Followers

Wednesday, March 3, 2010

SEMUT UPAHAN



Menyedari bahawa kelompok reformis ini penting, Anwar telah mengarahkan 'Perjumpaan Reformis Bersama MB Selangor' diadakan baru-baru ini. Perjumpaaan berlangsung jampir 4 jam. Semuanya menjurus kepada 'bicara hati' dengan pejuang jalanan yang sekian lama memperjudikan nasib untuk menyokong Anwar.

Anwar sendiri hadir. Nik Nazmi ada. Nora ada. Tg Marziah ada. Pak Din ada. Pak Salleh Nasir pun ada. Ini semua orang kanan; penggerak reformis. Maka, antata yang paling banyak dibincangkan adalah BAGAIMANA puak reformis ini mesti dibantu. Anwar mahukan gerakan reformis dimulakan semula sesuai dengan kehangatan suasana mahkamah yang bakal bersambung 25 Mac nanti. Anwar tuntut kesungguhan mereka berada di mahkamah dan memulakan 'HARTAL' kalau perlu. Hartal ini macam 'nationwide' punya demontstrasi.

Jadi, dalam mesyuarat tersebut Khalid MB bersetuju bahawa semua reformis (150 orang reformis utama) akan diberikan elaun 'demonstrasi'. Ini sudah dijanjikan. Mereka mesti sentiasa memberikan sokongan kepada Anwar dalam apa cara sekalipun. Berapa jumlah? Katanya, antara RM2000 ke RM2500 sebulan. 150 orang sahaja. Mereka inilah yang bertanggungjawab nak bawa turun lebih ramai orang ke jalanan. Mereka masyuk; orang lain dapat apa?

Maknanya, puak reformis sudah boleh bernafas lega. MB Selangor janji RM2k sebulan. Kali 150 orang - baru RM300k. Duit siapa? Kita tak payah tanya.

Soalnya, kenapa 150 orang sahaja yang mahu dijaga. Yang lain, tinggalkan anak bini atas nama perjuangan dapat apa? Maka, Khalid pun bersetuju bahawa YAYASAN REFORMIS diwujudkan bagi membantu semua yang terlibat. YAYASAN REFORMIS akan diberikan keutamaan dalam kerja-kerja yang BOLEH mendatangkan keuntungan kepada Yayasan. Hebat cadangan Khalid. Oleh yang demikian, kita menjangkakan - lebih ramai yang akan mendapat manfaat daripada program YAYASAN REFORMIS.


Sumber: http://www.anwaraidc.com/2010/03/demonstrasi-lesu-anwar-umpan-wang-kepada-reformis.html

Perjuangan tanpa prinsip yang mantap hanya akan menganiayai pengikut. Walaupun mereka diberi upah atau rasuah murahan tetapi maruah dan harga diri mereka jatuh ke tahap paling bawah kerana melibatkan diri dengan perjuangan yang sia-sia.

Kita yakin akhirnyamereka ini akan kembali ke jalan yang benar dan insaf di atas segala kejahilan dan keterlanjuran mereka menyokong satu gerakan yang tidak berharga walau satu sen pun untuk agama, bangsa dan tanah air.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...