Followers

Showing posts with label Pas. Show all posts
Showing posts with label Pas. Show all posts

Wednesday, September 21, 2011

GENERASI MUDA TIDAK AKAN BENARKAN KEKEJAMAN KOMUNIS BERULANG DI TANAHAIR KITA


ANAK – ANAK MUDA KETAHUILAH SEJARAH NEGARA ANDA


Gambar Kenangan Anggota Polis Bikt Kepong Sebelum Kejadian 
Gambar Balai Bukit Kepong Selepas Kejadian
1. INSIDEN Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah yang berlaku pada 23 Februari1950 antara pihak polis dan Parti Komunis Malaya (berbangsa Cina)semasa sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong di Bukit Kepong. Balai polis yang diperbuat daripada kayu ini terletak ditebing sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar MuarJohorMalaysia.

2. Kejadian ini bermula sebelum subuh apabila pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke balai polis. Ia berakhir dengan tragik dalam penyembelihan berdarah dengan penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ. Pihak komunis hendak menjadikan contoh dari serangan itu tentang apa yang akan terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan Komunis. Apabila mereka memulakan pengepongan, pihak penyerang percaya bahawa mereka akan dapat mengalahkan polis dan mengawal stesen polis tersebut dalam tempoh yang singkat.

3. Balai Polis Bukit Kepong terletak diselekoh sungai Muar, sebuah perkampungan kecil yang terpencil dengan sekitar dua puluh buah rumah dan kedai. Menjelang awal 1950, ia merupakan tumpuan pergerakan pihak komunis di situ. Ketika itu balai polis itu diketuai oleh Ketua Polis Balai (KPB) Sarjan Ray Dancey, yang pernah berkhidmat di Palestin. Ketika serangan ke atas balai tersebut, beliau telah lama ditukarkan dan jawatannya diambil alih oleh Sarjan Jamil Mohd Shah, kemungkinannya perkara yang diketahui oleh penyerang komunis.

4. Selain itu terdapat platun campuran 15 anggota polis Tugas Am dan Konstabel Polis Marin pimpinan Sarjan Jamil sendiri. Ketika itu pasukan ini turut diperkukuhkan oleh tiga konstabal polis khas dan empat Polis Tambahan bagi tugas mengawal dan lain-lain, yang menjadikan 22 orang anggota kesemuanya.

5. Tiga belas isteri dan anak-anak anggota tinggal di berek kelamin di sebelah belakang Balai. Sistem perhubungan yang sukar adalah sebab utama penempatan pasukan polis marin di situ.
BEBERAPA PERTUALANG NEGARA YANG TERKORBAN DITANGAN PERAJURIT
6. Menurut saksi, terdapat sekitar 200 orang pengganas komunis daripada Kompeni Bebas ke-4 yang menyerang dan dipercayai diketuai oleh Muhammad Indera, Komunis Melayu yang diperdaya oleh pihak komunis Cina, di mana pada awal rancanganya Muhammad Indera dimaklumkan bahawa serangan itu sebagai amaran sahja, bagaimanapun ia bertukar menjadi tragedi buruk, ia juga disertai oleh Komisser Goh Peng Tun.Pertualang Negara Mengatur Langkah Menyerang Balai Bukit Kepong
7. Pihak komunis mengepong balai Polis dengan separuh di bahagian hadapan, bakinya mengelilingi balai polis tersebut. Pertempuran bermula sekitar 04.15 pagi. Apabila Konstabel Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang memotong kawat duri balai tersebut.

8. Pihak komunis kemudiannya menyerang dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan. Mereka berharap serangan ini mengejutkan pihak polis tetapi kini berhadapan dengan tentangan hebat anggota-anggota polis tersebut, terutamanya daripada dua kedudukan Bren Gun yang terletak di dalam kubu di bawah bilik Kawalan.

9. Sungguhpun lebih sedikit, pihak polis yang diketuai oleh 
Sgt Jamil Mohd Shah, enggan menyerah, walaupun berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka menyerah. Satu persatu anggota gugur apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa pertempuran.

10. Sekitar pukul 5 pagi pasukan Polis Bantuan berserta sekumpulan penduduk kampung yang lengkap bersenjatakan raifal dan senapang patah digerakkan di Kampong Jawa di bawah pimpinan penghulu Ali bin Mustaffa, dan bergerak untuk membantu. 



ORANG KAMPUNG YANG MENJADI PENGAWAL KAMPUNG BERJUANG BERSAMA PERAJURIT
11. Mereka diserang hendap oleh komunis yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar dan beberapa orang kampung serta pihak komunis juga turut terkorban dalam pertempuran dikawasan itu. Sekitar masa ini, kedua-dua kedudukan Sten Gun turut dimusnahkan komunis.

12. Sekitar pukul 7 pagi, pihak komunis menawan seorang isteri polis Mariam Ibrahim, isteri kepada Konstebel Mohamad Jaafar. Dikhabarkan, ketua kumpulan komunis, Mat Indera memaksa Mariam merayu agar pihak polis menyerah tetapi tidak diendahkan oleh Jamil sendiri. Pada masa ini Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut ditawan dan dipaksa menyeru pihak polis menyerah. 

Mat Indera Semasa Ditahan Polis dan Akhirnya Digantung Di Penjara Taiping
13. Mereka yang bertahan enggan berbuat demikian dan terus berjuang habis-habisan. Apabila mereka enggan menyerah, Mariam dicederakan dan Fatimah dibunuh. Suami Fatimah, Konstabel Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di sungai Muar, turut berjuang menentang pihak komunis sehingga cedera setelah ditembak di dada dan tangan, ketika mempertahankan botnya.

14. Dalam detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis membakar berek kelamin dan baai polis. Dua wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus dalam berek pasangan kawin. Pada ketika itu hanya 3 orang anggota polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup.
Anggota Polis Yang Mati Dicampak Dalam Api

Semoga Allah Merahmati Mereka
15. Mereka meluru keluar dari balai yang terbakar dan merempuh kedudukan komunis, membunuh sekurang-kurangnya tiga dari kumpulan pengganas yang cuba menghalang mereka. Pihak komunis terus menembak mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu. Ketika ini penduduk kampung Durian Chondong disebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini.

16. Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya menawan balai polis dan membakar balai tersebut. Mereka kemudian berundur ke dalam 
hutan, meninggalkan kesan kemusnahan dan kematian. Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam api. Antaranya termasuk Hassan bin Abu Bakar anak kepada Konstebal Abu Bakar yang dicampak hidup-hidup kedalam api.

17. 14 anggota polis termasuk Sarjan Jamil, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan, isteri Abu Bakar Daud (adalah seorang polis yang terselamat) dan tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian tersebut. Jumlah kematian adalah 25 orang. Mereka yang terselamat pertempuran maut itu adalah 4 anggota polis dan 9 ahli keluarga termasuk isteri dan anak mereka.

18. Semasa serangan tersebut, bantuan dihantar dari Kampung Tui semasa pertempuran bergema kebeberapa kampung berdekatan. Sekumpulan penduduk yang diketuai oleh Penghulu Kampung Ali Mustafa dari Kampung Tui diiringi oleh 13 AP/HG (Polis Bantuan - Auxiliary Police/Pengawal Kampung - Home Guard).

19. Mereka diserang hendap oleh komunis dalam perjalanan sekitar setengah kilometer dari stesen pokis Bukit Kepung. Mereka kekurangan senjata berbanding komunis yang menggunakan senjata automatik berbanding raifal dan senapang patah yang dibekalkan kepada penduduk kampung. Beberapa pengawal kampung tercedera dan terbunuh. Walaupun tersekat, kehadiran mereka mengurangkan tekanan kepada pasukan bertahan di Bukit Kepung dan memaksa pengunduran umum komunis.

20. Pada masa yang sama, sekumpulan pegawal kampung lain dari Kampung Durian Chondong menggunakan sampan berkayuh kearah Bukit Kepong bagi memberi bantuan. Dalam perjalanan, mereka turut diserang hendap oleh komunis. Hanya separuh daripada 7 penduduk dalam kumpulan tersebut terselamat untuk terus ke Lenga. Mereka sampai kesana pada 10am dan ketika itu berita mengenai serangan keatas balai polis Bukit Kepong disampaikan.

21. Apabila pengawal kampung memasuki kampung Bukit Kepung, mereka dapat melihat kemusnahan akibat serangan kejam tersebut. Ketua kampung mengambil alih pentakbiran pos luar tersebut sehingga diganti oleh pasukan polis dari 
Muar. Pertempuran Bukit Kepong dianggap sebagai kekalahan tragik yang bagaimanapu mengukuhkan lagi semangat kerajaan dan penduduk untuk memerangi pengganas komunis. Sepasukan kecil berjuang menentang pasukan yang jauh lebih besar meningkatkan semangat dan moral dalam perjuangan menentang komunis.
ANGGOTA KESELAMATAN SENTIASA MENJAGA KESELAMATAN NEGARA
22. Terdapat maklumat orang kampung mengatakan antara sebab yang menyebabkan komunis menyerang dan menganas di balai polis Bukit Kepong adalah lanjutan insiden 2 minggu selepas darudat diistiharkan di mana pengawal kampung Mohamad Said bin Alam dan Saibun yang hanya bersenjayakan parang telah membunuh seorang komunis Cina dan menahan komunis berbangsa India dan seorang komunis Melayu Berjaya melarikan diri. Kejadian ini berlaku di simpang kampung Tui dan Bukit Kepong.

23. Selepas beberapa hari insiden di Bukit Kepong, pemimpin komunis Cina iaitu Goh Peng Tun yang masih berdendam dengan Mohamad Said Alam telah menyerang Kampung Belatek untuk mencari beliau iaitu waktu orang kampung berbuka puasa. Didalam serangan itu pengawal kampung Shahdan bin Md. Yunus serta seorang ibu dan anak dalam buian mati dibunuh kejam oleh komunis yang gagal membunuh Mohamad Said.

ANTARA MEREKA TERKORBAN SECARA KEJAM (DICAMPAK DALAM API BAIK YANG SUDAH MENINGGAL ATAU YANG MASIH BERNYAWA) - AL-FATIHAH UNTUK ROH MEREKA
SEBAHAGIAN MEREKA TELAH TERKORBAN TERMASUK BEBERAPA ANAK DAN ISTERI ANGGOTA
JASA MU TETAP AKAN DIKENANG OLEH GENERASI YANG AKAN DATANG
ANAK-ANAK MUDA, KENANGI PENGORBANAN PAKCIK MAKCIK, DATUK NENEK KITA SEHINGGA MENIKMATI APA YANG ADA SEKARANG - MEREKA BERKORBAN HANYA UNTUK MEMBERI KEMUDAHAN KEPADA ANAK ABANGSA.. JANGALAH MELUPAI SEJARAH SEBENAR DAN MENJANJUNG PERTUALANG/KOMUNIS SEBAGAI PEJUANG KEMERDEKAAN
SALAM

Sumber http://tunjanglangit.blogspot.com/2009/05/sejarah-kekejaman-komunis-di-bukit.html



Wednesday, April 27, 2011

Parti Melayu Khawarij Pas Perak Akan Tingkatkan Jihad Menanam Kebencian


Nampaknya Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Politik Abu Bakar Hussain menganggap Pilihan raya Negeri  Sarawak (PRN) merupakan medan terbaik bagi PAS dan Gerombolan Pakatan Pembangkang untuk menghasut  rakyat dengan menyebarkan maklumat palsu dan rekayasa pembohongan sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 yang akan berlaku pada bila-bila masa.


Ustaz politik ini mengingatkan seluruh pemimpin dan petugas jentera supaya menganggap  Pilihanraya Negeri Sarawak sebagai sesi latihan kepada jentera PAS dalam menghadapi pilihan raya yang lebih besar disamping cuba melebarkan sayap dakyah pro DAP-PAS di Sarawak.


Beliau telah menggesa supaya PAS mengambil kesempatan PRN Sarawak untuk menyuntik kebencian di kalangan pengundi Sarawak kepada UMNO dan Kerajaan. Semua maklumat-maklumat kepada rakyat di Sarawak perlu disediakan ke arah menanam kebencian, perasaan tidak puas hati serta menebalkan keraguan. Langkah ini amat penting untuk melaksanakan misi dalam menghadapi pilihan raya umum ke 13 akan datang," .

Nampaknya ustaz politik di Perak ini ingin mengajak pengganas-pengganas dalam parti Pas supaya memberi fokus dalam memecahkan solidariti umat islam dan juga bumiputera. Pas nampaknya terus berdegil untuk menggunakan kaedah ala komunis itu bagi menjayakan misinya membolehkan kemenangan kepada China DAP.

Oleh kerana semakin menghadapi kekalahan demi kekalahan, beliau mengingatkan bahawa Pas tidak mementingkan kemenangan, asalkan hasrat merosakkan UMNO-BN dan perpecahan undi umat Islam-Bumiputera tercapai, sudah mencukupi dan jihad terlaksana.


Apa yang perlu dilakukan oleh ustaz-ustaz politik dan penceramah Pas adalah untuk menyampaikan maklumat palsu dan fitnah untuk menggambarkan BN sangat zalim kepada rakyat selama ini. Apabila perasaan rakyat dapat dihasut maka besar kemungkinan UMNO-BN dapat ditumbangkan.



Pada pandangan Lintau, PAS akan terus dipulaukan oleh rakyat kerana kepimpinan UMNO-BN selama ini telah berjaya membuktikan integriti kepimpinan negara pada tahap terbaik. Golongan muda kita adalah penerima kesan yang terbesar berbanding ibubapa mereka yang menjadi pejuang mengasaskan kemajuan dan pembangunan negara ini.


Maka sukar rakyat keseluruhannya menolak UMNO-BN yang berjasa besar dan menerima Pas Khawarij yang hanya menjadi parasit sosial di negara ini. Khususnya golongan muda yang terdedah kepada maklumat di hujung jari, akan lebih mudah membuat keputusan berasaskan kebenaran, bukannya emosi yang dimainkan oleh parti perosak itu.


Jadi, nampaknya Pas tidak ada pilihan lain. Pas perlu meningkatkan usaha menanam kebencian dan merekayasa fitnah dan tohmahan terhadap UMNO-BN atas nama Jihad Fisabilillah.



Friday, March 11, 2011

Pas Perak: Penjelmaan Pemikiran Taksub Dan Penyelewengan Ajaran Islam Dalam Berpolitik Masih Berleluasa

Ustaz Politik Misbahul Munir, 
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Perak, 
YDP Kawasan Bagan Datoh, 
Bekas Setiausaha Politik YAB Bekas MB Perak ke 10

Misbahul Munir adalah seorang ustaz. Malangnya beliau memilih untuk berpolitik bersama Parti Melayu Pas, maka jadilah beliau Ustaz Politik Pas.

Sebagai Ustaz Politik Parti Melayu Pas, Misbahul tidak terikat lagi dengan roh ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah.  Beliau mendapat lesen besar dan bebas mentafsir apa sahaja, asalkan menuju kepada matlamat parti Pas. Dibolehkan menghurai dan menterjemah sesuatu perkara dengan mendahulukan hasrat politik Pas.

Akibatnya, Ustaz Politik yang berjawatan tinggi dalam parti ini seringkali didapati membelakangkan ajaran dari roh Islam yang sebenar apabila menghuraikan sesuatu isu dalam masyarakat. Contohnya:

Sumber petikan dari blog misbahulmunir

...Apabila Tok Guru berdoa kepada Allah swt supaya Najib dan Zahid diturunkan bala oleh Allah swt. UMNO menggigil ketakutan. Para pimpinan bergilir ganti mengecam doa Tok Guru, para ulama kerajaan turut mengecam Tok Guru.

Memang wajar UMNO takut dengan doa Tok Guru, kerana mereka tahu doa Tok Guru akan dimakbulkan oleh Allah swt. Kalau tidak masakan mereka takut dengan doa Tok Guru.

Tok Guru dan seluruh rakyat Kelantan adalah mangsa yang dizalimi oleh UMNO BN sejak 1990 lagi. Doa orang yang dizalimi tidak ada hijab (dinding) sebagaimana maksud Hadis Rasulullah saw.

Tok Guru pula seorang ulama terbilang, bukan sahaja berilmu dan warak malahan sederhana dalam kehidupannya walaupun menjadi seorang Menteri Besar. Apabila Tok Guru berdoa seluruh rakyat Kelantan mengaminkannya, orang semua tahu doa Tok Guru mustajab.

Demikianlah keadaan kualiti minda dan pemikiran yang dimiliki oleh semua pemimpin Parti Melayu Pas Perak. Wacana minda yang terpaksa diterima oleh ahli-ahli dan pengikut parti itu walaupun kualitinya sangat rendah sehingga melewati batas-batas kewajaran pemikiran agama yang sebenar.

Kenyataan Ustaz Misbahul dalam petikan di atas menunjukkan Ustaz Politik ini tidak memahami mengapa Nik Aziz (seorang lagi ustaz politik dalam Pas) ditegur oleh banyak pihak berkaitan doa pecah perut yang ditujukan kepada musuh politiknya sedikit masa dahulu. Isu yang dibangkitkan bulan mengenai "takut" atau "tidak takut" atau "maqbul" atau tidak "maqbul" doa ustaz Nik Aziz. Isunya ialah perbuatan berdoa sedemikian itu tidak wajar dilakukan oleh sesiapanpun dari kalangan umat Islam.


Misbahul sebagai Ustaz Politik tidak segan silu mengumumkan bahawa Nik Aziz adalah "warak", maka doanya "maqbul" dan "mustajab". Justifikasi Misbahul kepada pengumuman ini adalah disebabkan UMNO-BN menzalimi rakyat Kelantan semanjak tahun 1990 lagi! Mudah, sangat mudah ustaz politik Pas membuat kesimpulan. 

Perasaan ego dan bongkak menguasai kepercayaan sehingga ke tahap mendewakan manusia biasa ke tahap yang tidak sepatutnya dan tidak berasal dari ajaran Islam:

Apabila Tok Guru berdoa kepada Allah swt supaya Najib dan Zahid diturunkan bala oleh Allah swt. UMNO menggigil ketakutan. Para pimpinan bergilir ganti mengecam doa Tok Guru, para ulama kerajaan turut mengecam Tok Guru.

Memang wajar UMNO takut dengan doa Tok Guru, kerana mereka tahu doa Tok Guru akan dimakbulkan oleh Allah swt. Kalau tidak masakan mereka takut dengan doa Tok Guru.


Tok Guru pula seorang ulama terbilang, bukan sahaja berilmu dan warak malahan sederhana dalam kehidupannya walaupun menjadi seorang Menteri Besar. Apabila Tok Guru berdoa seluruh rakyat Kelantan mengaminkannya, orang semua tahu doa Tok Guru mustajab.



Pendewaan yang keterlaluan terhadap manusia biasa, sangatlah berbahaya kerana boleh membawa kepada ketaksuban yang melampau. Hal ini pernah terjadi apabila ahli-ahli Pas yang tidak berdosa telah terkorban kerana dihasut oleh Ustaz Politik Ibrahim Libya yang disangka sebagai pejuang Islam sejati.

Nik Aziz diangkat dan didewakan melampaui batas-batas yang diajarkan oleh Islam. Seolah-olah maqamnya sudah terlalu tinggi mengatasi mana-mana guru agama di negara ini.

Seluruh rakyat bukan sahaja di Kelantan apabila berkunjung atau menziarahi Tok Guru, mereka juga ada hajat lain iaitu memohon doa penerang hati untuk anak dan cucu mereka, ramai yang sanggup membawa bayi kecil dari jauh semata-mata mahu Tok Guru mentahnik, mencukur dan mendoakan bayi mereka supaya menjadi anak yang soleh.

Kemana sahaja Tok Guru berada, orang ramai akan mengambil kesempatan supaya Tok Guru mendoakan mereka, mereka membawa sebotol air mineral untuk Tok Guru mendoakan penerang hati atau berbagai hajat lagi. Sering berlaku di Airpot, sementara Tok Guru menunggu penerbangan, para kakitangan airport dan orang ramai mengambil kesempatan memohon Tok Guru membaca doa penerang hati dalam air botol mineral untuk diberi minum kepada anak-anak mereka.

Pemikiran yang sudah tersimpang dan terikat dengan matlamat parti ini menyebabkan semua tafsiran dan huraian akan dibuat beradasarkan politik. Menjadikan ustaz-ustaz politik Pas menganggap Islam itu adalah parti dan Pas itu adalah Islam.

Pimpinan UMNO juga ada yang ulama atau berlatar belakangkan pendidikan agama seperti Jamil Khir, Dr. Mashitah Ibrahim, Firdaus Al Hafiz (bekas imam Besar), malahan suatu ketika dulu UMNO ada Wan Mokhtar, Hamid Zainal Abidin, Dr. Yusuf Noor, Ust Nakhaei, Hamid Osman, Abdullah Mat Zain dan lain-lain lagi. Adakah rakyat berpusu-pusu membawa air mineral minta doa penerang hati dan membawa bayi untuk ditahnik dan dicukur oleh mereka ?

Begitulah yakinnya rakyat kepada doa Tok Guru. Itu sebabnya pimpinan UMNO begitu takut dengan doa Tok Guru. Sesiapa yang pernah mengikuti dan mengaminkan doa Tok Guru pasti akan tersentuh hati dan menitis air mata. Tok Guru berdoa dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu, rakyat memahami apa yang dipohon oleh Tok Guru, Tok Guru berdoa dengan sepenuh hati, bersungguh-sungguh, mendayu-dayu, merintih, menangis tersedu-sedu sehingga menyentuh semua hati semua yang mengaminkan doa Tok Guru.




Akibat dari penjelmaan pemikiran taksub dan menyeleweng dari ajaran Islam, mendorong ustaz politik Pas mentafsir atau mengupas  sesuatu fenomena secara salah dan berbahaya. Mereka menjadikan sesuatu yang negatif pada pandangan agama sebagai sesuatu yang benar dan patut dipertahankan kerana kononya sebahagian daripada ajaran Islam.

Saya teringat dalam peristiwa Memali lebih 20 tahun dulu, Tok Guru berdoa dalam satu perhimpunan besar dengan memohon supaya yang bertanggungjawab dalam peristiwa Memali sehingga mengorbankan As Syahid Ibrahim Libya dan murid-muridnya dibalas oleh Allah swt, dipecah belah mereka dan sebagainya.

Doanya diaminkan oleh puluhan ribu ahli dan penyokong PAS. Beberapa tahun kemudian, berlaku perpecahan yang dahsyat dalam UMNO. Musa Hitam yang menjadi Menteri Dalam Negeri dan Timbalan Presiden UMNO ketika itu berbalah dengan Dr. Mahathir sehingga beliau meletakkan semua jawatan dalam parti dan kerajaan, UMNO berpecah belah sehingga wujud dua team. Team A dab team B, Dr. Mahathir hampir kecundang di tangan Tengku Razaleigh Hamzah dalam perebutan jawatan Presiden UMNO. UMNO semakin parah sehinggalah UMNO diharamkan oleh Mahkamah. Kemuncak krisis UMNO akhirnya lahirlah parti Melayu Semangat 46. Dan selepas itu setiap 10 tahun kemudian UMNO sentiasa berpecah belah.

Ustaz-ustaz politik Parti Melayu Pas adalah penyeleweng tegar dalam masyarakat Malaysia hari ini. Mereka sangat istiqamah memperalatkan agama Islam dengan apa cara sekalipun dengan membuat huraian yang salah. Tujuan mereka adalah untuk mengekalkan sokongan dengan menanam kepercayaan palsu di kalangan umat Islam.

Pas Perak perlu membersihkan namanya kerana penjelmaan pemikiran taksub dan penyelewengan ajaran Islam dalam berpolitik masih berleluasa dan boleh menggugat keselamatan negara. 

Parti Melayu Pas perlu membebaskan dirinya dari hasutan nafsu yang sangat tinggi untuk melakukan sesuatu yang anti nasional dan membelakangkan roh ajaran islam.

Thursday, December 30, 2010

Pas Kedah Sudah Mengaku!!

 Sorry Brother...kepimpinan ulamak tak leh pakai la..
Tak bawak kita ke mana-mana..pusing-pusing kat situ jer..

Pas Kedah sudah mengaku dengan jelas. Parti Melayu Islam itu gagal dalam segala bidang. 

Naib Ketua Dewan Ulamak Pas Kedah, Yusuf Mahmud, memperincikan pengakuan ini secara tidak langsung melalui komennya terhadap buku anak arwah Yusuf Rawa, "Menuju PAS Baru" tulisan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid.

Sumber: bernama.com

......
Yusuf berkata beliau menolak idea yang diketengahkan oleh Mujahid iaitu mengubah konsep kepimpinan ulama yang telah menjadi amalan dalam PAS sejak lebih 20 tahun lalu.

"PAS tidak lemah dengan ulama tetapi ia perlu diperkasakan, bukan diubah kepada sebarang konsep lain," katanya.


Beliau berkata penerbitan buku itu adalah satu percubaan untuk mengelirukan orang ramai mengenai asas perjuangan PAS yang berteraskan Islam.
 

"Beliau dilihat cuba menanam rasa benci masyarakat kepada kepimpinan ulama dengan mengatakan bahawa PAS tidak membawa aspirasi nasional, apabila PAS menafikan Perlembagaan Persekutuan dan menamakannya sebagai Perlembagaan Thaghut," katanya.

Yusuf berkata masyarakat umum mungkin boleh terpengaruh tetapi ahli-ahli PAS yang telah ditarbiyah sekian lama cukup faham bahawa PAS selama ini hanya membawa aspirasi Islam bukan aspirasi nasional. 

"Beliau dilihat memberi tekanan agar PAS berubah menjadi parti yang seiring dengan Perlembagaan Persekutuan agar matlamat ke Putrajaya tercapai.  

"Perlu diingatkan di sini bahawa matlamat perjuangan PAS bukan untuk ke Putrajaya tetapi untuk menegakkan hukum Allah. Tidak ada gunanya ke Putrajaya jika PAS terhakis asas perjuangannya," katanya.

 Lintau Perak mendapati Sdra Yusuf Mahmud mengakui bahawa:

  1. Generasi kedua Pas mendapati kepimpinan ulamak selama lebih 20 tahun adalah tidak berkesan. Maka dengan itu patut ditolak atau paling kurangpun diubah supaya Pas dapat terus hidup dan tumpang berpolitik dalam negara yang ,mengamalkan sistem demokrasi berparlimen ini. Kejayaan UMNO patut dijadikan contoh terdekat memperjuangan umat Islam dan mengembangkan syari'e dan syariat Islam tanpa memperalatkan agama.
  2. Pegangan Pas sebagai Parti Melayu Islam selama ini adalah bersifat anti nasional. Dengan itu Pas dilihat tidak mampu membawa aspirasi negara terutama dalam sebuah negara bangsa yang pelbagai kaum dan amalan kepercayaan. Tidak ada sebab penganut agama lain mempercayai Pas sebagaimana mereka berkeyakinan tinggi terhadap UMNO selama ini yang juga sebuah parti kaum Melayu-Pribumi.
  3. Pas menyerlahkan sikapnya yang menafikan Perlembagaan Persekutuan. Tidak menunjukkan sikap menghormati keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Generasi muda yang berpendidikan dan menghayati ajaran agama yang sebenar menolak sikap ganas dan liar yang ditunjukkan atau yang disokong oleh Pas selama ini.
  4. Pas tidak berhasrat memerintah negara tetapi hanya berhasrat untuk menegakkan hukum Allah di Malaysia. Dengan ini Pas terpaksa terus memainkan isu negara Islam dan hukum hudud serta perlembagaan toghut untuk mengekalkan ahli dan penyokong yang semakin sedikit. Pas akan berpuashati jika ahli dan pengikutnya tidak lari walaupun tidak mampu memerintah negara.
 Habih lo kito awe...tok leh caghi make lagi doh..
nate beghuk Mujahid nih..

 Ustaz-ustaz Pas yang menggelar diri mereka ulamak kini tersepit. Suara dan pandangan mereka semakin ditolak. Kalau selama ini mereka bebas mentafsir mengikut kefahaman yang sempit, kini mereka dipinggirkan dari dalam parti sendiri.

Kejahilan ustaz-ustaz Pas selama ini terhadap konsep nasional mendorong mereka memberi ceramah yang berapi-api mengajak umat Islam menolak penyatuan kebangsaan. Ditambah pula dengan kekeliruan memahami konsep Perlembagaan Persukutuan yang mereka labelkan sebagai Perlembagaan Toghut. 
Hari ini pidato sedemikian sudah tidak laku lagi dan ustaz-ustaz Pas menjadi semakin sukar cari makan di pentas-pentas politik.

Mujahid menulis buku tersebut setalah mengkaji kejayaan UMNO dan BN menerajui parti dan negara dalam sistem demokrasi berparlimen. Pencapaian UMNO-BN menjadi asas kupasannya terhadap sistem berpolitik di negara ini yang perlu berpijak di alam nyata.

Memang telah dijangkakan bahawa ustaz-ustaz Pas akan menentang habis-habisan pandangan Mujahid kerana Pas tidak sanggup mengaku bahawa apa yang dilakukan oleh UMNO-BN di dalam negara ini adalah betul dan perlu dicontohi.

Pas Kedah sudah mengaku. Ahli-ahli dan penyokong akan merestuinya kerana pengakuan itu adalah benar. Tidak ada yang tidak benar melainkan yang benar.


Monday, December 27, 2010

Pas Perak Merayu Diberikan Kemenangan


Pas Perak Melalui Setiausahanya Misbahul Munir tidak segan silu merayu supaya parti itu diberi peluang memerintah.
Sumber: misbah.blogsopt
PAS menasihatkan pemimpin Umno BN supaya bertenang dan rasional sebelum membuat tuduhan mengatakan janji 100 hari adalah pembohong besar. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Program 100 Hari yang dikemukakan Pakatan Rakyat jika berjaya mengambil alih pemerintahan negara sebagai satu pembohongan besar yang bertujuan menipu rakyat.
Pakatan Rakyat belum lagi memerintah negara ini, sedangkan BN sudah 53 tahun memerintah Malaysia. Beri kami perintah dulu, kemudian baru nilai prestasi dan banding dengan pemerintahan BN. Macam mana seorang Timbalan Perdana Menteri bercakap dengan penuh emosi seolah-olah takut dengan bayang-bayang kekalahan yang akan dihakim oleh rakyat dalam PRU akan datang.....

Nampaknya Pas Perak benar-benar sudah hilang keyakinan. Mereka sudah mula terasa bahawa janji 100 Hari  sudah memerangkap diri sendiri. Bukan sahaja ditolak malah tidak mendapat sambutan sama sekali di kalangan rakyat.

Pas Perak sedar seluruh rakyat, termasuk ahli dan penyokong Pas di kampung-kampung hanya mentertawakan sahaja janji-janji yang berbentuk sogokan itu. 

Mereka terpaksa berhempas pulas mempertahankan idea sogokan ini sedangkan rakyat semakin tidak memberi perhatian lagi kerana sibuk menjalani kehidupan yang aman dan sejahtera.

1Malaysia yang diperkenalkan oleh DS Najib telah diterima dan difahami tanpa paksaan dan sogokan di kalangan seluruh rakyat pelbagai kaum dan agama dengan senang hati dan penuh harapan.

Pas Perak dan Gerombolan Pembangkang ternyata sudah terjerumus ke dalam lubang politik yang mereka gali sendiri. Rakyat sedang memerhatikan mereka terkial-kial untuk keluar dari lubang sempit yang berkemungkinan menjadi kubur.
"Ingin memerintah dengan cara merasuah" itulah kata-kata yang sedang berkumandang di seluruh negeri Perak sebagai menyambut 100 Hari Gerombolan Pembangkang.
 

Wednesday, September 29, 2010

DUN Galas: PAS Mengemis Belas Kasihan UMNO

Majoriti rendah......PAS mengemis belas ehsan UMNO

Sumber: peraktoday.com

PAS proposes that BN let it retain Galas seat for Malay unity

KOTA BARU, Sept 28 — With a by-election imminent in Kelantan, PAS has proposed that the Barisan Nasional (BN) let PAS retain the Galas state seat for the sake of Malay unity.

PAS deputy secretary-general Datuk Takiyuddin Hassan said today this would also help to check the prolonged political conflict between Umno and PAS.

He said it would only be appropriate for both parties to skip the by-election if they wanted unity among the Malays.

“However, it would be better if the seat was handed over to PAS as the party’s candidate was the incumbent,” he said at a media conference on the Tortura exhibition of medieval instruments of torture and punishment at the state museum here.

The Galas by-election has been necessitated by the death from colon cancer of PAS assemblyman Che Hashim Sulaima, 46, yesterday.

Sehubungan itu, beliau berharap para pengundi yang pernah mengundi Allahyarham Chek Hashim yang mewakili calon PAS pada pilihan raya umum lalu, diminta sekali lagi berbuat demikian pada pilihan raya kecil nanti.

Sumber: peraktoday.com



Nik Aziz Kata Perpaduan Melayu Adalah Utama...

Nik Aziz pula berharap pengundi yang belum berbuat demikian iaitu tidak mengundi calon PAS supaya beralih arus pada pilihan raya kecil tidak lama lagi.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz bagaimanapun memberitahu, calon yang bakal dipilih nanti masih belum dibincangkan.

Sementara itu, beliau turut menyokong pandangan Timbalan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, yang mencadangkan supaya Umno tidak perlu bertanding pada pilihan raya kecil itu bagi menjaga perpaduan Melayu.

Jelasnya, demi mengembalikan perpaduan Melayu, sewajarnya Umno tidak bertanding dalam mana-mana pilihan raya.

Sumber: harakahdaily


Demikianlah halnya dengan Parti PAS yang tidak tentu arah perjuangannya.

Untuk mendapatkan undi kaum China, PAS mendakwa perjuangannya tidak berasaskan bangsa. Kerana itu tidak wujud istilah "bangsa Melayu" dalam kamus PAS. Nik Aziz sendiripun menolak istilah Melayu itu sebagai rujukan bangsa kepadanya.

Beriya-iya benar PAS meyakinkan kaum China dan India bahawa perjuangannya tidak berasaskan bangsa atau agama. Perjuangannya suci bersih kerana semata-mata berlandaskan prinsip-prinsip keadilan dan hak manusia sarwajagat. Mereka segera menafikan tidak sekali-kali akan menubuhkan negara Islam.

Mereka mencipta hudud, membincangkan dan akhirnya meluluskannya. Untuk mendapatkan undi kaum China dan India, PAS dengan tegas memberi jaminan semua hukuman hudud hanya dikhaskan untuk oranag Islam sahaja dan kaum lain jangan risau kerana tidak terlibat. Dalam ertikata lain PAS mensasarkan mangsa hukuman potong tangan dan rejam dengan batu sampai mati, hanyalah kepada bangsa Melayu yang kebetulan paling ramai memeluk agama Islam dan dipelihara oleh Perlembagaan Persekutuan.

Untuk membuktikan PAS amat setia kepada kaum bukan Melayu, PAS redho menolak kepentingan perpaduan Melayu di Perak selepas pilihanraya ke 12 dengan membantu DAP berkuasa dalam Dewan Undangan Negeri Perak.

Benarlah bahawa PAS tidak memperjuangkan Melayu tetapi sanggup mengorbankan bangsa Melayu untuk mendapatkan undi kaum China dan India. Mereka mentafsirkan prinsip ini sebagai jalan agama yang sebenar.

Tiba-tiba apabila Che Hashim Sulaima diberhentikan Allah dari menjadi Wakil Rakyat DUN Galas, PAS kelamkabut menggunakan "bangsa Melayu" sebagai alat untuk berkompromi dengan UMNO. PAS berharap kerusi DUN Galas diberi percuma kepada mereka atas dasar perpaduan Melayu.

Sikap ini menjadikan PAS hipokrit dan mengamalkan politik liar di luar batas-batas prinsip demokrasi.

PAS lupa bahawa dalam sistem demokrasi, pilihanraya adalah mekanisme yang terbaik untuk rakyat menyatakan pendapat dan pandangan mereka terhadap pemimpin yang mereka inginkan. Pilihanraya bukan tempat ahli politik tawar-menawar tetapi tempat rakyat menggunakan suara mereka sebebas-bebasnya.

PAS rupaya membelakangkan demokrasi dan nilai-nilai agama yang menganjurkan keadilan dan hak masyarakat. PAS berhajat merampas hak rakyat di sampimg menghina hak menyatakan pendirian di kalangan rakat di Galas.

Akhirnya, pemberhentian mengejut Che Hashim oleh Allah dari jawatannya sebagai Wakil Rakyat DUN Galas memberikan gambaran jelas tentang rendahnya akal budi peminmpin PAS dan kita hanya berasa kasihan kepada rakyat Kelantan dan seluruh Malaysia yang telah tersilap mempercayai perjuangan PAS.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...