yang lebih besar dan benar-benar melibatkan diri kita sebagai ibubapa atau penjaga kepada anak-anak kita yang masih kecil atau sudah meningkat remaja.  Kita terlibat sama kerana kejadian pada malam tertembaknya Aminulrashid adalah berpunca daripada kegagalan peranan keibubapaan yang sangat ketara, jelas dan perlu dipertanggungjawabkan. Kita terlibat sama kerana perkara ini akan berlaku kepada anak kita sendiri pada suatu hari nanti sekiranya gagal mengambil iktibar mulai sekarang.

Secara ringkasnya, anak-anak remaja boleh dikelaskan kepada tiga kategori, iaitu Remaja Berpotensi, Remaja Normal dan Remaja Berisiko. Personaliti Remaja Berpotensi dikenali dengan watak mereka yang berdisiplin, bercita-cita tinggi, menghargai masa, menggunakan peluang, memuliakan ibubapa dan keluarga, pandai mengurus masa, mempunyai hobi yang konsisten, tidak melanggar undang-undang/peraturan. Mereka juga sentiasa mengejar masa dan memenuhinya dengan aktiviti pelajaran dan menambah pengetahuan. Hubungan dengan ibubapa sangat akrab, genuine dan bertanggungjawab di rumah.

Remaja dari kategori Normal pula memiliki perwatakan yang bercampuraduk. Kadangkala mereka rajin dan menghampiri watak remaja yang berpotensi. Mahu belajar, pergi ke perpustakaan, buat kerja rumah dan sebagainya, tetapi tidak kekal lama. Ada kalanya mereka menjadi malas, tidak bersemangat dan tingkahlaku tidak menentu. Remaja jenis ini sekiranya mendapat dorongan dan kawalan yang betul daripada ibubapa/penjaga kemungkinan boleh berjaya atau tidak menjadi lebih negatif. Tetapi sekiranya tidak diberi perhatian, kemungkinan besar akan bertukar menjadi remaja yang berpura-pura dan berisiko.

Jenis remaja yang Berisiko pula memiliki watak yang jelas seperti tidak suka belajar, bergaduh, ponteng sekolah/kelas, inginkan kebebasan, mengejar hiburan, tidak suka peraturan, tidak mahu dikawal, rasa hero dan bangga jika dirotan atau ditangkap polis dan sangat jauh dari agama. Remaja jenis ini sangat tidak bertanggungjawab, pandai berpura-pura, sanggup menipu ibubapa, memiliki dua wajah iaitu lain di rumah lain di luar rumah. Paling dahsyat sikap yang dimiliki oleh remaja jenis ini ialah mereka tidak menghormati ibubapa dan keluarga serta tahap berpura-puranya sangat tinggi.

Faktor yang menentukan anak-anak kita tergolong ke dalam kategori Berpotensi, Normal atau Berisiko adalah hasil dari pendidikan keibubapaan yang kita amalkan semenjak mereka masih kecil dan di bawah kawalan kita sepenuhnya. Faktor yang mempengaruhi watak anak-anak ini akan bertambah dan berubah apabila mereka mula bercampur dengan orang lain dalam dunia sosialnya. Bermula dari bersekolah tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah watak mereka akan berubah.

Akhirnya lahirlah remaja yang memiliki harga diri yang tinggi, rendah atau sederhana. Remaja yang memiliki self esteem yang tinggi akan melakukan perkara-perkara yang positif, bermanfaat, bermoral, manakala remaja yang memiliki self esteem yang rendah akan melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral, anti estabshment, dan merosakkan dirnya sendiri. 

Ibubapa yang ada prinsip keibubapaan, akan bersama-sama membentuk perubahan watak anak-anak ini di samping usaha yang dilakukan di sekolah dan aktiviti komuniti. Proses ini berlaku berterusan sehingga anak remaja itu telah membina personalitinya yang sebenar dan mantap

Sebaliknya pula, ibubapa yang tiada prinsip keibubapaan akan menyebabkan anak-anaknya terbiar dan membesar dengan pengaruh rakan sebaya serta alam sosial di sekelilingnya. Ketika inilah perwatakan anak itu  terbina berterusan dan mengukuh sepanjang alam remajanya. Sekiranya anak itu bergaul dengan penagih dadah, maka akhirnya ia akan jadi penagih.

Selain itu, peranan ibubapa juga adalah untuk memberi dorongan dan harapan kepada anak anak supaya mereka sentiasa optimis. Motivator yang terbaik bagi seorang manusia adalah ibu, bapa atau penjaga yang paling rapat dengannya.

Anak yang baik tidak hanya pada kelakuan yang dipamerkan di hadapan kita. Anak yang baik memilki kemahiran diri seperti pandai membuat keputusan, bijak mengurus masa dan situasi, bertanggungjawab pada diri dan persekitarannya.

Apa yang berlaku pada Aminulrashid hanya ibunya sahaja yang paling mengetahui.
Apa yang berlaku kepada Gerombolan Pakatan Pembangkang, kita semua tahu mereka mahu menyuburkan perasaan benci kepada polis.

Thursday, April 29, 2010

Kejayaan DAP: Atas Kerelaan MCA dan Gerakan

Unity Didahulukan, Tuntutan Diutamakan

DAP telah berjaya menggantikan MCA dan Gerakan sebagai parti politik kaum China.

Hal ini berlaku kerana MCA dan Gerakan merelakan ianya berlaku.

Kerelaan ini berpunca daripada asakan ideologi racist dan cauvinist DAP yang bertalu-talu di kalangan kaum China teruatama golongan muda mereka. Pewarisan sifat-sifat kiasu kaum China memang tidak dapat dinafikan kerana itulah falsafah hidup mereka turun temurun dan dipegang kemas walau di mana sahaja mereka bermastautin di dunia ini.

DAP berjaya memanfaatkan sifat kiasu ini sebagaimana Lee Kuan Yew berjaya menyambar kuasa politik di Pulau Temasik untuk kaum China melalui PAP.

Kemaraan DAP menguasai minda dan jiwa kaum China tidak dapat disekat lagi kerana MCA dan Gerakan tidak berupaya menyanggah tuntutan dan dorongan sifat kiasu kaum China yang ditiup dan dibakar sepanjang masa. DAP tidak mempedulikan kewujudan sosial kontrak dan MCA serta Gerakan juga tidak nampak lagi mengapa sosial kontrak itu perlu diteruskan. Kaum China teruja dengan gagasan DAP ini dan anak-anak mkudanya menjadi bersemangat yang yakin boleh mencapainya.

Tidak mungkin MCA dan Gerakan bertindakbalas dengan mencurahkan air untuk memadamkan bara api yang marak di jiwa anak-anak muda China yang percaya bahawa mereka akan lebih berjaya jika dapat menguasai kuasa politik di negara ini. Keyakinan ini terus dimainkan dalam ceramah, kuliah, sembang kedai kopi, blogg, facebook, sms di kalangan mereka pada setiap hari. Dibantu pula oleh gerakan membunuh UMNO oleh PAS dan perjuangan PKR untuk menjadikan Nuar Berahim sebagai Perdana Menteri.

DAP tidak mempunyai bahagian dan cawangan parti yang banyak di seluruh negara, tetapi DAP berjaya menanamkan ideologi racist dan cauvinistnya di kalangan peguan, ngos, persatuan kebajikan, persatuan perniagaan, persatuan agama. Sebab itulah perjuangan ideologi DAP ini telah diaktifkan di dalam sesetengah NGOs dan juga parti politik.

Dalam parti DAP tidak ada ideologi PAS,  dan tidak ada pemimpin DAP atau pengkutnya yang memperjuangan slogan Islam PAS. Tetapi  dalam parti PAS banyak terdapat pemimpin dan pengikutnya yang mengistiharkan jihad fisabilillah memperjuangkan ideologi DAP. Malah sekarang ini semua bahagian dan ranting PAS adalah juga merupakan ranting DAP yang sudah siap siaga menunggu arahan.

Bukan semua kaum China selesa dengan cara perjuangan DAP yang agak extreme, tetapi semua kaum China tidak suka kuasa politik masih tidak berada di tangan mereka. Kerana itu konsep perkongsian kuasa yang diamalkan selama ini yang telah berjaya membawa Malaysia dan rakyat pelbagai kaum hidup aman dan berjaya, bukan lagi menjadi keutamaan mereka.

Keutamaan politik kaum China telah meningkat, iaitu bukan lagi pada tahap "berkongsi" tetapi telah mara ke tahap "memiliki". Sebagaimana Lee Kuan Yew yang pada mulanya berkongsi untuk mencapai kemerdekaan bersama Perikatan tetapi selepas itu berjaya memiliki kuasa secara total. Cuma bezanya PAP mengambil masa yang agak pendek tetapi DAP agak panjang dan perlu menunggu sehingga PRU 13 untuk menjadi kenyataan.

MCA dan Gerakan terpaksa merelakan kemaraan DAP kerana mereka tidak mampu lagi menyekat keinginan kaum China yang sudah begitu yakin boleh menguasai kuasa politik di negara ini dengan sumbangan terbesar datangnya dari PARTAI ISLAM SEMALAYSIA dan PKR.

MCA dan Gerakan berada dalam posisi "tidak ada kepentingan" untuk menentang dan menahan kemaraan DAP. Kerana itu, untuk menghalalkan sikap ini, mereka perlu mancari sebab dan alasan supaya tidak nampak mereka membelakangkan BN.

Sekarang ini, kita dapati, apa sahaja yang keluar dari mulut pemimpin MCA dan Gerakan, semuanya ke arah merelakan kemaraan DAP.

Wednesday, April 28, 2010

Kes Aminulrashid: Satu Pengajaran dalam Pendidikan Keibubapaan

SHAH ALAM 26 April - Seorang remaja lelaki, Aminulrashid Amzah berusia 15 tahun yang disyaki penjenayah mati ditembak setelah cuba merempuh anggota polis peronda ketika mahu memberkasnya di kawasan perumahan Jalan 11/2G, Seksyen 11, di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi, remaja terbabit yang memandu kereta Proton Iswara, mati akibat terkena tembakan sementara rakannya berjaya melarikan diri.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, sebelum kejadian, dua anggota polis peronda terserempak dengan kedua-dua suspek dalam keadaan mencurigakan.

Penulis mengucapkan takziah kepada ibu dan keluarga arwah adik Aminulrashid yang terlibat dalam kejadian yang tidak diingini itu.

Kepada keluarganya, pasti merupakan satu kehilangan dan kesedihan yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.

Kepada pihak polis pula tentulah ini satu tanggungjawab yang perlu dipikul dengan sebaiknya.

Penulis cuma ingin mengambil iktibar dari peristiwa ini kerana kemungkinan besar akan berlaku lagi jika kita gagal memberi perhatian kepada perkara berikut:

1. Ketelitian dan kebijaksanaan pihak polis semasa menjalankan tugas.
Dua elemen ini sangat penting pada pasukan polis yang bersenjata untuk mengelakkan berlaku kesilapan yang didorong oleh faktor kegopohan. Dalam apa jua situasi, pihak polis yang bersenjata perlu bersikap hati-hati, tegas dan bijaksana. Kita sedia maklum bahawa telah ramai anggota polis yang menjadi korban dan mangsa penjenayah tanpa belas kasihan yang menyebakan kematian dan kecederaan semasa menjalankan tugas rasmi.

2. Peranan ibubapa terhadap anak-anak perlulah lebih tegas dan berprinsip.
Anak-anak yang akan menduduki peperiksaan awam sepatutnya sedang tidur pada jam 2 pagi. Pastikan anak-anak kita mempunyai lesen memandu dan kita memberi kebenaran memandu dengan tujuan yang pasti. Sayangkan anak dengan berasaskan emosi sahaja tidaklah mencukupi kalau tidak diiringi dengan disiplin dan prinsip keluarga berkualiti. Biasanya anak akan lakukan apa yang kita kehendaki. Pada tafsiran anak-anak, apa yang kita kehendaki itu termasuklah apa yang kita tidak larang. Maka saya menyeru semua ibubapa yang sayangkan anak-anak marilah kita kenali anak-anak kita dengan sebenarnya, bukan setakat yang kita nampak dengan mata dan yang dirasa oleh emosi.

Kepada keluarga Aminulrashid, bersabarlah dan kepada pihak polis bertenanglah. Pada saya kes ini tidak memerlukan penyelesaian, tetapi memerlukan jawapan.

Tuesday, April 27, 2010

PRK HS: Zaid Kalah Tapi DAP Menang Besar

Keputusan PRK Hulu Selangor menjelaskan dengan tepat bahawa etnik China menolak konsep perkongsian kuasa yang selama ini diamalkan. Kejayaan membangunkan Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum, agama dan kebudayaan, telah tidak lagi menjadi keutamaan mereka walaupun itulah formula yang terbaik bagi negara ini.

Kesungguhan etnik China mencari dan menyuarakan pelbagai isu seolah-olah kerajaan BN tidak adil kepada mereka sudah memuncak. Mereka menolak secara total parti komponen MCA dan Gerakan dan kini berpaksi kukuh dengan parti DAP. Dengan kata lain DAP berjaya menggantikan MCA dan Gerakan sebagai mewakili etnik China.

Daripada PRK Hulu Selangor, kita dapat membuat rumusan yang jelas iaitu etnik China tidak memerlukan kerajaan untuk membangunkan mereka. Mereka tidak mahu bergantung kepada kerajaan untuk maju. Mereka sudah sangat percaya bahawa kuasa politik Malaysia perlu diubah dan mereka akan lebih maju lagi sekiranya dapat keluar dari bawah kerajaan BN sekarang.

Etnik China telah sampai ke kemuncak berpolitik mereka, iaitu mereka perlu memegang kuasa politik di negara ini.

Keyakinan ini memang berasas. Buktinya ialah kegigihan PAS dan PKR menyerang UMNO sudah sampai ke tahap merealisasikan cita-cita ini. Apabila PAS sendiri sudah mula menyerang Institusi Raja Melayu dan begitu liberal dalam persoalan agama Islam, orang-orang China sudah faham bahawa mala petaka sedang menghempap bangsa Melayu. Apabila PKR mengkucarkacirkan sistem kehakiman dan terus membantu melemahkan sistem politik berparlimen, orang-orang China sudah mendapat signal yang baik bahawa telah berlaku kemusnahan yang amat dahsyat kepada bangsa Melayu. Dengan kata lain kesatuan bangsa Melayu sudah musnah. Kemusnahan ini akan meruntuhkan kuasa politik. Tanpa kuasa politik perlembagaan negara dapat diubah mengikut tafsiran baru Pas, PKR dan DAP. Apapun tafsirannya orang-orang China tetap menggenggam kuasa politik.

Zaid kalah tetapi DAP menang besar.

Kerajaan mencuba sehabis baik menawan hati rakyat Hulu Selangor  termasuk mendengar rintihan kaum China. Peruntukan yang mereka minta dan suarakan ditunaikan segera yang boleh. Isu yang mereka bangkitkan diberi jaminan untuk diselesaikan. Tetapi mereka tetap kekal bersama DAP walaupun parti itu tidak mengeluarkan satu senpun peruntukan  untuk mereka. DAP cuma menggunakan air liur sahaja menghasut dan terus menghasut dengan memberi harapan bahawa kuasa politik pasti dapat dirampas dari kerajaan sekarang.


Antara hasil kerja Pas selama ini

Orang-orang China telah nampak dan semakin yakin bahawa kuasa Melayu/Bumiputera-BN ini sudah semakin rapuh dan menghampiri ke penghujungnya. Ideologi DAP telah meresap ke dalam jantung pengikut-pengikut Pas dan PKR.

DAP tidak perlu lagi menubuhkan bahagian atau cawangan di kampung-kampung tetapi bendera mereka dibawa dan dikibarkan oleh tangan-tangan Melayu-Islam sendiri. DAP tidak perlu menghabiskan masa mentadbir parti dan mengeluarkan peruntukan mengurus bahagian atau cawangan, tetapi ideologi parti DAP berkembang mekar di seluruh tanahair.



Kalau kita perhatikan, setiap ceramah PAS akan membawa ideologi DAP ini samada mereka sedari atau tidak. Antaranya:

1. Perjuangan Pas tidak berasaskan bangsa
2. Keadilan adalah hak samarata
3. Menyuburkan kebencian dengan menimbulkan pertentangan kelas sosial
4. Sengaja menimbulkan ketidakpuasan hati dengan membesarkan isu-isu yang kecil


Dengan daya usaha PAS dan PKR, Orang Melayu
telah menabalkan Lim Kit Siang sebagai Hero dan
pemimpin yang akan memperjuangkan nasib
masa depan generasi kedua Felda.
-Felda Sg. Tengi 24 Apr. 2010 - Perhimpunan Kebangsaan Warga Felda
Majlis DAP Menerima Memorandum Bantahan

 Saya menyeru rakan-rakan etnik China supaya kembali bersama dalam semangat 1Malaysia kerana itulah formula yang terbaik dan terbukti semenjak dari kemerdekaan hingga sekarang. Matlamat politik sempit DAP, Pas dan PKR hanya akan memusnahkan masa depan kita.

Saya juga menyeru rakan-rakan dalam PAS dan PKR supaya berpolitiklah secara matang dan berpandangan jauh. Nasib anak cucu kita adalah bergantung kepada keputusan yang kita buat sekarang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...