Followers

Thursday, February 25, 2010

NUAR BRAHIM: Kalau saya tidak diganggu



SHAH ALAM - Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan tidak akan melepaskan jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen, meskipun beliau sekarang sedang menghadapi pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Anwar juga turut menemplak Datuk Seri Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan yang mempersoalkan kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen berikutan kes liwat yang dihadapinya.

"Tugas Rais bukan tentukan jawatan politik individu lain, tetapi jaga RTM milik Kerajaan Pusat", kata Anwar.

Menurutnya, semua pertimbangan bagi jawatan itu hanya boleh diputuskan oleh pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan bukannya Rais mahupun mana-mana pemimpin Barisan Nasional (BN).

Ketika dalam ucapannya, Anwar berharap perbicaraan kes liwat keduanya di mahkamah tidak 'mengganggu' tugasnya sebagai penasihat ekonomi Selangor untuk memberikan lebih perhatian terhadap negeri itu.

"Kalau saya tak diganggu di mahkamah, saya dapat lebih banyak tumpukan perhatian di Selangor kerana sekarang ini masih banyak fitnah dan khianat dilemparkan terhadap saya," katanya.

KALAU TAK MAU DIGANGGU SENANG SAHAJA...
SEGERAKAN PERBICARAAN
JANGAN GUNAKAN TAKTIK TANGGUH-TANGGUH
.

Rakyat dah maklum:
1. Nuar cuba ubah kes dari kesalahan meliwat kepada kes konspirasi
2. Telah cuba menukar hakim
3. Telah cuba mendapatkan bukti pihak pendakwa
4. Telah cuba menyalahkan pihak lain seperti Utusan Malaysia
5. Telah cuba menyeret pihak luar negara campurtangan
6. Telah mula lakukan roadshow untuk ubah persepsi
7. Telah cuba sedaya upaya menyanggah fakta gunakan alibi

"Yang Arif can go on, in line with the authority. We will appeal and we are ready to proceed with the trial. There is no more delaying tactics." - Karpal Singh

Esok lupa...kita yakin sandiwara Buar Brahim akan diteruskan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...