Followers

Friday, February 11, 2011

DAP Kekal Sebagai Pemerintah Negeri Perak, Nizar Melompat-Lompat Kegilaan


DAP telah mengumumkan bahawa mereka adalah pemerintah tertinggi yang mutlak di Negeri Perak dari kalangan Gerombolan Pakatan Pembangkang.

Lim Guan Eng dengan kuasa yang ada padanya, dengan rasminya telah mengumumkan bahawa beliau melantik Nizar Jamaludin sebagai Menteri besar Perak selepas Pilihanraya Umum nanti. (Perkara ini dinyatakan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam ucapannya di majlis makan malam DAP Kampar malam tadi. Sumber: Harakahdaily))

Sebelum ini Nuar Berahim sebagai Pemerintah Tertinggi Negeri Johor, pernah mengumumkan Chua Jui Meng sebagai Menteri Besar Johor  yang akan datang.

Tentulah Nizar melompat-lompat kegilaan mendenagar lantikan terus oleh Taukeh DAP ini.

IPOH, 10 Feb: DAP akan memberikan sokongan penuh kepada Datuk Seri Muhamad Nizar Jamaludin (gambar) untuk menjadi menteri besar Perak jika Pakatan Rayat berjaya merampas negeri Perak semula dalam pilihan raya umum akan datang.

Perkara ini dinyatakan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam ucapannya di majlis makan malam DAP Kampar malam tadi.

Perkara ini dinyatakan oleh Setiausaha DAP Perak yang juga bekas Exco kerajaan negeri Pakatan Perak, Nga Kor Ming dalam satu kenyataannya
.


Nizar yang pernah menderhaka kepada Ke Bawah Duli Paduka Seri Sultan Perak itu dianggap oleh Nga Kor Ming, sebagai mempunyai rekod yang sangat baik dan Guan Eng mengangapnya seorang yang mempunyai integriti sebelum ini  walaupun hanya mempunyai 6 kerusi sahaja berbanding DAP yang lebih dominan.



Bagaimanapun, Rakyat negeri Perak masih belum dapat melupakan bagaimana Nizar dijadikan haiwan politik ternakan dan hamba suruhan yang setia kepada pemimpin China DAP. Rakyat secara keseluruhan tidak mendapat apa-apa faedah sepanjang penjajahan China DAP di Perak.

Sebaliknya para pemimpin China DAP secara berleluasa mengaut kekayaan negeri dengan begitu cepat dan rakus sekali. Manakala Nizar pula menggunakan peluang cuba untuk mengukuhkan politik Pas di Negeri Perak dengan menggunakan kedudukannya sebagai Menteri Besar Boneka itu.

Ahli-ahli dan pemimpin Pas bawahan juga masih belum lupa tindakan bodoh Nizar yang mengistiharkan bahawa Pas tidak sekali-kali berhasrat memperjuangkan Islam dan hudud melalui ucapannya yang faseh di Dalam Dewan Undangan Perak.


Ahli-ahli dan pemimpin pas bawahan juga masih terdengar-dengar ucapan bodoh melampau Nizar Jamaludin semasa berkempen di PRK DUN Tenang yang lalu. Ucapan ini telah menyebabkan begitu ramai penyokong Pas atas pagar merenggangkan diri dengan Parti Melayu yang sudah tidak diperlukan oleh umat Islam di negara ini.

Ramai Guru-Guru Agama yang ikhlas yang tidak terlalu taksub kepartian tersentuh hati dengan ucapan yang keterlaluan. Mereka menganggap ucapan itu tidak layak sama sekali ditujukan kepada UMNO yang diketahui banyak jasa dan kejayaannya mendaulatkan agama islam dan menaikkan taraf hidup umat Islam di negara ini.


DAP dilihat masih dalam fasa memecahbelahkan orang Melayu dan umat islam di samping sedang menyatupadukan kaum China. Hasutan demi hasutan mereka rancang dan pemijmpin Pas yang rendah akal budi seperti Nizar ini akan terus menjadi haiwan politik tunggangan mereka.

Dalam waktu yang sama DAP bekerja keras memisahkan kaum China dari memberi sokongan kepada komponen BN, juga menggunakan kebodohan Nizar Jamaludin yang amat berani dan sanggup menyampaikan ucapan yang mengapi-apikan sentimen perkauman melampau.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...