Followers

Tuesday, January 18, 2011

PRU 13: Apasal Pakatan Pembangkang Risau Mendadak



Walaupun PRK Tenang sedang bergelora tetapi gembar-gembur Pilihan Raya Umum ke-13 semakin hangat. Banyak pihak membuat pelbagai spekulasi tarikh pembubaran parlimen. 

Ramai yang cuba meyakinkan bahawa jangkaan PRU-13 akan diadakan pada tahun ini juga. Spekulasi popular ini berdasarkan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil ahli-ahli parlimen Barisan Nasional (BN) baru-baru ini.

Sejak itu mulalah Pakatan Pembangkang diamuk kerisauan dan kelamkabut memikirkan hakikat pertambahan  kekuatan UMNO-BN dan peningkatan kelemahan mereka yang semakin menjadi-jadi sakhir-akhir ini.

Walaupun Pakatan Pembangkang menyimpan harapan yang amat tinggi untuk ke Putra Jaya, namum bukanlah kerja yang mudah untuk menghasut rakyat menafikan 53 tahun pemerintahan cemerlang Kerajaan Pilihan Rakyat, UMNO-BN.

PRU-13 adalah ibarat mimpi ngeri Pakatan Pembangkang kerana Rakyat Malaysia melihat kerjasama yang mereka bina berada di atas landasan yang bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan. Selain suka memainkan emosi kebencian kaum, mereka tidak henti-henti bertindak meningkatkan kegiatan anti nasional.

Pada masa ini faktor utama kelebihan yang merunsingkan pakatan Pembangkang adalah kelemahan mereka sendiri. Pas Kelantan sudah dibenci rakyat kerana masalah rasuah, kronisme, salahguna kuasa, skandal, penindasan dan perompakan khazanah rakyat yang semakin berleluasa. Kemudahan asas untuk rakyat terbiar dan terpaksa dibantu oleh Kerajaan Pusat yang mereka fitnahkan setiap masa. 

Oleh itu segala penjelasan dan penerangan Kerajaan tentang pemulihan ekonomi negara, pelaksanaan dasar dan program untuk meningkatkan kesejahteraan seluruh rakyat, telah diterima baik dan difahami. Keberkesanan usaha kerajaan menaikkan taraf hidup rakyat terbukti dilaksanakan di seluruh negara. Kenaikan harga komoditi seperti getah dan kelapa sawit telah dapat dinikmati dan dengan ini meningkatkan kluasa beli rakyat untuk meningkatkan taraf hidup mereka.


Daya pertumbuhan  ekonomi negara dapat membantu rakyat menghadapi kesan kenaikan harga barang keperluan dan menyeimbangkan kos sara hidup. Pembangkang gagal menggunakan isu ini untuk memesongkan kesetiaan rakyat kepada Kerajaan. Kerana itu DAP terpaksa menyerang agama Islam dan Raja-raja untuk memecahbelahkan rakyat.  

Keikhlasan dan kerja kuat UMNO-BN di bawah pimpinan YAB DS Najib amat membimbangkan Pakatan Pembangkang. Hasutan dan dakyah mereka mengenai harga barang semakin tidak mendapat perhatian dan  kurang disenangi rakyat terbanyak. 


Mereka melihat Pakatan Pembangkang hanya berminat bermain emosi orang ramai dengan menggunakan isu harga barang. Sedangkan kerajaan Pilihan Rakyat  UMNO-BN dilihat meneruskan pelaksanaan dasar dan program yang akhirnya dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia.

Konsep 1 Malaysia dilihat mampu meneruskan keberkesanan konsep Barisan Nasional dan berjaya menambahkan sokongan pengundi semua kaum dan agama kepada Kerajaan yang selama ini menjadi Pilihan Mereka. 

Kesedaran politik matang seluruh Rakyat Malaysia masa kini adalah manifestasi terhadap keinginan sebenar majoriti pengundi di negara ini. Mereka ingin meneruskan pencapaian yang telah mereka nikmati selama ini dan menolak sebarang permainan politik murahan Pakatan Pembangkang.

Tinjauan ke seluruh tanahair mendapati bahawa faktor Anwar Ibrahim dalam Pakatan Pembangkang sudah berubah. Anwar Ibrahim bukan sahaja menjadi manusia yang begitu kontroversi, malah mampu mempercepatkan kemusnahan Pakatan Pembangkang. Ramai pihak yang berpendapat Anwar sudah menjadi liabiliti dalam Pakatan. 

Anwar dilihat tidak mampu lagi menggugat dominasi politik UMNO-BN di negara ini. Malah dirinya sendiri sedang berada di penghujung kehancurannya dengan membawa bersama-sama rakan-rakan dalam pakatan. Imej Anwar semakin buruk. Pengaruhnya semakin hilang dan kewujudannya dalam politik tanahair dilihat tidak relevan lagi dan tidak serasi dengan hasrat rakyat yang cintakan keamanan dan perpaduan antara kaum dan agama.

Perkara yang paling memeranjatkan ialah sokongan generasi pengundi muda terhadap kerajaan yang dilihat amat serasi dan memahami keinginan dan keperluan anak-anak muda kita. Tanggapan bahawa generasi muda sebagai undi penentu amat tepat sekali kerana mereka akan menyambung pencapaian cemerlang yang kini sedang mereka nikmati hasil dari kejayaan dan keberkesanan Kerajaan Pilihan Rakyat UMNO-BN selama ini.

Kerajaan DAP Pulau Pinang gagal memperlihatkan parti itu adalah parti pelbagai kaum. Apa yang mereka mampu lakukan hanyalah merasuah RM100.00 untuk bermain silap mata dengan pengundi Islam dan dihebahkan secara besar-besaran. Manakala tender yang bernilai jutaan ringgit dimonopoli oleh kroni DAP secara senyap tanpa sebarang hebahan.

Pas Kedah juga nampaknya mengikut jejak langkah Pas Kelantan. Merompak dengan rakus khazanah hutan balak dan tanah di Kedah. Balasan untuk rakyat adalah menaikkan tarif air manakala hasil jualan kayu balak dan tanah masuk ke poket kroni. Rakyat terpaksa hidup dengan dasar sedia ada serta bantuan Kerajaan Pusat.

UMNO-BN dilihat oleh Rakyat terus mengekalkan dasar menjaga kepentingan rakyat semua kaum. Dasar-dasar yang terbukti berkesan diteruskan dan dikembangkan skopnya bagi menepati kehendak rakyat pelbagai kaum dan agama. 

Akhirnya kemelut perbalahan politik dan kemerosotan sokongan terhadap PKR akan menjerumuskan angan-anagn Pakatan Pembangkang untuk ke Putra Jaya sekali lagi setelah kempunan untuk ke sana pada 16 Sept 2008 yang lalu. Anwar Ibrahim telah kehilangan hala tuju dan maruah dirinya sendiri sudah hancer berkecai.

Harapan Pakatan Pembangkang untuk merealisasikan angan-angan mereka ke Putra Jaya nampaknya semakin jauh. 

Keganasan DAP di Selangor dan Pulau Pinang sudah menghantui fikiran rakyat yang menjadi semakin takut kehilangan kesejahteraan hidup yang dinikmati selama ini. Manakala keghairahan Parrti Melayu Islam Pas menghina agama Islam sudah sampai ke tahap tidak mampu diterima oleh ahli-ahli dan pengikutnya sendiri.

Pakatan Pembangkang terjebak dalam perjalanan yang sukar dan penuh kontradik. Bukan dengan UMNO-BN tetapi sesama mereka.

"Biarkan Rakyat yang akan membuat penilaian" pesan YAB DS najib secara ringkas kepada semua pihak.


Friday, January 14, 2011

Debat Isu Melayu dan Islam: Minda Ketua Pemuda Pas Larut Macam Beruk Ketagih Pisang


Telatah Ketua Dewan Pemuda Pas Larut, Nazri Din amat memalukan. Nazri dilihat terlampau suka dan mengidam nak berdebat.



Telatah Nazri ini samalah seperti beruk yang suka buah pisang. Apabila ternampak pisang dah terliur dan terlompat-lompat terhegeh-hegeh.



Ini berlaku apabila Ketua Pemuda UMNO Larut menunjuk-nunjukkan sesikat pisang kepada Ketua Dewan Pemuda Parti Melayu Islam Pas Larut. Menyebabkan Nazri Din sudah tersengih menyeringai bergayutan hari demi hari untuk mendapatkan pisang itu.



Akibatnya apabila Sdra. Mohd Anuar Ariffin tidak juga mencampakkan pisang itu, Nazri Pas menjadi kelamkabut. Nafsu nak berdebat tidak dapat dilangsaikan. Nazri Pas menjadi marah dan menjadikan isu tak dapat pisang itu mengutuk Sdra Mohd Anuar sebagai penakut.



Betulkah Ketua Pemuda UMNO Larut penakut? Atau Ketua Dewan Pemuda Pas tidak cerdik?

Sumber: Perak.pas.org

KUALA LUMPUR, 3 Jan: Ketua Dewan Pemuda PAS Larut Nazri Din menyelar tindakan Ketua Pemuda Umno bahagian yang mungkir janji untuk berdebat isu Melayu Islam.


Beliau yang kecewa dengan ketidakhadiran Mohamad Anuar Arifin pada debat yang dijadual malam semalam mendakwa, pemuda Umno penakut dan hanya pandai bermain wayang.


"Pemuda Umno dilihat cuba bermain wayang apabila satu persatu alasan diberikan untuk mengelak dari menyertai debat dan itu sudah disyaki sedari awal lagi.


"Buktinya sehingga tepat hari dan masa yang dijanjikan untuk berdebat, pemuda Umno masih lagi menyorokkan diri disebabkan takut untuk berdepan dengan pemuda PAS di pentas debat," kata Nazri kepada Harakahdaily.

Ketua Pemuda Pas Larut tidak faham cara UMNO mentadbir parti. Dalam pertubuhan UMNO tidak ada siapa yangboleh buat sesedap hati sendiri. Semuanya dilakukan setelah dikaji dan dibawa mesyuarat. Keputusannya dipatuhi oleh semua pihak termasuk pemimpin.

Begitulah dengan isu berdebat ni. Ketua Pemuda UMNO Larut tidak akan lakukan tanpa mendapat restu kepimpinan lain terutama pemimpin Bahagian. Manakala pemimpin Bahagian pula tidak akan merestui apa-apa tindakan yang tidak perlu atau melayan mana-mana pihak yang tak diperlukan.

Cara UMNO berbeza dengan cara Pas. UMNO Patuh pada pemimpin dan berpegang kepada keputusan musyawarah dan pandangan jemaah.

Pas tidak begitu. Sesiapa sahaja boleh lakukan apa yang mereka kehendaki. Pemimpin mereka melanggar undang-undang pengikut akan berduyun-duyun berbuat begitu. Pemimpin mereka menghina polis, pengikut akan memaki hamun dan menerajang polis.

Dalam hal debat ini UMNO langsung tidak berminat kerana tugas parti pemerintah ini bukan berdebat dan bercakap kosong. Banyak kerja untuk kepentingan rakyat yang perlu diselesaikan. Masalah kenaikan harga barangan pengguna -perlu ditangani.

Daripada menghabiskan masa berdebat lebih baik pemuda UMNO turun menemui generasi muda dan menawan hati mereka melalui program yang mesra rakyat. Pemuda UMNO perlukan masa untuk mendekati dan menyemai rasa patriotik anak-anak muda kepada agama, bangsa dan negaranya.

Berbeza dengan Pemuda Pas yang tidak ada apa-apa tanggungjawab. Hanya membuang masa dengan menabur kebencian dan menyuburkan emosi marah kepada kerajaan.

Berdebat dengan manusia yang jumud samalah mengajak syaitan bersolat jemaah. 
   

Friday, January 7, 2011

Pemimpin Zalim Sentiasa Menganiaya Ahli dan Pengikut Parti


Pesuruhjaya Pas Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain mengingatkan bahawa pemimpin yang zalim akan menganiayai rakyat.
Ingatan Ustaz Bakar ini sangat bertepatan dengan suasana sekarang di mana penyokong Pas sudah semakin berkurangan. Gejala ini membuktikan tahap pemikiran, pemerhatian dan kesedaran rakyat, khususnya umat Islam sudah semakin tinggi.


Sumber: perak.pas.org.my

IPOH, 4 Januari 2011 - Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyatakan saban tahun Negara diliputi dengan kes-kes gejala sosial dan kerosakan moral seperti kes pembuangan bayi, kes pembunuhan dan kes rasuah.

Beliau menyeru agar rakyat Malaysia berfikir sejenak dimanakah letaknya punca masalah-masalah ini.

Menurut beliau,  umumnya semua orang mengetahui bahawa agama merupakan benteng penghalang utama daripada masalah-masalah sosial tersebut berlaku. Tetapi sekarang kita lihat pegangan agama rakyat sudah rosak dan antara punca utamanya ialah rakyat Malaysia kini mempunyai  pemimpin yang zalim dan ketandusan akhlak yang baik.

Pesuruhjaya PAS Perak itu juga mengajak rakyat Malaysia untuk bertaqwa kepada Allah. Takutlah daripada menerima akibat sama seperti kaum-kaum terdahulu seperti kaum Firaun dan kaum Namrud, di mana mereka ini dipimpin oleh pemimpin-pemimpin zalim yang akhirnya mengakibatkan diri mereka sendiri bersama dengan rakyat-rakyat mereka dihancurkan Allah Taala kerana maksiat yang mereka lakukan......

 Keghairahan pemimpin Pas melakukan pelbagai kezaliman dalam mencapai cita-cita politik Parti Melayu Islam itu menyebabkan orang ramai menjadi semakin jelek dan kebingungan.

Kezaliman utama yang dilakukan secara berterusan ialah memperalatkan agama Islam untuk membantu Parti Kaum China DAP mencapai cita-cita malaysian Malaysia.

Kezaliman yang kedua yang juga dilakukan secara berterusan ialah membohongi dan menipu ahli-ahli dan pengikut sendiri menggunakan isu-isu yang tidak tentu kebenarannya. Misalnya isu APCO, Altantuya, Fitnah DS Rais Yatim dan banyak lagi yang kesemuanya sudah menjemukan orang ramai.

Kezaliman terhadap agama Islam yang paling digemari oleh Pas ialah menggunakan ayat quran dan mentafsirnya  mengikut keperluan politik. Quran dan Hadith digunakan sepenuhnya untuk menyedapkan ceramah dan pidato termasuk menghalalkan digunakan oleh bukjan Islam.

Peringatan yang disampaikan oleh Ustaz Bakar sangat bertepatan dengan sikap dan kelakuan Pemimpin Pas di semua peringkat. 

Untuk mengajak rakyat bertaqwa, kerajaan yang dipilih oleh rakyat selama ini sudah melaksanakan pelbgai program pendidikan yang mantap dan bertersuan. Guru-guru agama dan guru akademik dilatih diberikan kebajikan yang amat baik untuk mendidik anak-anak semenjak dari tadika lagi.

Tetapi malangnya pemimpin-pemimpin Pas hanya berceramah ke sana ke mari menjaja kebencian, persengketaan dan agenda-agenda anti nasional dan anti Islam.  

Hasilnya ahli-ahli dan pengikut Pas teraniaya kerana semakin lama semakin menjadi semakin ganas

Sunday, January 2, 2011

Pas Perak: Akui Jadi Alat Pengundi China DAP Hancurkan Melayu



Pas awal-awal lagi sudah menubuhkan bilik gerakan PRK DUN Tenang. Membuktikan Pas mengakui demokrasi hidup subur dan Pas bebas berkempen dan mempengaruhi pengundi mengikut citarasanya tanpa halangan.

Pihak Kerajaan UMNO-BN yang dipilih oleh rakyat tidak ghairah berpolitik dan berkempen, malah masih sibuk meneruskan usaha menyediakan kemudahan untuk seluruh rakyat termasuk kemudahan untuk Pas masuk berkempen.




Analisis keputusan PRU 12 membuktikan bahawa ramai pengundi China telah bersatu melalui pengaruh dan hasutan DAP dalam percubaan untuk melemahkan kuasa UMNO-BN.

Mereka lakukan dengan memberi undi kepada Pas.

Para pemerhati percaya undi diberi bukan kerana masyarakat China yakin kepada Parti Melayu Islam Pas itu, tetapi bersatu untuk melemahkan UMNO yang juga sebuah Parti Melayu Islam yang berjaya berkongsi kuasa dengan Komponen utama MCA dan MIC serta parti-parti yang lain termasuk Sabah dan Sarawak.

Pas Perak menyedari perkara ini.

"Memang agak sukar untuk menang, tetapi kita yakin jika kena caranya, kita boleh menang," kata Mazlan Aliman, AJK PAS Pusat yang  Timbalan Pengarah I jentera pilihan raya kecil ini.

Memang pelik apabila Pas tidak yakin akan dapat mempertahankan sokongan itu berterusan . Ini disebabkan masyarakat China mendapati tidak ada apa silap Kerajaan UMNO-BN kepada masyarakat China keseluruhan selama ini. Apatah lagi era pemerintahan Pak Lah sudah berakhir dan diganti oleh DS Najib yang lebih berkaliber dan sensitif dengan kehendak masyarakat majmuk di negara ini.


Tenang adalah DUN yang terletak di bawah kawasan parlimen Labis, dan akan ditandingi oleh calon PAS bagi mewakili Pakatan Rakyat.  Dalam pilihan raya umum lalu, PAS menang di kawasan Cina iaitu mendapat undi antara 50% hingga 67% undi.

...Misalnya, pengundi Bandar Labis Tengah yang terdiri 96% Cina, PAS memperolehi 66.8% undi.  Untuk kerusi parlimen pula, DAP memperolehi 73.8% undi.  Di Bandar Labis Timor yang mempunyai 63.5% pengundi Cina, PAS memperolehi 52.5% undi, sementara DAP pula mendapat 57% undi.  Di Labis yang mempunyai 58.3% Cina dan 32.4% India, PAS mendapat 50.6% dan DAP mendapat 60.4%....Sumber: perak.pas.org.my

Statistik menunjukkan bahawa sebahagian besar pengundi Cina telah menyokong pembangkang DAP dan jelas mereka memperkudakan Parti Melayu Islam Pas pada PRU tahun 2008, untuk membunuh kuasa politik UMNO-BN yang sentiasa menjadi pilihan rakyat.

Ahli-ahli dan penyokong Pas telah sedar permainan DAP ini dan ramai yang telah mengetahui bahawa Pas hanyalah berperanan sebagai parti tunggangan DAP semata-mata.




Thursday, December 30, 2010

Pas Kedah Sudah Mengaku!!

 Sorry Brother...kepimpinan ulamak tak leh pakai la..
Tak bawak kita ke mana-mana..pusing-pusing kat situ jer..

Pas Kedah sudah mengaku dengan jelas. Parti Melayu Islam itu gagal dalam segala bidang. 

Naib Ketua Dewan Ulamak Pas Kedah, Yusuf Mahmud, memperincikan pengakuan ini secara tidak langsung melalui komennya terhadap buku anak arwah Yusuf Rawa, "Menuju PAS Baru" tulisan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid.

Sumber: bernama.com

......
Yusuf berkata beliau menolak idea yang diketengahkan oleh Mujahid iaitu mengubah konsep kepimpinan ulama yang telah menjadi amalan dalam PAS sejak lebih 20 tahun lalu.

"PAS tidak lemah dengan ulama tetapi ia perlu diperkasakan, bukan diubah kepada sebarang konsep lain," katanya.


Beliau berkata penerbitan buku itu adalah satu percubaan untuk mengelirukan orang ramai mengenai asas perjuangan PAS yang berteraskan Islam.
 

"Beliau dilihat cuba menanam rasa benci masyarakat kepada kepimpinan ulama dengan mengatakan bahawa PAS tidak membawa aspirasi nasional, apabila PAS menafikan Perlembagaan Persekutuan dan menamakannya sebagai Perlembagaan Thaghut," katanya.

Yusuf berkata masyarakat umum mungkin boleh terpengaruh tetapi ahli-ahli PAS yang telah ditarbiyah sekian lama cukup faham bahawa PAS selama ini hanya membawa aspirasi Islam bukan aspirasi nasional. 

"Beliau dilihat memberi tekanan agar PAS berubah menjadi parti yang seiring dengan Perlembagaan Persekutuan agar matlamat ke Putrajaya tercapai.  

"Perlu diingatkan di sini bahawa matlamat perjuangan PAS bukan untuk ke Putrajaya tetapi untuk menegakkan hukum Allah. Tidak ada gunanya ke Putrajaya jika PAS terhakis asas perjuangannya," katanya.

 Lintau Perak mendapati Sdra Yusuf Mahmud mengakui bahawa:

  1. Generasi kedua Pas mendapati kepimpinan ulamak selama lebih 20 tahun adalah tidak berkesan. Maka dengan itu patut ditolak atau paling kurangpun diubah supaya Pas dapat terus hidup dan tumpang berpolitik dalam negara yang ,mengamalkan sistem demokrasi berparlimen ini. Kejayaan UMNO patut dijadikan contoh terdekat memperjuangan umat Islam dan mengembangkan syari'e dan syariat Islam tanpa memperalatkan agama.
  2. Pegangan Pas sebagai Parti Melayu Islam selama ini adalah bersifat anti nasional. Dengan itu Pas dilihat tidak mampu membawa aspirasi negara terutama dalam sebuah negara bangsa yang pelbagai kaum dan amalan kepercayaan. Tidak ada sebab penganut agama lain mempercayai Pas sebagaimana mereka berkeyakinan tinggi terhadap UMNO selama ini yang juga sebuah parti kaum Melayu-Pribumi.
  3. Pas menyerlahkan sikapnya yang menafikan Perlembagaan Persekutuan. Tidak menunjukkan sikap menghormati keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Generasi muda yang berpendidikan dan menghayati ajaran agama yang sebenar menolak sikap ganas dan liar yang ditunjukkan atau yang disokong oleh Pas selama ini.
  4. Pas tidak berhasrat memerintah negara tetapi hanya berhasrat untuk menegakkan hukum Allah di Malaysia. Dengan ini Pas terpaksa terus memainkan isu negara Islam dan hukum hudud serta perlembagaan toghut untuk mengekalkan ahli dan penyokong yang semakin sedikit. Pas akan berpuashati jika ahli dan pengikutnya tidak lari walaupun tidak mampu memerintah negara.
 Habih lo kito awe...tok leh caghi make lagi doh..
nate beghuk Mujahid nih..

 Ustaz-ustaz Pas yang menggelar diri mereka ulamak kini tersepit. Suara dan pandangan mereka semakin ditolak. Kalau selama ini mereka bebas mentafsir mengikut kefahaman yang sempit, kini mereka dipinggirkan dari dalam parti sendiri.

Kejahilan ustaz-ustaz Pas selama ini terhadap konsep nasional mendorong mereka memberi ceramah yang berapi-api mengajak umat Islam menolak penyatuan kebangsaan. Ditambah pula dengan kekeliruan memahami konsep Perlembagaan Persukutuan yang mereka labelkan sebagai Perlembagaan Toghut. 
Hari ini pidato sedemikian sudah tidak laku lagi dan ustaz-ustaz Pas menjadi semakin sukar cari makan di pentas-pentas politik.

Mujahid menulis buku tersebut setalah mengkaji kejayaan UMNO dan BN menerajui parti dan negara dalam sistem demokrasi berparlimen. Pencapaian UMNO-BN menjadi asas kupasannya terhadap sistem berpolitik di negara ini yang perlu berpijak di alam nyata.

Memang telah dijangkakan bahawa ustaz-ustaz Pas akan menentang habis-habisan pandangan Mujahid kerana Pas tidak sanggup mengaku bahawa apa yang dilakukan oleh UMNO-BN di dalam negara ini adalah betul dan perlu dicontohi.

Pas Kedah sudah mengaku. Ahli-ahli dan penyokong akan merestuinya kerana pengakuan itu adalah benar. Tidak ada yang tidak benar melainkan yang benar.


Tuesday, December 28, 2010

Pas Mula Paksa Ahli: Cubaan menyekat kemerosotan penyokong

 PAS telah mula mengambil tindakan yang drastik dan tidak masuk akal dalam amalan berpolitiknya.

Tindakan dan keputusan yang semakin ganas ini  diambil setelah mendapati janji-janji rasuah 100 hari telah gagal menarik minat orang ramai. Keadaan ini ditambah lagi dengan penolakan rakyat terhadap isu kenaikan harga 5 sen yang cuba dimanipulasi sebelum ini.

Kegagalan Pakatan Pembangkang mentadbir negeri-negeri yang mereka kuasai juga menambah ketidakyakinan orang ramai terhadap kemampuan pakatan itu. Selain tidak mampu membela rakyat, didapati telah berlaku kelembapan pembangunan dan diuburukkan lagi oleh kenaikan tarif air yang mendadak di Kedah dan pulau Pinang serta tawaran air berkarat di Kelantan.
 
Kegelisahan Pas Negeri Perak seolah-olah tidak dapat dibendung. Penurunan sokongan yang mendadak  kemerosotan penambahan ahli baru menjadikan parti itu semakin longlai. Pemimpinnya mula menacari jalan pintas untuk  menyekat kemerosotan ini dari menjadi lebih teruk.

Paling akhir, Pesuruhjaya Pas Perak sendiri telah  memaksa ahli-ahli Pas supaya melibatkan anak-anak mereka dalam aktiviti dan program yang dianjurkan oleh Pas. Tujuannya untuk menunjukkan bahawa parti itu masih mendapat sokongan pelbagai peringkat.
Sumber: Pasperak.blogspot
 
IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menegaskan agar seluruh ahli PAS memastikan kesinambungan perjuangan dapat dipelihara dengan baik dengan memastikan anak-anak dan anggota keluarga mereka menjadi ahli PAS....

Memetik kata-kata beliau “Kita sebagai ahli PAS  tak mahu lihat ada ahli kita yang semangat berkobar-kobar menentang Umno tetapi tidak pula mahu mengikat anak-anak dalam jamaah yang akhirnya mereka menentang Islam yang kita perjuangkan”....

Kerosakan pemikiran dan mentaliti anak-anak kita akan berlaku jika saranan Pesuruhjaya Pas ini diamalkan oleh ahli-ahli Pas. Bukan sahaja bertentangan dengan Dasar dan Falsafah Pendidikan Negara, saranan itu juga dilihat sebagai satu usaha mengundur ke belakang dan tidak dapat diterima dalam kehidupan semasa.
Kanak-kanak sepatutnya dilindungi dan dibesarkan dengan pendidikan yang betul. Bairlah zaman kanak-kanak mereka bersih dari pencemaran politik kotor seperti yang dibawa oleh Pas. Biarlah kanak-kanak membesar dengan persekitaran yang kondusif dan membantu mereka berkembang dari aspek fizikal, mental dan emosi. Aspek-aspek inilah nanti yang akan membentuk kualiti aqidah mereka.

Pas amat takut kehilangan penyokong tetapi tidak takut memperalatkan agama. Ahli-ahli Pas lebih percaya lidah ustaz-ustaz politik mereka dari mempercayai ajaran Islam yang sebenar.




Monday, December 27, 2010

Pas Perak Merayu Diberikan Kemenangan


Pas Perak Melalui Setiausahanya Misbahul Munir tidak segan silu merayu supaya parti itu diberi peluang memerintah.
Sumber: misbah.blogsopt
PAS menasihatkan pemimpin Umno BN supaya bertenang dan rasional sebelum membuat tuduhan mengatakan janji 100 hari adalah pembohong besar. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Program 100 Hari yang dikemukakan Pakatan Rakyat jika berjaya mengambil alih pemerintahan negara sebagai satu pembohongan besar yang bertujuan menipu rakyat.
Pakatan Rakyat belum lagi memerintah negara ini, sedangkan BN sudah 53 tahun memerintah Malaysia. Beri kami perintah dulu, kemudian baru nilai prestasi dan banding dengan pemerintahan BN. Macam mana seorang Timbalan Perdana Menteri bercakap dengan penuh emosi seolah-olah takut dengan bayang-bayang kekalahan yang akan dihakim oleh rakyat dalam PRU akan datang.....

Nampaknya Pas Perak benar-benar sudah hilang keyakinan. Mereka sudah mula terasa bahawa janji 100 Hari  sudah memerangkap diri sendiri. Bukan sahaja ditolak malah tidak mendapat sambutan sama sekali di kalangan rakyat.

Pas Perak sedar seluruh rakyat, termasuk ahli dan penyokong Pas di kampung-kampung hanya mentertawakan sahaja janji-janji yang berbentuk sogokan itu. 

Mereka terpaksa berhempas pulas mempertahankan idea sogokan ini sedangkan rakyat semakin tidak memberi perhatian lagi kerana sibuk menjalani kehidupan yang aman dan sejahtera.

1Malaysia yang diperkenalkan oleh DS Najib telah diterima dan difahami tanpa paksaan dan sogokan di kalangan seluruh rakyat pelbagai kaum dan agama dengan senang hati dan penuh harapan.

Pas Perak dan Gerombolan Pembangkang ternyata sudah terjerumus ke dalam lubang politik yang mereka gali sendiri. Rakyat sedang memerhatikan mereka terkial-kial untuk keluar dari lubang sempit yang berkemungkinan menjadi kubur.
"Ingin memerintah dengan cara merasuah" itulah kata-kata yang sedang berkumandang di seluruh negeri Perak sebagai menyambut 100 Hari Gerombolan Pembangkang.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...