Followers

Tuesday, April 27, 2010

PRK HS: Zaid Kalah Tapi DAP Menang Besar

Keputusan PRK Hulu Selangor menjelaskan dengan tepat bahawa etnik China menolak konsep perkongsian kuasa yang selama ini diamalkan. Kejayaan membangunkan Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum, agama dan kebudayaan, telah tidak lagi menjadi keutamaan mereka walaupun itulah formula yang terbaik bagi negara ini.

Kesungguhan etnik China mencari dan menyuarakan pelbagai isu seolah-olah kerajaan BN tidak adil kepada mereka sudah memuncak. Mereka menolak secara total parti komponen MCA dan Gerakan dan kini berpaksi kukuh dengan parti DAP. Dengan kata lain DAP berjaya menggantikan MCA dan Gerakan sebagai mewakili etnik China.

Daripada PRK Hulu Selangor, kita dapat membuat rumusan yang jelas iaitu etnik China tidak memerlukan kerajaan untuk membangunkan mereka. Mereka tidak mahu bergantung kepada kerajaan untuk maju. Mereka sudah sangat percaya bahawa kuasa politik Malaysia perlu diubah dan mereka akan lebih maju lagi sekiranya dapat keluar dari bawah kerajaan BN sekarang.

Etnik China telah sampai ke kemuncak berpolitik mereka, iaitu mereka perlu memegang kuasa politik di negara ini.

Keyakinan ini memang berasas. Buktinya ialah kegigihan PAS dan PKR menyerang UMNO sudah sampai ke tahap merealisasikan cita-cita ini. Apabila PAS sendiri sudah mula menyerang Institusi Raja Melayu dan begitu liberal dalam persoalan agama Islam, orang-orang China sudah faham bahawa mala petaka sedang menghempap bangsa Melayu. Apabila PKR mengkucarkacirkan sistem kehakiman dan terus membantu melemahkan sistem politik berparlimen, orang-orang China sudah mendapat signal yang baik bahawa telah berlaku kemusnahan yang amat dahsyat kepada bangsa Melayu. Dengan kata lain kesatuan bangsa Melayu sudah musnah. Kemusnahan ini akan meruntuhkan kuasa politik. Tanpa kuasa politik perlembagaan negara dapat diubah mengikut tafsiran baru Pas, PKR dan DAP. Apapun tafsirannya orang-orang China tetap menggenggam kuasa politik.

Zaid kalah tetapi DAP menang besar.

Kerajaan mencuba sehabis baik menawan hati rakyat Hulu Selangor  termasuk mendengar rintihan kaum China. Peruntukan yang mereka minta dan suarakan ditunaikan segera yang boleh. Isu yang mereka bangkitkan diberi jaminan untuk diselesaikan. Tetapi mereka tetap kekal bersama DAP walaupun parti itu tidak mengeluarkan satu senpun peruntukan  untuk mereka. DAP cuma menggunakan air liur sahaja menghasut dan terus menghasut dengan memberi harapan bahawa kuasa politik pasti dapat dirampas dari kerajaan sekarang.


Antara hasil kerja Pas selama ini

Orang-orang China telah nampak dan semakin yakin bahawa kuasa Melayu/Bumiputera-BN ini sudah semakin rapuh dan menghampiri ke penghujungnya. Ideologi DAP telah meresap ke dalam jantung pengikut-pengikut Pas dan PKR.

DAP tidak perlu lagi menubuhkan bahagian atau cawangan di kampung-kampung tetapi bendera mereka dibawa dan dikibarkan oleh tangan-tangan Melayu-Islam sendiri. DAP tidak perlu menghabiskan masa mentadbir parti dan mengeluarkan peruntukan mengurus bahagian atau cawangan, tetapi ideologi parti DAP berkembang mekar di seluruh tanahair.



Kalau kita perhatikan, setiap ceramah PAS akan membawa ideologi DAP ini samada mereka sedari atau tidak. Antaranya:

1. Perjuangan Pas tidak berasaskan bangsa
2. Keadilan adalah hak samarata
3. Menyuburkan kebencian dengan menimbulkan pertentangan kelas sosial
4. Sengaja menimbulkan ketidakpuasan hati dengan membesarkan isu-isu yang kecil


Dengan daya usaha PAS dan PKR, Orang Melayu
telah menabalkan Lim Kit Siang sebagai Hero dan
pemimpin yang akan memperjuangkan nasib
masa depan generasi kedua Felda.
-Felda Sg. Tengi 24 Apr. 2010 - Perhimpunan Kebangsaan Warga Felda
Majlis DAP Menerima Memorandum Bantahan

 Saya menyeru rakan-rakan etnik China supaya kembali bersama dalam semangat 1Malaysia kerana itulah formula yang terbaik dan terbukti semenjak dari kemerdekaan hingga sekarang. Matlamat politik sempit DAP, Pas dan PKR hanya akan memusnahkan masa depan kita.

Saya juga menyeru rakan-rakan dalam PAS dan PKR supaya berpolitiklah secara matang dan berpandangan jauh. Nasib anak cucu kita adalah bergantung kepada keputusan yang kita buat sekarang.

10 comments:

Tok Pambu said...

Jangan lupa bahawa kaum india juga sudah hilang kepercayaan nya kepada MIC dan PPP.

Sokongan kaum india terhadap BN di HS se mata2 kerana calun nya berbangsa india. Cuba BN letak kan melayu dari UMNO sebagai calun pasti kaum india akan cabut lari dan sokong PKR.

Walauapa pun pencacai BN mahu tafsirkan berkenaan DAP ianya akan tetap terus unggul dan akan terus mendapat sokongan dari kaum cina dan india.

Kini DAP pula sudah bergabung dengan PAS dan PKR. Jika 20% sahaja kaum melayu menyokong PAS dan PKR, pasti BN/UMNO akan tumbang pada PRU13 akan datang.

Anonymous said...

Pas pengkhianat Melayu

Anonymous said...

Aku bukan nak menuding jari pada mana-mana politik...terutama 2 parti politik tunjang Islam dan Melayu iaitu Pas Dan UMNO......

Kita harus faham keadilan di dalam Islam harus di letak pada tempatnya. Begitu juga keadilan seperti mana yang diharapkan oleh manusia Pas dan Umno harus diletakkan ditempatnya...Dalam kontek ini kita letakkan Agama dan Bangsa itu yang teratas.

Justeru itu, kita melihat ada betulnya perjuangan UMNO dan Ada Betulnya perjuangan Pas. Kedua-dua parti ini sebenarnya bila bersatu akan melengkapi orang Melayu..Percayalah kita akan saling melengkapi antara kita bila Bersatu.

Jadi besarlah harapan untuk kita melihat UMNO dan Pas duduk semeja untuk berbincang dari hati ke hati akan permasalahan bangsa dan Agama Islam...untuk kita tunjukkan bahawa sebenarnya orang Melayu boleh bersatu...

Barang diingat bangsa yang satu lagi tu telah bersatu untuk menghancurkan kita Melayu dan Islam...Jadi bila lagi kita nak bersatu???

Apakah telah lenyapnya kuasa dan keistimewaan yang ada barulah kita terhegeh-hegeh untuk bersatu???

Bangunlah bangsa ku..ayuh bangunlah dari mimpi ngeri ini...kita pacukan usaha penyatuan..

Mana pemimpin UMNO...Mana Pemimpin Pas...Ayuh kita sepakat dan Bersatu....

Anonymous said...

Marilah UMNO dan Pas bersatu. Ini bukan masa kita jatuh menjatuh...jangan jadi ketam dalam baldi..

Kenapa susah sangat nak bersatu????

Ini bukan masa kita berbalah....tengok cina dalam diam-diam mereka ada agenda tersendiri iaitu nak menguasai jajaran dari Singapura hingga ke Perak..

Wahai pemimpin UMNO dan Pas jangan tidur lagi...jangan kau jual bangsa dan agama Islam tercinta.. bangun bangun bangkit...

Panglima Perang Cyber said...

salam perjuangan.

saya pertama kali datang ke blog tuan dan harap dapat kita bersama sama dalam misi siber menentang pakatan haram.

saya memohon untuk mengedarkan tulisan saudara di rangkaian BPN kami dan saya berbesar hati dapat memasukkan link blog saudara di list rakan blog saya.

salam 1Malaysia.

odieneology said...

ah.. memalukan je gambar yg last tu.. gambar tu kat kampung saya.. tp bila tgk blk gambar2 tu, pakcik dan makcik tu bukan berasal dari kampung saya. tah ceruk felda mane dia datang..memalukan LKS datang sungai tengi! najis mughallazah!!

Anonymous said...

Anda tersilap bila hanya membuat analisa di Hulu selangor. Cuba buat kajian pada PRU yang lalu. Dikawasan mana wakil kaum cina telah memenangi kursi DUN atau Parliment. Pada pengamatan saya wakil kaum cina, menang dikawasan majoriti melayu dan dikawasan majoriti kaum cina sendiri walaupun wakil MCA/Gerakan yang bertanding dengan DAP, wakil DAP akan tetap menang. Ini menunjukan dari dulu pun kebanyakan kaum cina akan memihak kepada DAP.

Lintau Perak said...

Terima kasih kepada semua yang menghantar komen di blog ini.

Semua pendapat sdra adalah selaras dengan apa yang saya fikirkan, yang saya risaukan dan yang saya yakin perlu dihadapi atas sifat realitinya.

Marilah kita teruskan membedah dan menganalisa fenomena ini untuk kebaikan yang tulen.

Hairi said...

Sebenarya orang melayu masih dikelirukan oleh penjajah.kita tak sedar asas kepada masalah.apa itu?

SISTEM PEMERINTAHAN.cadangan aku :

Wujudkan kembali MONARKI MUTLAK.serahkan kembali kuasa pada sultan.sultan melayu dah tidur selama 400tahun.tiba masa kembali memerintah.

Sebaagai contoh.Sultan brunei.masih mengamalkan sistem monarki.segala kekayaan negara di tangan baginda.dan baginda juga mengharamkan arak di brunei.baginda sendiri keluaar arahan(disiarkan dalam utusan tau)mengharamkan arak di negara brunei....tengok kes mcm.ni.baginda kata haram....siapa berani bantah? Korang kat sini nak sogok sultan? Nak bagi duit kopi kat sultan? Boleh try...setau aku sultan brunei ni income dia mutlak..kuasa penuh..tak mcm menteri malaysia dibayar gaji.jadi kerja pun ikut gaji la.pstu ada elaun datang la.ada elaun rumah la itu ini.brunei aku tak berapa sure ada ke
bende2 mcm ni.baginda pun berlaku adil dlm menjatuhkan hukuman.cth adik beliau ada songlap duit pastu kantoi beli china doll sex seakan tunangnya.mana ada baginda sultan brunei buat diam...baginda tangkap dan layan seperri pesalah lain.kita sini dah kantoi beli cincin 78juta boleh buat muka tak bersalah lagi.siap boleh hidup mcm biasa.

Kita nak pmerintah begini.jenis berlaku adil.akibtnya ALLAH kurniakan kekayaan pada baginda sultan brunei.tak silap aku konsert termahal didunia dibuat oleh michael jackson di brunei.ada rakyat brunei merusuh? Mengamuk akan isu ini? Semua diam buat urusan masing masing.jeenis yang ni kita nak...
Berlaku adil.

Bagi aku sistem politik merupakan bende mengarut.anwar ibrahim tu pandai tang cakap je.kalau PAS dan DAP takde sokong dia siapa anwar ibrahim sekarang? DAP dan PAS tu siapa nak sokong kalau takde anwar ibrahim? Boleh pulak berpuluh tahun dok bawak panji islam tetiba boleh pulak nak gang dengan Parti roket....habis kalau esok lusa anwar ibrahim jadi perdana menteri dap tu nak tengok je la? Takde claim apa apa? Kalau diorang request satunegeri kat malaysia ni ada kasino sendiri apa ketua PKR tu nak buat? Kalau proceed nanti umat melayu islam mengamuk kalau tak proced DAP tikam dari belakang....

Hairi said...

Dan lagi satu.parti DAP bukan parti melayu dan bukan parti islam.majoriti mereka ni nonmuslim dan bukan melayu.hidup kat diorang ni $$$$$$.bangsa/agama/adatresam buang tepi....pasal sekrang malaysia dah maju.tanah banyak.paling kuat pun banjir atau tanah runtuh setahun sekaliitu pun kat kelantan dan terengganu.pastu malaysia ni pengeluar minyak.dari sana earn dah berapa juta.belum kira pendapatan incometax.belum kira hasil balak kat sabah sarawak...tu kilang arak dengan kasino tak masuklagi...sekaligus menjadikan malaysia sebuah negara yang best.yang mcm mcm ada.DAN UTK PENGETAHUAN KORANG SEMUA puak puak dap+gerakan+mca paling KUAT bayar INCOMETAX....dan mereka juga pergi request sekolah cina.sekolah tamil kat kerajaan.pasal toleransi maka dibagi la.tapi bila dah dibagi maka nak pijak kepala.

kita orang melayu niaga burger tepi jalan untung 1k aatu hari untung wang pergi mana? Beli rumah.beli kereta.masum poket sendiri..zakat bayar pun setahun sekali.itu pun masa last minit....tapi bangsa dap+gerakan+mca semua ni membayar incometax.TAPI ADA DIKALANGAN MEREKA TIDAK PUAS HATI.kerja siang malam pagi petang gaji ciput cukup bulan apa pun takde bayar tax last sekali apa dapat? Duit duit tu semua banyak disalur balik pada bangsa melayu dan umat islam.sebagai cth pembinaan jalan raya.kebanyakkan tendet dibuka dan jatuh pada tangan kaum melayu.dan majoriti kelaa F kontrakor adalah buniputera.ini menimbulkan ketidakpuasan haati pada puak dap-mca-gerakan.lepas tu pulak kaum dap-mca-gerakan ni semua majoriti berniaga dan mengawal sektor peruncitan.(retailer) dan sektor kelas f utk pembinaan dan pemasangan di menanngi oleh bumiputera...yang tak best berlaaku ketirisan yang melampaul..retailer bagi harga rm10 ada pulak dalam kelas f tu markup kaw kaw sampai rm100...tentulah yang retailer tu tercabar.kalau retailer tu naikkan harga brg tu rm 20 nanti ada org komplen.brg mahal
Nanti kerajaan turun kacau niaga kena saman kena kompaun.
Tapi yang ada kelas F tu markup kaw kaw takde org pedulik.mesti ada yang tak puas hati kan?lepas tu pulak majoriti retailer menggunakan SDNBHD.bermaksud syarikat ni MESTI BAYAR TAx utk syarikat dan ada audit dijalankan tiap tiap tahun pada syarikat.tiap inchi resit dan rekod kena ada.keuntungan syarikat TIDAK BOLEH diguna sesuka hati atau withdraw mcm tu saja...tapi sektor kontraktor kelas f majoriti ENTERPrise atau nama lain sole propiator.jenia ni mmg sukahati dia dengan untung niaga tu nak buat apa.incometax tak peelu pikir.kalau ada pun incometax perseorangan atau cukai individu.audit mmg takde.ini semua menambah benci dan dendam pada kerajaan dan pada orang melayu sendiri.

Kaum DAP-MCA-GERAKAN menganggap sistem diatas tu kepunyaan kerajaan atau kerajaan yang reka.tapi mereka silap.sistem tu hasil daripada ILLUMIMATI bertujuan utk mengawal sesuatu negara dan kerajaan.dan aistem itu diguna pakai diseluruh dunia.sdn bhd tu dalam bahasa melayu.tapi luar malaysia dipanggil private limited.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...