Followers

Tuesday, May 4, 2010

Kes Aminulrashid: Satu Pengajaran dalam Pendidikan Keibubapaan II

Berpusu-pusu Gerombolan Pakatan Pembangkang menggunakan kes kematian Aminulrashid untuk membina persepsi supaya rakyat percaya bahawa pihak polis telah berlaku zalim, tidak adil, ganas, tidak boleh dipercayai dan berbahaya kepada orang awam.

Samalah dengan kes yang terdahulu seperti kes al-Maunah, kes Altantuya Syariibu, kes Teoh Beng Hock, yang kesemuanya digunakan untuk meningkatkan perasaan benci rakyat kepada kerajaan. Penulis yakin rakyat tidak semudah itu untuk dibodohkan apatah lagi setelah banyak kali percubaan membodohkan rakyat ini telah gagal. Sebabnya kerana kes itu tidak kena mengena dengan rakyat secara langsung, ia adalah kes terpencil.

Penulis ingin melihat kes ini dari sudut yang lebih besar dan benar-benar melibatkan diri kita sebagai ibubapa atau penjaga kepada anak-anak kita yang masih kecil atau sudah meningkat remaja.  Kita terlibat sama kerana kejadian pada malam tertembaknya Aminulrashid adalah berpunca daripada kegagalan peranan keibubapaan yang sangat ketara, jelas dan perlu dipertanggungjawabkan. Kita terlibat sama kerana perkara ini akan berlaku kepada anak kita sendiri pada suatu hari nanti sekiranya gagal mengambil iktibar mulai sekarang.

Secara ringkasnya, anak-anak remaja boleh dikelaskan kepada tiga kategori, iaitu Remaja Berpotensi, Remaja Normal dan Remaja Berisiko. Personaliti Remaja Berpotensi dikenali dengan watak mereka yang berdisiplin, bercita-cita tinggi, menghargai masa, menggunakan peluang, memuliakan ibubapa dan keluarga, pandai mengurus masa, mempunyai hobi yang konsisten, tidak melanggar undang-undang/peraturan. Mereka juga sentiasa mengejar masa dan memenuhinya dengan aktiviti pelajaran dan menambah pengetahuan. Hubungan dengan ibubapa sangat akrab, genuine dan bertanggungjawab di rumah.

Remaja dari kategori Normal pula memiliki perwatakan yang bercampuraduk. Kadangkala mereka rajin dan menghampiri watak remaja yang berpotensi. Mahu belajar, pergi ke perpustakaan, buat kerja rumah dan sebagainya, tetapi tidak kekal lama. Ada kalanya mereka menjadi malas, tidak bersemangat dan tingkahlaku tidak menentu. Remaja jenis ini sekiranya mendapat dorongan dan kawalan yang betul daripada ibubapa/penjaga kemungkinan boleh berjaya atau tidak menjadi lebih negatif. Tetapi sekiranya tidak diberi perhatian, kemungkinan besar akan bertukar menjadi remaja yang berpura-pura dan berisiko.

Jenis remaja yang Berisiko pula memiliki watak yang jelas seperti tidak suka belajar, bergaduh, ponteng sekolah/kelas, inginkan kebebasan, mengejar hiburan, tidak suka peraturan, tidak mahu dikawal, rasa hero dan bangga jika dirotan atau ditangkap polis dan sangat jauh dari agama. Remaja jenis ini sangat tidak bertanggungjawab, pandai berpura-pura, sanggup menipu ibubapa, memiliki dua wajah iaitu lain di rumah lain di luar rumah. Paling dahsyat sikap yang dimiliki oleh remaja jenis ini ialah mereka tidak menghormati ibubapa dan keluarga serta tahap berpura-puranya sangat tinggi.

Faktor yang menentukan anak-anak kita tergolong ke dalam kategori Berpotensi, Normal atau Berisiko adalah hasil dari pendidikan keibubapaan yang kita amalkan semenjak mereka masih kecil dan di bawah kawalan kita sepenuhnya. Faktor yang mempengaruhi watak anak-anak ini akan bertambah dan berubah apabila mereka mula bercampur dengan orang lain dalam dunia sosialnya. Bermula dari bersekolah tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah watak mereka akan berubah.

Akhirnya lahirlah remaja yang memiliki harga diri yang tinggi, rendah atau sederhana. Remaja yang memiliki self esteem yang tinggi akan melakukan perkara-perkara yang positif, bermanfaat, bermoral, manakala remaja yang memiliki self esteem yang rendah akan melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral, anti estabshment, dan merosakkan dirnya sendiri. 

Ibubapa yang ada prinsip keibubapaan, akan bersama-sama membentuk perubahan watak anak-anak ini di samping usaha yang dilakukan di sekolah dan aktiviti komuniti. Proses ini berlaku berterusan sehingga anak remaja itu telah membina personalitinya yang sebenar dan mantap

Sebaliknya pula, ibubapa yang tiada prinsip keibubapaan akan menyebabkan anak-anaknya terbiar dan membesar dengan pengaruh rakan sebaya serta alam sosial di sekelilingnya. Ketika inilah perwatakan anak itu  terbina berterusan dan mengukuh sepanjang alam remajanya. Sekiranya anak itu bergaul dengan penagih dadah, maka akhirnya ia akan jadi penagih.

Selain itu, peranan ibubapa juga adalah untuk memberi dorongan dan harapan kepada anak anak supaya mereka sentiasa optimis. Motivator yang terbaik bagi seorang manusia adalah ibu, bapa atau penjaga yang paling rapat dengannya.

Anak yang baik tidak hanya pada kelakuan yang dipamerkan di hadapan kita. Anak yang baik memilki kemahiran diri seperti pandai membuat keputusan, bijak mengurus masa dan situasi, bertanggungjawab pada diri dan persekitarannya.

Apa yang berlaku pada Aminulrashid hanya ibunya sahaja yang paling mengetahui.
Apa yang berlaku kepada Gerombolan Pakatan Pembangkang, kita semua tahu mereka mahu menyuburkan perasaan benci kepada polis.

Thursday, April 29, 2010

Kejayaan DAP: Atas Kerelaan MCA dan Gerakan

Unity Didahulukan, Tuntutan Diutamakan

DAP telah berjaya menggantikan MCA dan Gerakan sebagai parti politik kaum China.

Hal ini berlaku kerana MCA dan Gerakan merelakan ianya berlaku.

Kerelaan ini berpunca daripada asakan ideologi racist dan cauvinist DAP yang bertalu-talu di kalangan kaum China teruatama golongan muda mereka. Pewarisan sifat-sifat kiasu kaum China memang tidak dapat dinafikan kerana itulah falsafah hidup mereka turun temurun dan dipegang kemas walau di mana sahaja mereka bermastautin di dunia ini.

DAP berjaya memanfaatkan sifat kiasu ini sebagaimana Lee Kuan Yew berjaya menyambar kuasa politik di Pulau Temasik untuk kaum China melalui PAP.

Kemaraan DAP menguasai minda dan jiwa kaum China tidak dapat disekat lagi kerana MCA dan Gerakan tidak berupaya menyanggah tuntutan dan dorongan sifat kiasu kaum China yang ditiup dan dibakar sepanjang masa. DAP tidak mempedulikan kewujudan sosial kontrak dan MCA serta Gerakan juga tidak nampak lagi mengapa sosial kontrak itu perlu diteruskan. Kaum China teruja dengan gagasan DAP ini dan anak-anak mkudanya menjadi bersemangat yang yakin boleh mencapainya.

Tidak mungkin MCA dan Gerakan bertindakbalas dengan mencurahkan air untuk memadamkan bara api yang marak di jiwa anak-anak muda China yang percaya bahawa mereka akan lebih berjaya jika dapat menguasai kuasa politik di negara ini. Keyakinan ini terus dimainkan dalam ceramah, kuliah, sembang kedai kopi, blogg, facebook, sms di kalangan mereka pada setiap hari. Dibantu pula oleh gerakan membunuh UMNO oleh PAS dan perjuangan PKR untuk menjadikan Nuar Berahim sebagai Perdana Menteri.

DAP tidak mempunyai bahagian dan cawangan parti yang banyak di seluruh negara, tetapi DAP berjaya menanamkan ideologi racist dan cauvinistnya di kalangan peguan, ngos, persatuan kebajikan, persatuan perniagaan, persatuan agama. Sebab itulah perjuangan ideologi DAP ini telah diaktifkan di dalam sesetengah NGOs dan juga parti politik.

Dalam parti DAP tidak ada ideologi PAS,  dan tidak ada pemimpin DAP atau pengkutnya yang memperjuangan slogan Islam PAS. Tetapi  dalam parti PAS banyak terdapat pemimpin dan pengikutnya yang mengistiharkan jihad fisabilillah memperjuangkan ideologi DAP. Malah sekarang ini semua bahagian dan ranting PAS adalah juga merupakan ranting DAP yang sudah siap siaga menunggu arahan.

Bukan semua kaum China selesa dengan cara perjuangan DAP yang agak extreme, tetapi semua kaum China tidak suka kuasa politik masih tidak berada di tangan mereka. Kerana itu konsep perkongsian kuasa yang diamalkan selama ini yang telah berjaya membawa Malaysia dan rakyat pelbagai kaum hidup aman dan berjaya, bukan lagi menjadi keutamaan mereka.

Keutamaan politik kaum China telah meningkat, iaitu bukan lagi pada tahap "berkongsi" tetapi telah mara ke tahap "memiliki". Sebagaimana Lee Kuan Yew yang pada mulanya berkongsi untuk mencapai kemerdekaan bersama Perikatan tetapi selepas itu berjaya memiliki kuasa secara total. Cuma bezanya PAP mengambil masa yang agak pendek tetapi DAP agak panjang dan perlu menunggu sehingga PRU 13 untuk menjadi kenyataan.

MCA dan Gerakan terpaksa merelakan kemaraan DAP kerana mereka tidak mampu lagi menyekat keinginan kaum China yang sudah begitu yakin boleh menguasai kuasa politik di negara ini dengan sumbangan terbesar datangnya dari PARTAI ISLAM SEMALAYSIA dan PKR.

MCA dan Gerakan berada dalam posisi "tidak ada kepentingan" untuk menentang dan menahan kemaraan DAP. Kerana itu, untuk menghalalkan sikap ini, mereka perlu mancari sebab dan alasan supaya tidak nampak mereka membelakangkan BN.

Sekarang ini, kita dapati, apa sahaja yang keluar dari mulut pemimpin MCA dan Gerakan, semuanya ke arah merelakan kemaraan DAP.

Wednesday, April 28, 2010

Kes Aminulrashid: Satu Pengajaran dalam Pendidikan Keibubapaan

SHAH ALAM 26 April - Seorang remaja lelaki, Aminulrashid Amzah berusia 15 tahun yang disyaki penjenayah mati ditembak setelah cuba merempuh anggota polis peronda ketika mahu memberkasnya di kawasan perumahan Jalan 11/2G, Seksyen 11, di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi, remaja terbabit yang memandu kereta Proton Iswara, mati akibat terkena tembakan sementara rakannya berjaya melarikan diri.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, sebelum kejadian, dua anggota polis peronda terserempak dengan kedua-dua suspek dalam keadaan mencurigakan.

Penulis mengucapkan takziah kepada ibu dan keluarga arwah adik Aminulrashid yang terlibat dalam kejadian yang tidak diingini itu.

Kepada keluarganya, pasti merupakan satu kehilangan dan kesedihan yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.

Kepada pihak polis pula tentulah ini satu tanggungjawab yang perlu dipikul dengan sebaiknya.

Penulis cuma ingin mengambil iktibar dari peristiwa ini kerana kemungkinan besar akan berlaku lagi jika kita gagal memberi perhatian kepada perkara berikut:

1. Ketelitian dan kebijaksanaan pihak polis semasa menjalankan tugas.
Dua elemen ini sangat penting pada pasukan polis yang bersenjata untuk mengelakkan berlaku kesilapan yang didorong oleh faktor kegopohan. Dalam apa jua situasi, pihak polis yang bersenjata perlu bersikap hati-hati, tegas dan bijaksana. Kita sedia maklum bahawa telah ramai anggota polis yang menjadi korban dan mangsa penjenayah tanpa belas kasihan yang menyebakan kematian dan kecederaan semasa menjalankan tugas rasmi.

2. Peranan ibubapa terhadap anak-anak perlulah lebih tegas dan berprinsip.
Anak-anak yang akan menduduki peperiksaan awam sepatutnya sedang tidur pada jam 2 pagi. Pastikan anak-anak kita mempunyai lesen memandu dan kita memberi kebenaran memandu dengan tujuan yang pasti. Sayangkan anak dengan berasaskan emosi sahaja tidaklah mencukupi kalau tidak diiringi dengan disiplin dan prinsip keluarga berkualiti. Biasanya anak akan lakukan apa yang kita kehendaki. Pada tafsiran anak-anak, apa yang kita kehendaki itu termasuklah apa yang kita tidak larang. Maka saya menyeru semua ibubapa yang sayangkan anak-anak marilah kita kenali anak-anak kita dengan sebenarnya, bukan setakat yang kita nampak dengan mata dan yang dirasa oleh emosi.

Kepada keluarga Aminulrashid, bersabarlah dan kepada pihak polis bertenanglah. Pada saya kes ini tidak memerlukan penyelesaian, tetapi memerlukan jawapan.

Tuesday, April 27, 2010

PRK HS: Zaid Kalah Tapi DAP Menang Besar

Keputusan PRK Hulu Selangor menjelaskan dengan tepat bahawa etnik China menolak konsep perkongsian kuasa yang selama ini diamalkan. Kejayaan membangunkan Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum, agama dan kebudayaan, telah tidak lagi menjadi keutamaan mereka walaupun itulah formula yang terbaik bagi negara ini.

Kesungguhan etnik China mencari dan menyuarakan pelbagai isu seolah-olah kerajaan BN tidak adil kepada mereka sudah memuncak. Mereka menolak secara total parti komponen MCA dan Gerakan dan kini berpaksi kukuh dengan parti DAP. Dengan kata lain DAP berjaya menggantikan MCA dan Gerakan sebagai mewakili etnik China.

Daripada PRK Hulu Selangor, kita dapat membuat rumusan yang jelas iaitu etnik China tidak memerlukan kerajaan untuk membangunkan mereka. Mereka tidak mahu bergantung kepada kerajaan untuk maju. Mereka sudah sangat percaya bahawa kuasa politik Malaysia perlu diubah dan mereka akan lebih maju lagi sekiranya dapat keluar dari bawah kerajaan BN sekarang.

Etnik China telah sampai ke kemuncak berpolitik mereka, iaitu mereka perlu memegang kuasa politik di negara ini.

Keyakinan ini memang berasas. Buktinya ialah kegigihan PAS dan PKR menyerang UMNO sudah sampai ke tahap merealisasikan cita-cita ini. Apabila PAS sendiri sudah mula menyerang Institusi Raja Melayu dan begitu liberal dalam persoalan agama Islam, orang-orang China sudah faham bahawa mala petaka sedang menghempap bangsa Melayu. Apabila PKR mengkucarkacirkan sistem kehakiman dan terus membantu melemahkan sistem politik berparlimen, orang-orang China sudah mendapat signal yang baik bahawa telah berlaku kemusnahan yang amat dahsyat kepada bangsa Melayu. Dengan kata lain kesatuan bangsa Melayu sudah musnah. Kemusnahan ini akan meruntuhkan kuasa politik. Tanpa kuasa politik perlembagaan negara dapat diubah mengikut tafsiran baru Pas, PKR dan DAP. Apapun tafsirannya orang-orang China tetap menggenggam kuasa politik.

Zaid kalah tetapi DAP menang besar.

Kerajaan mencuba sehabis baik menawan hati rakyat Hulu Selangor  termasuk mendengar rintihan kaum China. Peruntukan yang mereka minta dan suarakan ditunaikan segera yang boleh. Isu yang mereka bangkitkan diberi jaminan untuk diselesaikan. Tetapi mereka tetap kekal bersama DAP walaupun parti itu tidak mengeluarkan satu senpun peruntukan  untuk mereka. DAP cuma menggunakan air liur sahaja menghasut dan terus menghasut dengan memberi harapan bahawa kuasa politik pasti dapat dirampas dari kerajaan sekarang.


Antara hasil kerja Pas selama ini

Orang-orang China telah nampak dan semakin yakin bahawa kuasa Melayu/Bumiputera-BN ini sudah semakin rapuh dan menghampiri ke penghujungnya. Ideologi DAP telah meresap ke dalam jantung pengikut-pengikut Pas dan PKR.

DAP tidak perlu lagi menubuhkan bahagian atau cawangan di kampung-kampung tetapi bendera mereka dibawa dan dikibarkan oleh tangan-tangan Melayu-Islam sendiri. DAP tidak perlu menghabiskan masa mentadbir parti dan mengeluarkan peruntukan mengurus bahagian atau cawangan, tetapi ideologi parti DAP berkembang mekar di seluruh tanahair.



Kalau kita perhatikan, setiap ceramah PAS akan membawa ideologi DAP ini samada mereka sedari atau tidak. Antaranya:

1. Perjuangan Pas tidak berasaskan bangsa
2. Keadilan adalah hak samarata
3. Menyuburkan kebencian dengan menimbulkan pertentangan kelas sosial
4. Sengaja menimbulkan ketidakpuasan hati dengan membesarkan isu-isu yang kecil


Dengan daya usaha PAS dan PKR, Orang Melayu
telah menabalkan Lim Kit Siang sebagai Hero dan
pemimpin yang akan memperjuangkan nasib
masa depan generasi kedua Felda.
-Felda Sg. Tengi 24 Apr. 2010 - Perhimpunan Kebangsaan Warga Felda
Majlis DAP Menerima Memorandum Bantahan

 Saya menyeru rakan-rakan etnik China supaya kembali bersama dalam semangat 1Malaysia kerana itulah formula yang terbaik dan terbukti semenjak dari kemerdekaan hingga sekarang. Matlamat politik sempit DAP, Pas dan PKR hanya akan memusnahkan masa depan kita.

Saya juga menyeru rakan-rakan dalam PAS dan PKR supaya berpolitiklah secara matang dan berpandangan jauh. Nasib anak cucu kita adalah bergantung kepada keputusan yang kita buat sekarang.

Sunday, April 25, 2010

PRK HS: Kemenangan Kita Bersama 1Generasi

KUALA KUBU BARU: Tepat jam 9.12 malam Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor tanpa ragu-ragu telah mengumumkan bahawa calon Barisan Nasional (BN), P. Kamalanathan telah menewaskan Datuk Zaid Ibrahim, calon PKR dengan majoriti 1,725 undi. Kamalanathan berjaya meraih 24,997 undi manakala Zaid Ibrahim hanya 23,272 undi. 731 undi diisytihar sebagai undi rosak.
















Penulis mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjalankan tugas dan peranan masing-masing. Terutama kepada YAB DS Najib, YAB DS Muhyiddin, seluruh pemimpin UMNO, MCA, Gerakan, MIC, PPP, KIMMA, NGOs, Bloggers, sukarelawan,dan semua yang terlibat yang tidak dapat dicatatkan di sini

Penulis juga tidak dapat melupakan peranan generasi muda yang kelihatan begitu setia dan bersemangat tinggi membantu memenangkan calon BN. Penulis sempat mendengar rayuan dan permintaan mereka kepada para pengundi yang masuk ke kawasan mengundi dengan rayuan "Makchik..jangan lupa masa depan kami..", "Pakchik...bantulah kami membina masa depan...", "Atok...kami harap jagalah masa depan kami..."

Begitulah serba sedikit rayuan anak-anak muda ini kepada para pengundi dengan diiringi senyuman dan tata tertib yang sungguh sopan.  Penulis sangat berasa bangga dengan kebangkitan dan penyertaan anak-anak muda ini dalam meemperjuangankan nasib agama, bangsa dan tanahair kita.




Begitu juga kerjasama antara kaum yang berlangsung dalam suasana mesra bersepakatan.

Penulis tidak lupa kepada kegigihan dan kesabaran seluruh unit anggota keselamatan yang berjaya mengawal ketenteraman awam sepanjang masa berkempen sehinggalah keputusan dimumkan.

Bersyukur kita ke hadhrat Allah.

Saturday, April 24, 2010

PRK HS: Peneroka Felda Lurah Bilut Menyesal


SKIM FELDA LURAH BILUT

24 April 2010 - Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor, 4.45 pm.

Tuan Haji Nordin bin Abdullah mendakwa beliau adalah kumpulan peneroka pertama tanah rancangan Felda yang pertama Lurah Bilut di Pahang. Mendakwa beliau berucap mewakili peneroka Felda Lurah Bilut dan mencadangkan supaya seluruh bangsa Melayu terutama generasi kedua Felda bersusaha bersungguh-sungguh memusnahkan UMNO dan menghalaunya keluar daripada tanah-tanah rancangan Felda.

Sebagai kumpulan peneroka pertama, beliau telah menerangkan betapa pada tahuin 1959 UMNO begitu zalim kerana berkempen kepada mereka yang ketika itu duduk di kampung-kampung dan kerana kempen itulah mereka bergerak masuk ke tanah rancangan Felda.

Dengan nada menyesal beliau menerangkan betapa susahnya mereka menebang menebas untuk menjayakan tanah rancangan tersebut. Kesengsaraan yang dialaminya bermula pada tahun 1959 itu tidak terhingga kerana kerajaan dan UMNO tidak menyediakan bekalan air paip dan elektrik.Mereka terpaksa bekerja setiap hari untuk menjaga tanaman mereka. Kerajaan amat zalim kerana hanya memberi geran tanah untuk seluas 7 ekar sahaja.  

Beliau mengajak seluruh pendengar supaya jangan memberi undi kepada UMNO tetapi menyerus supaya memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat kerana Pakatan Rakyat terbukti telah berjanji akan membela dan memperjuangkan rakyat.

Ucapan Tuan Haji Nordin Abdullah ini disudahi dengan penyerahan memorandum kepada Lim Kit Siang dan mengharapkan DAP dapat memperjuangkan nasib peneroka Felda di Parlimen. Dalam ucapan balasnya Lim Kit Siang berjanji tidak akam menghampakan harapan mereka dan mengajak mereka memusnahkan UMNO supaya nasib peneroka yang teraniaya akan terbela.

Akan diupdate dari semasa ke semasa




PRK HS: Lim Kit Siang Menghasut Peneroka Felda

Selepas Nik Aziz, Lim Kit Siang Pula Menghasut di Felda

24 April 2010 - Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor, 4.30 pm.

Selepas Ustaz Nik Aziz yang baru 2 hari balik dari Mekah memuaskan nafsunya menghasut peneroka Felda di Sungai Tengi, maka giliran Lim Kit Sinag pula menyambung hasutan pada sebelah petang.

Walaupun kehadiran hanyalah sekitar 400-450 orang yang terdiri daripada wakil-wakil peneroka Felda dari luar negeri Selangor, tetapi hasutan yang disusun dengan begitu rapi itu terus disampaikan dalam walaupun suasana dingin tanpa sambutan daripada peneroka tempatan. Pe4nulis menganggap Lim Kit Siang dan DAP berjaya memulakan langkah pertamanya.

Lim Kit Siang berjaya masuk ke Felda dan telah ditabalkan sebagai hero peneroka Felda. Dalam majlis tersebut dua memorandum telah diserahkan kepada pemimpin racist DAP itu untuk di bawa ke sidang parlimen. Walaupun tiada tepukan gemuruh dan laungan Allahuakbar mengiringi penyerahan memorandun tersebut, tetapi jelaslah bahawa Lim Kit Siang telah berjaya menyusup masuk ke dalam komuniti Felda yang selama ini menikmati hasil dasar kerajaan yang memberi manfaat kepada mereka.

Dalam ucapannya, Lim Kit Siang dengan bangganya menyeru hadirin yang hadir supaya bersama-sama beliau untuk menamatkan riwayat UMNO-BN dan mengantikannya dengan Pakatan Rakyat kerana hanya Pakatan Rakyat sahajalah yang berjuang mebela rakyat.

Perbualan Penulis bersama beberapa orang tempatan yang terdiri daripada peneroka Felta Sungai Tengi, melahirkan rasa bimbang dan sedih kerana Ustaz Nik Aziz sanggup melacurkan perjuangan suci umat Islam kepada DAP semata-mata ingin mendapatkan kuasa. Mereka juga berasa hairan dengan sikap Anwar Ibrahim yang sanggup menjadi kuda tunggangan dan alat DAP memecahbelahkan masyarakat Melayu-Islam yang telah terbela nasibnya melalui rancangan skim Felda.

Lim Kit Siang dengan penuh emosi cuba membangkitkan kemaharan dan kebencian orang-orang Melayu terhadap UMNO dengan mengatakan bahawa generasi kedua Felda kini sudah teraniaya kerana kebanyakan mereka hanya menjadi buruh kerajaan di tanah rancangan Felda. Kezaliman kerajaan akan berterusan sekiranya UMNO tidak dimusnahkan kerana UMNO membawa banyak pekerja asing sehingga generasi kedua Felda tidak lagi boleh menjadi buruh. Sekiranya Pakatan Rakat memerintah, semua masalah ini akan diselesaikan dan hak generasi kedua Felda akan diserahkan semula. Semasa Lim Kit Siang melafazkan ucapannya ini, terdengar jeritan "takbir", tetapi tiada sambutan dan selepas itu laungan "reformasi" yang juga tiada sahutan.

Dikhabarkan malam ini Ustaz Nik Aziz akan berceramah lagi untuk menambah hasutannya supaya tahap kebencian peneroka kepada UMNO dapat ditingkatkan.

Bagaimanapun, Penulis sempat berbual dengan sebahagian dari peneroka tempatan termasuk generasi muda di Felda Sungai Tengi, Felda Gedangsa dan Felda Soharto yang mana kesemuanya akan mempertahankan tanah rancangan Felda dari menjadi lubuk hasutan Pas, PKR dan DAP. Nyata mereka menginsafi betapa Felda adalah merupakan anugerah dan nikmat Allah yang perlu disyukuri. Mereka juga akan berusaha memberi nasihat kepada rakan-rakan yang telah terpesong dan terpengaruh dengan dakyah Gerombolan Pakatan Pembangkang selama ini.

Akan diupdate dari semasa kesemasa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...