Followers

Sunday, February 6, 2011

Pas Perak: Syurga Di Bawah Kilatan Mata Pedang


Wahai manusia ! Jangan sekali - kali kamu bercita - cita mencari musuh sebaliknya mohonlah kesejahteraan daripada Allah swt .Andai bertemu jua dengan musuh , bersabarlah ! Namun begitu , ketahuilah bahawa sesungguhnya syurga itu berada di bawah kilatan mata pedang .
dipetik dari:
5 Strategi Pas Perak Untuk Mendapatkan Undi

Sumber: Pasperak
Kemenangan yang diburu tidak mudah untuk dicapai , namun kita tidak boleh putus asa . Kerja kuat dan gigih berusaha adalah ikhtiar yang dituntut sebelum kemenangan dikurniakan oleh Allah swt .
Sebegai sebuah Gerakan Islam , sekurang - kurangnya kita mempunyai 5 strategi utama untuk memastikan kemenangan kekal menjadi milik kita .
1. Taqwa. [ taat ]
Semua petugas parti (pemimpin mahupun ahli biasa) sewajarnya mempertingkatkan hubungan dengan Allah swt dan senantiasa meletakkan diri dalam situasi beribadah kepada Allah swt. Pastikan apa jua kerja dan tugas yang kita lakukan adalah kerana Allah swt dan ia menjadi ibadah yang soleh walau hanya menampal poster dan memasang bendera .
2 . Juhud [ gigih dan bersungguh - sungguh ]
Kita tidak boleh leka dan over confident. Tanpa kerja kuat kita tidak akan berjaya. Tiada kemenangan yang boleh dicapai hanya dengan menggosok lampu ajaib aladin . Malah lampu itu pun tiada ditangan kita , apatah lagi aladin tidak wujud dikalangan kita .
Jangan ada mereka yang hanya berpeluk tubuh dan membatu diri menyaksi keperluan yang perlu diselesai dan disempurnakan . Lebih malang kalau hanya banyak cakap , komplen sana sini dan memperhabiskan biskut kopi di markaz sahaja .
3. Tawakkal . [ bergantung kepada Allah swt ]
Jangan putus harap kepada Allah swt biarpun kita menghadapi kesukaran dalam perjuangan ini. Sekalipun cabaran yang kita hadapi serta tekanan yang kita alami terlalu getir dan berat, setelah kita kerahkan segala upaya yang kita miliki, kita mesti yakin dan sandarkan keputusannya kepada Allah swt .
4. Munazzamah [ sistematik ]
Bertindak secara terancang dan berpandukan arahan serta peraturan yang telah ditetapkan oleh parti. Setiap tindakan mestilah melalui syura samaada di peringkat UPU, MTD, Kawasan, Negeri atau Pusat.
Aktiviti dan gerakkerja dalam tempoh yang terhad dan kemampuan kewangan yang terbatas ini mestilah di pastikan bahawa kita tidak membazir masa dan tenaga dengan aktiviti yang tidak menepati sasaran atau gerakkerja yang tidak membawa pulangan besar kepada perjuangan .
5. Istiaanah bissobri was solah. [mohon pertolongan dengan sabar dan doa]
Kemenangan yang kita dambakan ini adalah daripada Allah swt, justeru itu kepadaNya kita wajib memohon kemenangan ini. Allah swt mengajar kita agar memohon pertolongan dengan sabar dan solat.
Sabar
Allah swt telah berfirman: إن الله مع الصابرين -Sesungguhnya Allah bersama dengan orang - orang yang sabar.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
Wahai manusia! Jangan sekali - kali kamu bercita - cita mencari musuh sebaliknya mohonlah kesejahteraan daripada Allah swt. Andai bertemu jua dengan musuh, bersabarlah! Namun begitu, ketahuilah bahawa sesungguhnya syurga itu berada di bawah kilatan mata pedang .
Solat
Membawa maksud munajat dengan memanjatkan doa kepada Allah swt agar Allah memberikan kekuatan kepada kita serta kemenangan yang telah dijanjikan. Serentak itu, agar Allah mengurniakan petunjukNya kepada rakyat atau pengundi dan melembutkan hati mereka untuk menerima mesej perjuangan kita.

Saturday, February 5, 2011

Meludah Dan Jilat Semula Adalah Hobi Istimewa Pas


Pas sememangnya suka meludah merata-rata dan kemudian menjilat kahaknya semula beramai-ramai.

Posting Lintau KLIK SINI melaporkan bahawa Pas dan Pakatan Pembangkang mendakwa bahawa PTPTN telah menyebabkan mahasiswa yang telah menamatkan pengajian mereka terpaksa menjadi pelacur. 

Kerajaan yang mengusahakan skim pijaman pendidikan PTPTN ini diludah setiap hari dalam ceramah-ceramah majlis agama mereka. Merayau ke setiap surau dan mesjid memberitahu orang ramai tentang kezaliman kerajaan menyediakan skim PTPTN tersebut.

Tetapi dalam masa yang sama, ada pula yang menjilat kahak yang diludah merata-rata tempat itu dengan ghairahnya. Lengkap dengan dalil dan alasan bahawa skim PTPTN itu adalah sangat baik. 

Kita berharap Rakyat tidak keliru dengan hobi Pas yang suka meludah dan mereka juga menjilat semula kahak mereka sendiri.

Sumber: Rakan Blogger Rakyat Marhaen

Pelajar 'terseksa' PTPTN belum diterima - PKPIM

KUALA LUMPUR - Ramai pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta mendakwa mereka masih belum menerima wang pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi semester ini.
Lebih mengecewakan lagi ada sesetengah universiti sudah menuntut yuran peperiksaan akhir semester namun, wang pinjaman itu masih belum diperoleh.

Exco Pendidikan dan Penyelidikan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Ahmad Afif Ahmad Mohtari Yasim berkata, pihaknya menerima banyak aduan mengenai masalah tersebut membabitkan pelajar di seluruh negara.
"Kes ini bukan kes kecil sebaliknya dihadapi oleh begitu ramai penuntut di seluruh negara. Malah mungkin ada pelajar sekarang sedang berlapar dan menanggung seksa kerana tiada wang," dedahnya kepada Kosmo! semalam.
Menurut Ahmad Afif, selain itu, masalah yang timbul ekoran kelewatan wang PTPTN juga melewatkan pelajar membeli buku teks, pembayaran yuran universiti dan pembayaran sewa tempat tinggal.
"Bayangkan, bagaimana seorang pelajar yang datang daripada keluarga sederhana terpaksa mengikat perut selama beberapa bulan kerana tidak mempunyai wang selama satu semester," jelasnya.
Lebih memburukkan keadaan, kos makanan dan minuman di institusi pengajian tinggi di sekitar Lembah Klang mencecah lebih kurang RM10 sehari.
"Jadi, bagi sebulan kos paling minimum hanya untuk makan dan minum sahaja sudah cecah RM300. Tambah pula yuran pengajian sekitar RM350 sehingga RM800 dan buku-buku rujukan akademik mencecah RM250.
"Bayangkanlah jumlah sekitar RM1,500 yang terpaksa ditanggung sendiri oleh para pelajar universiti kita sebelum masuknya pertengahan semester. Bagaimana mereka mahu bertahan sehingga tiga bulan untuk satu semester," katanya.
Justeru, PKPIM mahu PTPTN memberi penjelasan mengenai kelewatan tersebut dan mencari satu mekanisme bagi menyelesaikan segera masalah tersebu
t
http://wargamarhaen.blogspot.com/2011/02/duit-bik-mama-pelajar-murung-ptptn.html 

GEMPAR HABIss: Peminjam PTPTN Jadi Pelacurrrr!! di Manjung



Pejuang-Pejuang Islam Surau Madah di Seri Manjung Perak menggesa Kerajaan memansuhkan pinjaman pelajaran PTPTN.


Ini bertujuan untuk mengelakkan peminjam terpaksa menjadi pelacur untuk membayar balik pinjaman masing-masing. 


Ramai mahasiswa dan mahasiswi yang telah menamatkan pengajian masing-masing terpaksa menjadi pelacur semata-mata dipaksa oleh PTPTN.

Double Y: PAS & PKR Lacurkan Nama Rasullah S.A.W di Surau Se...: "Semakin hari semakin kalut dan ribut puak Pakatan Rakyat dalam percubaan mereka untuk memesongkan fikiran rakyat supaya terpengaruh dengan ..."

Friday, February 4, 2011

Pas Bukan Sahaja Ditolak Rakyat Perak, Di Sarawakpun Kena Halau!

Kucing Dah Mula Menghalau Tikus!

Masa depan Pas dah hampir tamat.

Pergi ke Tenang, hanyut bersama Normala dalam banjir. Galas dalam tangan, terlucut begitu sahaja. 

Di Perak ahli-ahli dan pengikut sudah muak dengan kebodohan Nizar Jamaludin menyembelih bangsanya sendiri.

Kini nak masuk ke Sarawak, jadi tikus kena kejar lintang pukang.

Sumber: Melanau Blogger

Semalam TAIKO PKR Sarawak, Baru Bian menyuarakan kritikan terhadap PAS yang telah menggunakan perjuangan dan fahaman Agama sempit yang akan memberi kesan terhadap pengundi2 di Sarawak. Beliau mengambil contoh kempen PRK DUN Tenang di mana De Facto PAS, Nik Aziz Nik Mat mengeluarkan fatwa bahawa orang Islam yang mengundi BN di anggap sebagai Jahiliyah.

Baru Bian berkata, masyarakat di Sarawak amat tidak suka akan fahaman2 politik Agama yang akan memberi kesan terhadap perpaduan rakyat di Negeri Borneo itu. Cara hidup di Negeri ini amat berbeza dan Nik Aziz tidak sewajarnya memutarbelitkan isu Agama sempit demi merampas kuasa politik.

PKR Sarawak juga mendesak pimpinan PKR Pusat memikirkan hal ini secara serius jika hendak menawan Sarawak kerana Nik Aziz dikhuatiri akan terbawa2 budaya tersebut apabila hadir berkempen di Sarawak menjelang Pilihan Raya kelak.

Nik Aziz perlu berfikir berkali-kali jika ingin ke Sarawak pilihan raya nanti, ini bukah soal kalah atau menang. Tapi soal 'fatwa biadap' yang muncul dari mulut Nik Aziz setiap kali pilihan raya...

Apakah Nik Ajis ingin mengatakan orang Sarawak kafir serta jahiliah jika tidak mengundi PAS? Ayat  tersebut sangat sensitif bagi masyarakat berbilang kaum di Sarawak.

Keep on reading: melanaublogger.blogspot.com

Read more: melanaublogger

Thursday, February 3, 2011

China DAP Tak Sambut Tahun Baru China


Lintau mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru China kepada seluruh rakyat Malaysia yang berketurunan China. 

Nikmatilah keselesaan hidup di negara ini dan sama-samalah mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang terbukti menjamin keharmonian dan kesejahteraan hidup pelbagai kaum dan agama.

Elakkan dari perbuatan anti nasional dan menghina mana-mana kaum atau agama dengan apa cara sekalipun kerana perbuatan itu tidak baik. 

Gong Xi Fat Chai 

House PK: GEMPAR! ORANG KANAN NIZAR KKK TAK MAHU URUS JENAZA...

House PK: GEMPAR! ORANG KANAN NIZAR KKK TAK MAHU URUS JENAZA...: "Imam Zul di sebelah kanan Zulkifli Bin Tapison atau lebih dikenali dengan Imam Zul orang kuat Nizar dikatakan tidak mahu meng..."

Wednesday, February 2, 2011

Hujah Tun Mahathir Gagal Difahami Oleh Haji Nik Aziz


Haji Nik Aziz masih lagi syok dengan kenyataan umumnya bahawa "UMNO menolak Islam".

Ustaz politik Parti Melayu ini berkata demikian untuk menghalalkan sokongannya terhadap kenyataan Lee Kuan Yew yang meminta umat Islam di Singapura (tentu juga di Nusantara) supaya melonggarkan pegangan agama Islam mereka.

Harakahdaily dalam ulasannya juga dikesan sama gagal memahami hakikat perjuangan UMNO dan sumbangan besarnya kepada perkembangan syari'e dan syariat Islam di negara ini.

Dengan mudah Tun Mahathir menjelaskan:

Petikan: Harakahdaily

“Hasil perjuangan nasionalis Melayu negara sekarang diperintah oleh orang Melayu Islam. Mereka mengharamkan arak dalam majlis rasmi Kerajaan, menerap nilai-nilai Islam dalam pemerintahan, membekalkan wang kerajaan untuk kegiatan-kegiatan agama Islam, memudahkan orang Islam buat kerja haji, mendirikan masjid-masjid, menubuhkan Universiti Islam, Bank Islam, Takaful, badan-badan dakwah, mengharamkan loteri nasional dan berbagai-bagai lagi yang disuruh oleh agama Islam.

"Teruk sangatkah orang nasionalis ini dalam mengamal ajaran Islam?” kata Dr Mahathir



Menuduh UMNO menolak Islam adalah pembohongan besar. Rakyat Malaysia samada Islam atau bukan Islam amat menyedari bahawa UMNO sentiasa konsisten dengan agama yang mereka pegang.


Bukan Muslim juga menikmati hidup di bawah keadilan dan kesederhanaan Islam yang menjadi dasar pelaksanaan dalam semua bidang hidup rakyat pelbagai bangsa dan agama.


Bukan Muslim bebas dan selesa dengan agama mereka. Kaum Bukan Melayu bebas dan selesa mengumpul kekayaan dan berjaya membaiki taraf hidup sekian lama.


Peniaga runcit China bukan Islam boleh mengaut keuntungan perniagaan dalam kawasan penduduk Melayu Islam dan kaum India bukan Islam bebas mendirikan kuil di merata tempat serta menjayakan pelajaran anak-anak sehingga menjadi ahli profesional. 


Ini hanyalah contoh yang amat mudah untuk memahami bahawa UMNO dan BN berjaya mempertahankan persepakatan bijak yang merentas kaum dan agama di negara majmuk ini.


Persoalannya mengapa Pas dan Harakahdaily sentiasa mendendangkan bahawa UMNO menolak Islam?


Sebabnya adalah kerana agama Islam adalah modal dan alat politik Parti Melayu itu.


Bahayanya, Pas tidak sedar bahawa maksud Lee Kuan Yew yang sebenar bukanlah ditujukan kepada ahli-ahli dan pengikut Pas, tetapi kepada umat Islam di luar pengaruh politik Pas.


Penghalang cita-cita PAP dan DAP adalah umat Islam yang berpegang kepada agama Islam sebenar yang tidak dipolitikkan yang menjadi pegangan sebahagian besar umat Islam di negara ini bersama kerajaan yang mereka dirikan. 


Ajaran Islam yang dipegang oleh UMNO adalah ajaran yang mementingkan keadilan sosial, persaudaraan, hormat menghormati, saling membantu, menghargai ilmu, menolak keganasan, menerima kepelbagaian ras, budaya dan agama dan banyak lagi nilai murni sejagat. Inilah Kerajaan yang dirikan bersama oleh seluruh Rakyat Malaysia yang ingin dimusnahkan oleh kenyataan Lee Kuan Yew itu.


Lee Kuan Yew sangat berharap lebih ramai umat Islam melonggarkan pegangan agama Islam mereka seperti yang sedang diamalkan oleh Pemimpin Pas serta ahli-ahli dan pengikutnya sekarang. Dengan itu lebih mudah Kerajaan yang diperjuangkan oleh Rakyat ini dimusnahkan. 


Selagi umat Islam di negara ini berpegang teguh dengan ajaran Islam yang sebenar dan berlainan dengan Islam yang dipegang oleh Pas, selagi itu cita-cita mendaulatkan Ketuanan China DAP di Malaysia akan menjadi angan-angan PAP Lee Kuan Yew.


Mampukah Nik Aziz dan Harakahdaily melaksanakan hasrat Lee Kuan Yew ini?


Jelaslah bahawa hujah Tun Mahathir tidak mampu difahami oleh haiwan politik ini.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...