Followers

Tuesday, February 23, 2010

NUAR BRAHIM DAN KONSPIRASI

Leslie Liu Malaysian Insiders berkata bahawa kalau dalam kes yang pertama – cara konspirasi boleh diterima dan dipakai oleh rakyat; tetapi dalam kes yang kedua ini – ANWAR wajib mempertahankan dirinya di mahkamah.

Blog Gelagat Anwar sependapat. Memetik tulisan terbarunya, dia menulis:

Anwar kena buktikan di mahkamah bahawa sesungguhnya TIDAK BERLAKU SODOMI pada tarikh yang disebutkan. Anwar kena buktikan bahawa kemaluannya TIDAK PERNAH memasuki dubur Saiful pada masa dan tempat yang dikemukakan oleh mahkamah. Anwar kena buktikan bahawa Saiful adalah ‘plain liar’ apabila membawa segala macam bukti, termasuk KY Jelly ke mahkamah. Anwar kena jawab secara terus terang dan tidak menyorok di belakang prosedur mahkamah.

Semalam Karpal beria-ia menyatakan bahawa mereka bersedia dengan usaha ’soal balas’ kepada Saiful. Dengan pakar DNA dan criminology yang dibawa daripada luar Negara; sebenarnya – there’s no reason for Anwar to be scared. Ayuh soal balas Saiful sampai dia tak tahan dan menangis. Kalau dapat katakan Saiful mengatakan bahawa dia sebenarnya RELA diperbuat demikian; dan suka menyuakan ‘maruahnya’ kepada Anwar – pasti Anwar sudah menang secara ‘perundangan’; namun mungkin tewas secara moralnya.
Anwar berhadapan dengan dua dilemma:

Ada dua ‘wajah’ yang Anwar kena pertahankan. Pertama, wajah perundangan – bagi menentukan bahawa LIWAT tidak pernah berlaku sama sekali. Satu lagi ‘wajah’, LIWAT berlaku tetapi dalam suasana SUKA SAMA SUKA. Mana satu yang mahu dipertahankan.
Anwar masih mahu main wayang lagi seperti didedahkan berikut:

Tindakan melibatkan PM dan Isteri memang sebahagian daripada ‘game plan’. Pembaca patut lihat artikel, ‘IF I WERE A LAWYER…’, karangan penulis tersohor Raja Petra di dalam Malaysia Today. Bagaimana RPK sudah ‘membayangkan’ bagaimana suasana mahkamah jika PM dipanggil menjadi saksi. RPK dah siapkan soalan dan ‘game plan’. Karpal, Hanipa dan Sankaran tinggal ikut sahaja. Tak perlu ubah pun tidak apa. RPK dah buat kerja untuk mereka.
Anwar perlu sedar dia tidak boleh berterusan main wayang kerana dia perlu meyakinkan orang awam:

Delaying tactics – tegas Leslie, hanya akan menyebabkan rakyat akan mula ‘berfikiran’ negatif terhadap Anwar. Anwar kena berani. Anwar kena berhadapan dengan mahkamah dengan bantuan ‘three musketeers’ yang dibawa daripada luar Negara. Mari beradu secara pemikiran dan fakta.

Kalau diikutkan pengalaman, rasanya secara total, ‘three musketeers’ mempunyai pengalaman hampir 70 tahun di dalam bidang DNA dan forensik. Berapa lama pula pakar dan ahli kimia HKL ambil masa untuk melakukan penelitian bahawa ‘air mani daripada dalam dubur’ Saiful adalah milik Pak Sheikh. Ini semua boleh disanggah secara saintifik. Rasanya, rugi juga sekiranya kehadiran ‘three musketeers’ tidak digunapakai – setelah secara kebetulan berada di sini.

Leslie Lau punya pandangan yang sangat jernih dan tidak emosional. Kalaupun mungkin Leslie mempunyai kepercayaan kepada RULE OF LAW, ianya juga mestilah dijawab dan diatasi di dalam ‘perundangan’.
Berapa lama Anwar boleh terus bermain konspirasi?

Sekarang ini, Anwar berada di dalam fasa ‘re-assuring the public’ – bahawa semua ini adalah konspirasi. Kehadiran Saiful, yang dibawa oleh staff Anwar sendiri adalah konspirasi. Adanya Saiful di samping Anwar di Singapura, Hong Kong dan mana sahaja adalah juga ‘konspirasi’. Petang Saiful di ‘perlakukan’ sedemikian rupa oleh Pak Sheikh adalah konspirasi. Zakar di dalam dubur juga adalah konspirasi. Apakah mungkin ‘kemaluan Anwar sendiri’ berkonspirasi terhadap dirinya. Ini sudah kes parah.

Kalau betul wujudnya ‘konspirasi’, semua ini hanya mungkin berlaku kalau staff di dalam pejabat Anwar sendiri BERKONSPIRASI terhadap Anwar. Ini lagi parah. Apakah Anwar yakin bahawa TIDAK ADA ‘TANGAN HITAM’ di dalam pejabatnya sendiri bagi melihat dia dikenakan bala sebegini rupa.

Kalau di peringkat Anwar TIDAK BOLEH mempercayai KEMALUANnya sendiri; dan menganggap ‘kesedapan keluar masuk di dalam dubur Saiful’ itu adalah juga satu konspirasi; Anwar sebenarnya hidup dalam kepompong yang penuh angan-angan. Realiti mestilah berhadapan dengan realiti. Anwar jangan mengajak ‘rakyat Malaysia’ menjadi pelakon tambahan kepada DRAMA KONSPIRASI – kemaluannya di dalam dubur Saiful.

Anwar kena buktikan itu tidak berlaku. Three musketeers yang dibayar ‘ratusan ribu’ mesti mampu membuktikan bahawa KEMALUAN ANWAR tidak berkonspirasi dengan pejabat PM dan orang lain. Three musketeers – mampu buat itu. Dr Brian McDonald dalam kes pembunuhan bayi di Victoria (Jaidyn Leskie) pernah mengatakan bahawa DNA bukanlah fakta yang ‘infallible’. Maknanya, ada kemungkinan DNA juga mengalami proses kerosakan misalnya. Dr Brian selalu mengemukakan pandangan bahawa DNA boleh ‘rosak dan dirosakkan’.

Apa kata, sebagai bukti bahawa KEMALUAN ANWAR tidak berkonspirasi terhadap dirinya; Dr Brian menggunakan segala kehebatan klinik swastanya di Sydney untuk membuktikan bahawa AIR MANI itu sudah ‘rosak dan dirosakkan’. Argue the case in Court.
Sudah-sudahlah Anwar. Slug it out in court like a man.
Posted by The Unspinners at 8:25 PM 8 comments

- Konspirator yang hebat berkonspirasi

Friday, January 1, 2010

KETUANAN MELAYU

Keputusan pilihanraya umum ke 12 bagi negeri perak amat mudah difahami iaitu BN menang 28 kerusi dan PAS menang 6 kerusi.

Kalau BN (28) + PAS (6) bergabung maka dapat 34 kerusi majoriti mudah, sudah boleh boleh tubuh kerajaan negeri. Dalam masa yang sama biarkan PKR (7) dan DAP (18) tubuhkan Gerombolan Pakatan Pembangkang.

Dengan gabungan ini PAS-UMNO boleh berganding bahu memerintah Perak:

1. Ajaran dan tuntutan Islam dapat dilaksanakan dengan lebih baik,

a. UMNO semenangnya selama ini membangunkan negara mengikut landasan Islam dan PAS juga sangat berminat untuk mengembangkan syiar Islam. Penggabungan ini akan menguatkan perkembangan Islam itu sendiri.
b. Percantuman kekuatan UMNO-PAS ini bukan sahaja melahirkan solid political power malah mendorong minoriti rakyat bukan Islam menghormati Islam. Mereka akan kagum kerana hidup sejahtera di bawah pemerintahan kerajaan yang berlandaskan keadilan Islam.
c. Islam yang dikembangkan oleh UMNO selama ini dapat diterima oleh bukan Islam. Tentu Islam yang dibawa oleh UMNO-PAS juga akan diterima dengan lebih baik lagi.

2. Kuasa politik tetap berada di tangan orang Melayu dan umat Islam.

a. Islam tiada batasan bangsa atau kaum. Islam adalah universal kerana Islam adalah satu sistem kepercayaan. Semua bangsa dan kaum yang terdapat di muka bumi ini berhak beriman kepada Islam. Tetapi agama Islam tidak boleh tegak sendiri. Islam perlukan kelompok manusia yang “membawa/memikulnya”.
b. Realitinya di Malaysia ialah hanya orang-orang yang berbangsa Melayu sahaja yang percaya kepada agama Islam dan berminat untuk memartabatkan agama ini di tanahair mereka. Juga dibantu sedikit sebanyak oleh bangsa dan kaum lain yang turut mempercayai agama Islam dan mereka bergabung dengan bangsa Melayu sebagai terasnya.
c. Oleh sebab itu secara faktanya, hanya bangsa Melayu yang menjadi tulang belakang yang akan “membawa/memikul” Islam ini untuk diteruskan di bumi Malaysia.
d. Tanpa kuasa politik “pembawa-pembawa” agama Islam ini akan gagal melaksanakan misinya.

Selama ini UMNO yang memegang teras kuasa telah berjaya menerajui negara melalui konsep BN. Rakyat berbilang kaum dan agama serta sistem kepercayaan dapat disejahterakan, keadilan sosial dapat dipertingkatkan dan syiar Islam tidak tersekat, dan banyak lagi yang perlu dilaksanakan.

Di sini kita tidak faham mengapa PAS tidak nampak isu penggabungan ini selepas pilhanraya ke-12 dahulu.

Paling menyedihkan kita tidak faham mengapa PAS sampai hati menolak UMNO yang terbukti jujur membawa agama Islam selama ini tetapi sepenuh hati pula bergabung dengan parti racist DAP yang anti Islam dan anti ketuanan Melayu.

Kita berasa susah hati juga memikirkan hala tuju PAS dalam berpolitik.

Tetapi bagaimanapun nampaknya generasi muda kita telah mula mempertikaikan ketidakwarasan PAS dalam soal ini.

Generasi muda kita juga telah mampu berfikiran jauh dan rasional. Mereka juga boleh nampak dan membezakan dengan jelas permainan politik yang boleh menjamin masa depan agama, bangsa dan tanahair mereka atau permainan politik yang boleh memusnahkan segala yang telah sdia dibangunkan di mana mereka sedang membesar sekarang.

Sehingga ramai anak-anak generasi muda kita yang ,melafaskan kata-kata berikut:

UMNO MENGHULUR TANGAN TETAPI
PAS REDHO JADI BABI TUNGGANGAN DAP

Thursday, December 3, 2009

MEMAHAMI SIKAP BERPOLITIK



MENGENALI DAN MEMAHAMI
SIKAP BERPOLITIK DI SEKELILING KITA

Sikap berpolitik di kalangan parti Pas memang menghairankan dan di luar dugaan sama sekali. Seperti tidak ada batas sempadan. Seperti tidak wujud sekatan dan panduan.

Contohnya semasa pilihanraya kecil Bukit Gantang tempohari, YB Nga Kor Meng dari Parti DAP dengan selamba dan sengaja melafazkan ucapan salam sambil mengumumkan bahawa beliau adalah penganut Kristian. Lantas selepas itu melafazkan ayat suci al-quran di atas pentas yang dihadiri oleh kaum muslimin dan muslimat Islam. Selesai melafazkannya beliau diberikan sambutan laungan “takbir…takbir…takbir” oleh segelintir suara di celah-celah penonton yang hadir. Manakala sebahagian besar dari yang hadir kedengaran mengucapkan “astagfirullah al azim” Pemimpin Pas Pusat dan negeri (termasuk YB Nizar Jamaludin) yang turut berada di atas pentas kelihatan tersenyum megah dan berasa menang.

Kita mungkin boleh faham mengapa YB Nga Kor Meng sengaja berbuat bergitu. Padanya satu kepuasan dapat mempermain-mainkan orang Islam termasuk pemimpim politik mereka. YB Nga Kor Meng juga faham bahawa untuk mencapai cita-cita politik, Pas akan berbuat apa sahaja bagi mengumpul undi, termasuk mengizinkkannya mempersendakan Islam. YB Nga Kor Meng tahu bahawa perbuatannya akan ditentang olah orang Islam yang lain, tetapi beliau yakin Pas akan mempertahankannya habis-habisan. Dan itulah yang berlaku.

Sikap politik begitu bukan sahaja memalukan tetapi boleh merosakkan kesucian agama yang selama ini kita hidupkan, perkembangkan, pertahankan dengan segala daya upaya walaupun negara ini masyarakatnya majmuk.

Sikap ini kalau diteruskan akan mengundang padah yang amat buruh kepada generasi kita di kemudian hari. Akan tertanam persepsi di benak mereka bahawa “matlamat menghalalkan cara”. Kalau agamapun boleh dipermainkan atau diperalatkan sedemikian rupa , maka persoalan nilai dalam kehidupan akan terkubur begitu sahaja ditelan zaman.

Kita berharap anak-anak muda dan kaum terpelajar dapat mengenali dan memahai sikap berpolitik di sekeliling supaya mereka boleh memberi panduan dan membina sempadan.

Wednesday, December 2, 2009

PEMIMPIN HARAKAH TUNJANG MENUNJANGI

PEMIMPIN HARAKAH TUNJANG MENUNJANGI
Walaupun terpaksa sama-sama bernafas dalam lumpur kemaksiatan





Kemelut maksiat politik Nik Aziz di Kelantan semakin parah.

Ustaz Nik Aziz sendiri telah beberapa kali cuba berdalih mengatakan dirinya tidak bersalah langsung dalam kemelut maksiat politik berbentuk nepotism, kronysm, salahguna kuasa yang diamalkannya selama ini. Nik Aziz pada mulanya menepis dengan mengatakan penulis blog sengaja mengadakan fatnah untuk menjatuhkan pemimpin dan kerajaan Islam. Isu ini sengaja direka-reka sama seperti di zaman Nabi Muhammad dahulu katanya.

Bila ditimbulkan maksiat rasuah tajaan haji RM65,000 seorang untuk pakej VVIP, ustaz Nik Aziz membidas pihak yang memburukkan niat suci penaja yang ingin bersedekah kepadanya atas dasar dirinya mulia dan untuk mendapatkan keberkatan darinya. Malah ustaz Nik Aziz menggambarkan betapa berkat dirinya waimma seliparnya dicuri untuk memperoleh keberkatan darinya jua. Beliau mengingatkan orang yang berbuat fitnah akan balasan neraka yang amat pedih.

Kemudian ustaz Nik Aziz menyalahkan bahawa ada pihak yang dengki dan sengaja khianat untuk menjatuhkan orang-orang tertentu di dalam kepimpinannya. Beliau lantas mengungkapkan wujudnya konspirasi. Ini juga berlaku di zaman Nabi Muhammad katanya.

Ustaz Nik Aziz menjelaskan beliau telah menyuarakan hasratnya untuk mengamalkan kronysm berkaitan lantikan CEO PMBK dalam “mesyuarat penuh” yang dipengerusikannya. Oleh sebab tiada apa-apa suara menasihatkannya, maka dianggap mesyuarat telah meluluskannya. Apabila maksiat ini didedahkan ustaz Nik Aziz dengan segera menyalahkan LA yang tidak beri nasihat apa-apa kepadanya ketika hasratnya untuk melaksanakan amalan kronysm yang telah dinyatakan dalam mesyuarat.

Melihat kepada maksiat politik yang semakin menjadi-jadi dan perkembangan yang semakin parah dan memalukan ini, maka PAS Pusat terpaksa turun padang “memberi nasihat” kepada ustaz yang bergelar Mursyidul Am tersbut. Walaupun nampak macam sudah TERBALIK bahawa Penasihat diberi Nasihat atas amalan maksiatnya, akhirnya diumumkan CEO PMBK letak jawatan. Ini mengesahkan dengan telus bahawa memang ustaz Nik Aziz Penasihat PAS melakukan maksiat kronysm dengan sengaja dan di bawah kawalannya.

Memburukkan keadaan, kedua-dua anak ustaz Nik Aziz iaitu Nik Abduh dan Nik Amalina (dengan bantuan YB Siti Mariah Mahmud) dengan rela hati mereka mendedahkan diri masing-masing melalui penulisan di dalam blog. Semua pihak terkejut akan perihal rendahnya budi pekerti, pemikiran dan mentaliti kedua-dua anak Mursyidul Am Pas ini. Penulisan mereka penuh dengan retorik tanpa fakta, layanan emosi liar, mengamalkan fitnah melalui maksiat bahasa tahap rendah, mengagungkan kemuliaan keluarga tanpa nas. Ini secara langsung membuka mata seluruh dunia bahawa ustaz Nik Aziz gagal mendidik atau mentarbiyyah anak-anaknya untuk mengamalkan hidup mengikut acuan Islam seperti yang dilakonkannya.

Seterusnya tanpa tekanan dari mana-mana pihak, tiba-tiba ustaz Nik Aziz cuba pula memadamkan berita kemaksiatan yang diamalkannya dengan meletupkan satu berita melalui kenyataannya mengenai “colonel Mat”. Beliau memberitahu umum bahawa Colonel Mat adalah mastermind konspirasi menjatuhkannya. Bila ditanya beliau tidak mahu menjelaskannya tetapi memberi jaminan akan keesahannya.

Presiden Pas Uztaz Hadi Awang tak sampai hati membiarkan ustaz Nik Aziz bergelumang bersendirian dalam maksiat yang dilakukannya itu. Melihatkan perkembangan peristiwa ini semakin parah, Ustaz Hadi memabntu dengan mengeluarkan kenyataan “penasihat Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang gagal memberikan "nasihat undang-undang dan politik".

Demikianlah dalam keadaan terpaksa pemimpin Pas “Tunjang Menunjangi” antara satu sama lain walaupun terpaksa sama-sama bernafas dalam kemaksiatan. Terbuktilah sudah bahawa maksud Amanat Haji Hadi Awang yang dipegang oleh jemaah taksub Pas bahawa “Politikan Islam, Islam itu Politik” berbanding nasihat Tun Mahathir “Jangan campuradukkan Urusan Agama dengan Urusan Politik” yang diputarbelit oleh Haji Hadi kepada “Agama Suku Politik Suku”.

Makna-Makna:

Urusan Agama:
Misalnya berjemaah solat jumaat dengan rukunnya yang sempurna di mesjid yang ditauliahkan, menyediakan kebajikan untuk rakyat jelata adalah urusan yang dituntut oleh agama, memberi wang ehsan adalah kehendak agama.

Urusan Politik:
Misalnya berceramah untuk memenangi hati pengundi, menghasut orang ramai supaya membenci pihak lain, tidak bersyukur dapat wang ehsan tapi hasut orang ramai supaya benci kerajaan kerana tak beri royalti - itu semua urusan politik.

Jangan campuraduk urusan politik dan agama:
Contohnya ceramah politik kepartian yang keterlaluan dalam khutbah jumaat dengan fakta yang tidak betul, fitnah sembarangan, kupasan yang menyeleweng, atau menjemput orang ramai ke Majlis Ilmu tetapi kandungannya kempen politik yang dihiasi dengan maki hamun, atau bekerja untuk mendapatkan rezeki yang halal dengan Jabatan Agama Islam atau jabatan kerajaan tetapi bersikap khianat untuk melaksanakan cita-cita politik parti yang sempit, dsb

Agama Suku Politik Suku:
Bermakna tidak boleh agama dan politik itu dipisahkan. Politik dan agama itu adalah satu. Apa sahaja yang dilakukan oleh orang politik adalah agama. misalnya maksiat khutbah di atas mimbar adalah agama, amalan kronysm dan salahguna kuasa adalah agama, mentafsir ayat-ayat Allah ikut kehendak parti adalah agama. Ayat-ayat Allah digunakan oleh orang kafir di atas pentas politik adalah agama.

Thursday, November 26, 2009

Maqam Ustaz Nik Aziz

Nampaknya maqam kemuliaan Ustaz Nik Aziz sangat tinggi.
Kemuliaannya bukan sebarangan.
Qualiti aqidahnya luar biasa.

Para pengikut, penyokong dan pencium tangannya semakin yaqeen atas kemuliaan, ketinggian dan keluarbiasaan taraf keislaman ustaz Nik Aziz.

Buktinya beliau sanggup berqorban kerana Allah dengan memecat anak menantunya sendiri walaupun tidak bersalah.

Melalui firasat dan ilham luar biasa yang dikurnia Allah kepadanya, ustaz Nik Aziz mendapat tahu yang bersalah ialah UMNO/BN/Kerajaan Pusat dan pihak lain yang sengaja membuat fitnah untuk menjatuhkan Islam ciptaan PAS di Kelantan.

Beliau yang sentiasa mengamalkan kehidupan zuhud (menolak dunia secara maximum) melahirkan rasa kecewa kerana niat suci bersodoqah pihak yang membiayai pakej haji VVIPnya dihalang.

Beliau juga mendapat firasat dan ilham luar biasa yang dikurnia Allah kepadanya bahawa melantik Ariffahmi memegang jawatan CEO PMBK adalah betul dan mengikut panduan Nabi sendiri. Yang salah ialah LA telah tidak menjalankan tugas memberi nasihat kepadanya dalam mesyuarat penuh ketika perlantikan tersebut dahulu.

Beliau nampaknya kesal kerana orang ramai masih tidak memahami dirinya yang sentiasa suci, bersih, tidak mungkin berbuat silap. Allah tidak menciptanya untuk Kelantan sahaja tetapi untuk seluruh dunia bagi membawa keberkatan. Kerana itulah seliparnya sanggup dicuri orang untuk mendapat baraqah, tangannya dicium untuk mendapat baraqoh, gambarnya digantung untuk mendapat baraqoh.

Beliau kini menjadi ulamak tersohor mengatasi ulamak-ulamak yang lain dalam Parti PAS kerana telah membawa baraqoh kepada parti itu dengan kehadiran pegawai-pegawai SPRM di Kelantan.

Tuesday, November 24, 2009

Nampaknya suasana politik tanah air semakin menarik.

UMNO dah semakin stabil. MIC pun hampir begitu. MCA hampir kucar-kacir tetapi kini telah nampak minat nak cari jalan keluar. Kesimpulannya BN belum mantap.

DAP terus berjaya menghuruharakan Pulau Pinang dan rakyat. Keadilan telah semput sehingga terpaksa melantik Penasihat Ekonomi yang tidak dipersetujui oleh PAS dan DAP secara senyap. PAS pula menggelisah hilang identiti dan hilang arah akibat kemungkaran yang dilakukan oleh Geng Kelantan yang dikhalifahkan oleh Yang Amat Berhormat Tuan Guru Mursyid Haji Nik Aziz bin Haji Nik Mat. Kesimpulannya Gerombolan Pakatan PAS + DAP + PKR semakin menghampiri sempadan keruntuhan yang sudah ditakdirkan untuk mereka.

Kerakusan DAP untuk menghancurkan ketuanan politik Melayu, menghalang perkembangan Islam Tulen dan segala bentuk yang berasaskan Melayu semkin ketara, jelas dan terbukti berjaya.

Kebodohan melampau pengikut-pengikut PKR semakin menjadi-jadi apabila mereka masih terus mempercayai Nuar Brahim untuk menjadi ketua mereka walaupun berbagai skandal beliau dan orang-orang kanan beliau telah menjadi pengetahuan umum, tidak termasuk skandal Elyzabeth Wong dan lain-lain.

Ketaksuban pengikut-pengikut PAS pula telah teruji dengan kes demi kes yang telah diketahui umum dilakukan oleh wali zuhud ustaz Nik Aziz yang dinobatkan sebagai mampu memberi baroqoh. Sehinga kini pengikut-pengkut yang taksub tegar sahaja yang tidak tergugat, yang lain telah mula berfikir, meneliti dan akhirnya akan balik ke pangkal jalan.

Kseimpulannya, kesesatan politik yang dibawa oleh PAS, PKR di kalangan orang Melayu_Islam, telah mula berubah. Kalau dulu mereka terpinga-pinga dengan hujah yang tak sempat untuk difikirkan benar salahnya, kini mereka ada masa untuk membuat sedikit analisa.

Cuma sekarang tinggal DAP sahaja yang mempunyai peluang yang sangat luas untuk terus memporak-perandakan Melayu_Islam dengan hanya menjadikan pemimpin PAS dan PKR sebagai kuda tunggangan yang bodoh dan boleh dipermainkan.

DAP mampu mengarahkan PAS dan PKR berbuat apa sahaja. Disuruh baring atas jalan mereka akan baring, di suruh lawan Tuanku mereka akan lawan, disuruh orang kafir boleh guna ayat quran dalam kempen politik mereka akan laksanakan, disuruh berhenti memperjuangkan Islam mereka akan berhenti. Pendek kata DAP sangat berjaya menguasa segala-galanya yang ada pada pemimpin dan pengikut PAS + PKR.

Sebab itu agaknya hari ini telah mula kedengaran suara-suara bisikan halus di kalangan rakyat yang selama ini terpedaya dengan dakyah Gerombolan Pakatan DAP+PAS+PKR, telah mula melafazkan kata-kata seperti:

1. Mereka ni dah mengarut
2. Takkan agama diletak begitu rendah di bawah telapak kaki DAP
3. Menyesal aku beri kepercayaan dulu, rupanya omong kosong politk sahaja
4. Kalau menegakkan keadilan, biarlah mahkamah teruskan perbicaraan,
mengapa asyik cari helah untuk tangguh-tangguh
5. Bila kes Azmin Ali didedah, mengapa tak saman balik macam selalu dibuat

ahhh...macam-macam lagi.

Thursday, July 23, 2009

Perihal Nizar Jamaludin

SELOKA PERIHAL ADUN PASIR PANJANG
YB NIZAR JAMALUDIN


Tersebutlah kisah di negeri Perak,
J.W.W Birch tersungkur di Pasir salak,
Di situlah pahlawan Melayu berjihad bergasak,
Melawan Penjajah mempertahankan hak.

Membara semangat cintakan negeri,
Membuak gelora penjajah dibenci,
Tak tahan kehinaan menikam diri,
Terkenangkan anak cucu kemudian hari.

Bertempik Maharaja Lela mengilir keris,
Berbondong pendekar menyusun lapis,
Penjajahan tanahair maruah bonda terhakis,
Bersatulah segala Melayu bergalang tangkis.

Begitulah ceritanya mengikut sejarah,
Menjaga tanah ayo rupa-rupa payah,
Tumpah darah, tak kena gaya terus pindah,
Anak cucu kemudian hari yang terima padah.

Jaman-jaman dulu raja yg perintah,
Apa katanya tak boleh di bantah,
Zaman sekarang udah le berubah,
Dalam parlimen rakyat bebas berhujah.

Nak masuk Parlimen kena jadi Wakil Rakyat,
Nak jadi Wakil Rakyat kenalah berpakat,
Masuk bertanding, lukis lambang hijau bulat,
Kalau menang baru isytihar pakatan dah dibuat.

Begitulah Encik Nizar masuk ke Dewan Negeri,
Angkat sumpah setia, teruslah jadi YB,
Tak semena-mena pulak, takdir Allah dari azali,
Walaupun tak layak, tapi Tuanku lantik jadi MB.

Bila dah dilantik, angkat sumpah menjadi MB,
Nizar pun buat agrement dengan tokehnya DAP
Sebarang dasar, PAS tak boleh buat sesuka hati
Mesti diluluskan memanda PKR dan Raja DAP.

Bila dah mendapat majoriti yang lebih,
Meleleh air liur YB Nga dan YB Ngeh,
Tanah di Perak, banyaknya makan tak habih,
Kena cepat-cepat lulus, segera pulak diagih.

New Village tu sebenornya Kampung Baru,
Tempat mengumpul bekas kominis dulu,
Dema nak jatuhkan kerajaan tapi kena buru,
Bila dah surrender, duduklah diam di situ.

Bila DAP dapat control kuasa memerintah,
Disuruhnya PAS patuh, jangan nak bantah,
Semua bekas kominis diberi hak milik tanah,
999 tahun, dapat free, tak perlu susah payah.

Dalam mesyuarat Exco YB Nizar jadi patung,
Hanya boleh ngangguk, bila DAP buat untung,
Islam entah ke mana, PAS kena kelentong,
PKR tak kisah, asalkan dapat main punggung.

Tanahair kita yang tercinta, tergadailah sudah,
Akibat Nizar bahalol, macam budak isap dadah,
Nak dapat balik tanah tu, bukannya mudah,
Kecualilah kita sanggup kelahi bertumpah darah

Kebodohan YB Nizar bin Jamaludin ,
Nama je parti Islam tapi otak macam kambing,
Kehendak DAP diikut saja tak payah bargain,
Inilah dikatakan Pemimpin PAS memang tengin.

Bila ditanya, ngapa Nizar, kamu buat begitu,
Nizar bahalol kata, pakatan punya hala tuju,
Bekas komunis Kampung Baru mesti dibantu,
Barulah jawatan MB kekal selamanya milik aku.

Punyalah bodoh ADUN PAS Pasir Panjang,
Terus MENDERHAKA bila majoriti dema hilang,
Habis segala polis, tuanku Sultan diterajang,
DAP tergelak, tengok dari jauh cekak pinggang.

Rakyat Pasir Panjang masih hairan ternganga,
Kampung dema belum maju, masih takuk lama,
Nak jaga Bt. Gantang pulak, memang dia ni gila
Ikut cakap DAP, jadi boneka dipijaknya agama.

Ingatlah pesan orang tua-tua,
Warisan kita hendaklah dijaga,
Tanah ayo dan segala harta benda,
Kalau tidak, anak cucu yg menderita.

(Hasil nukilan: Insan yang hilang simpati pada idealisme PAS dan semakin yaqin pada kejujuran dan keikhlasan serta kewibawaan BN untuk agama, bangsa dan tanahair walaupun kita bersikap menafikannya sepanjang masa)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...