Parti Bangang yang berjaya mengajak pengundi membuat keputusan yang salah.
Pengundi tersiksa dilanda musibah, manakala orang yang mereka beri undi sedang bersukaria di luar negara.
Baca seterusnya:
THE DEVOUTED SAVIOUR OF TFK: ALASAN TERBANGANG WAN AZIZAH SELAKU ADUN KAJANG YA...: Tak susah menjadi wakil rakyat Pakatan Rakyat, khususnya PKR dan DAP. Mereka tidak perlu bekerja, tidak perlu tunjuk muka dan tidak pernah...
Followers
Sunday, December 21, 2014
Sunday, October 26, 2014
Jenayah Doktrin Sedunia
SABTU, 25 OKTOBER 2014 @ 8:10 AM
Dunia aman jika Israel dihapuskan
Oleh Mohd Shauki Abd Majid
HUBUNGAN Islam (lebih tepatnya Muslim) dan Kristian secara umumnya adalah sejarah yang amat panjang dalam tamadun dunia. Dalam ajaran Islam, agama Kristian adalah agama yang cukup istimewa seperti juga al-Quran dengan jelas memberi gambaran positif terhadap sosok Maryam, ibu kepada Jesus (Nabi Isa).
Begitu juga sebaliknya di mana orang pertama yang melihat ciri kenabian dan mengakui Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul adalah ahli kitab, Waraqah Ibn Nawfal, yang juga sepupu Khadijah, isteri Nabi Muhammad. Keyakinan dan pengakuan Waraqah ini adalah interaksi awal yang menandai hubungan Islam dan Kristian pada awal-awal kelahiran Islam.
Pada peringkat awal, hubungan Islam dan Kristian tidak pernah menjadi masalah. Telah berlaku dialog dan hubungan yang cukup rapat antara agama samawi itu. Malah, Nabi Muhammad menandatangani perjanjian dengan golongan Kristian (dikenali sebagai Testamentum) bagi melindungi pihak Kristian pada awal perkembangan Islam.
Kandungan perjanjian ada menyebut bahawa Nabi Muhammad SAW dan umat Islam akan mempertahankan agama mereka daripada diserang dan dimusnahkan oleh mana-mana pihak, bebas menjalankan agama dan bebas pergi ke gereja dan tidak ada paksaan dalam memeluk agama Islam. Sekiranya mereka disakiti, Nabi juga akan terasa sakitnya dan akan membela mereka daripada disakiti mana-mana pihak.
Bagaimanapun, hubungan Islam dan Kristian memasuki fasa kedua yang mula dicemari dengan konflik terutama pasca Rasulullah SAW wafat. Ini selepas Islam mula berkembang dan tersebar ke berbagai tempat, bermula dari tanah jazirah Arab ke Afrika, Parsi hingga mencapai kawasan lautan Mediterranean dan kawasan Eropah (Sepanyol), hubungan Muslim dan Kristian mula bermasalah. Orang Kristian yang menguasai dataran Eropah mula tercabar dengan perkembangan Islam dan memberi reaksi negatif.
Stigma Islam agama keganasan, peperangan
Pada masa itu Islam muncul menjadi penguasa baharu dan ini membuat orang Kristian berasa terancam. Mereka mula mempersoalkan dan menghina Islam khasnya ajaran yang terkandung dalam al-Quran dan mula memberi stigma Islam sebagai agama keganasan dan peperangan.
Penguasa Kristian di Eropah mula membuat rancangan untuk memperluaskan kuasa mereka. Hubungan Muslim dan Kristian semakin tegang dan semakin memuncak dengan tercetusnya Perang Salib. Padahal, kalau diteliti secara lebih mendalam, isu sebenar daripada punca peperangan ini adalah isu kuasa. Bukan kerana adanya pertentangan ajaran agama (secara teologi).
Mereka menggunakan agama sebagai modal untuk mereka terus berkuasa dan memberi justifikasi melancarkan Perang Salib terhadap Islam. Dalam Perang Salib, mereka tidak hanya membunuh askar Islam yang menjadi musuhnya, tapi mereka turut membunuh orang Yahudi di Baitulmaqdis. Malah, jumlah mangsa bunuh orang Yahudi oleh askar Kristian lebih besar berbanding jumlah askar Islam.
Begitu juga halnya dengan perkembangan semasa di mana kuasa-kuasa besar melancarkan peperangan di Iraq dan Afghanistan adalah semata-mata berpunca kepada perebutan kuasa. Peperangan ini seolah-olah mengulang episod sejarah perang Salib dengan kuasa sebagai punca peperangan dan didorong oleh keinginan untuk menjajah negara Islam.
Akan tetapi, isu utama hari ini dalam melihat hubungan Muslim dan Kristian adalah isu kewujudan Israel. Isu ini tidak wujud ketika perang Salib dan mereka berperang bukan kerana membela Yahudi. Jika dahulu orang Kristian berperang kerana agama mereka, maka hari ini peperangan di Iraq adalah kerana kepentingan Israel. Selain kerana ingin menguasai sumber minyak di Iraq, Amerika Syarikat menggulingkan Saddam Hussein kerana Saddam dianggap kuat menentang Israel.
Israel telah menjadi pertimbangan utama dalam strategi dan agenda penguasaan Barat terhadap dunia hari ini. Begitu juga dengan apa yang berlaku di Syria. Penentangan Amerika terhadap Syria adalah berkaitan dengan keinginan Israel untuk menguasai Bukit Golan. Tempat itu kawasan yang strategik dari beberapa aspek. Salah satunya adalah bagi membekalkan air kepada Israel di mana satu pertiga keperluan air Israel berasal dari Bukit Golan.
Pertahan Bukit Golan daripada diceroboh Israel
Pada masa kepemimpinan Hafez al Assad dan diteruskan oleh anaknya, Bashar al Assad, Syria mempertahankan Bukit Golan daripada sebarang cubaan pencerobohan Israel di kawasan itu. Perkara sama juga berlaku terhadap Iran ketika Israel dengan sokongan Amerika cuba untuk menyerang negara mullah itu dengan alasan isu nuklear. Padahal Israel adalah negara yang memiliki 400 senjata nuklear.
Dalam konteks dunia hari ini, peperangan yang berlaku di beberapa tempat punca utamanya adalah Israel. Sejak penubuhan negara haram Israel inilah, konflik dan perang berlaku disebabkan Israel. Oleh itu, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa dunia akan aman dan konflik akan berkurangan sekiranya Israel tidak wujud di dunia. Isu Israel ini yang dilihat menjadi penghalang kepada terciptanya hubungan dan dialog antara Islam dan Kristian yang positif. Ini terutama dengan kewujudan sebuah kumpulan yang disebut sebagai Zionis Kristian. Kumpulan ini percaya bahawa dunia ini akan dikuasai oleh Kristian dengan syarat Israel menguasai kawasan Asia Barat.
Penistaan ke atas Muslim
Hubungan Muslim dan Kristian memasuki fasa ketiga dengan perkembangan semakin mengarah ke arah pertikaian ideologi berikutan penjajahan Barat terhadap negara Islam. Penjajahan ini tidak hanya bermotifkan penguasaan kepada sumber kekayaan, akan tetapi penjajahan boleh dikatakan sebagai titik permulaan kepada era penghinaan, pengaiban dan penistaan ke atas Muslim. Buku-buku dan karangan sarjana penjajah dengan sengaja memutarbelitkan sirah Nabi, al-Quran dan ajaran Islam. Pada zaman penjajahan inilah kemuncak penghinaan terhadap Islam.
Selepas era penjajahan, keadaan hubungan Muslim dan Kristian agak baik. Bagaimanapun, hubungan ini masih dibayangi oleh cabaran yang masih mengintai berikutan hasrat dan matlamat pihak Kristian Barat tetap ingin menguasai dunia melalui penjajahan bukan fizikal sama ada melalui penguasaan ekonomi, pemikiran, budaya dan sebagainya. Mereka mula menjajah negara-negara Islam secara tidak langsung atau apa yang dikenali dalam sains politik sebagai neo-kolonialisme. Melalui ekonomi, mereka menguasai lembaga kewangan dunia seperti Bank Dunia, Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) dan WTO.
Melalui politik, mereka menubuhkan PBB. Perkara ini dapat dilihat secara jelas dengan sistem veto di mana mereka mempunyai kuasa mengawal organisasi itu untuk kepentingan mereka. Meskipun kemudian hari, kuasa-kuasa besar dunia (negara yang mempunyai kuasa veto) pecah kongsi dan tidak menjadi pak turut Amerika, akan tetapi dominasi dan penguasaan terhadap negara Islam masih terus berjalan.
Islam masih dianggap sebagai cabaran bagi mereka terutama selepas berakhirnya perang dingin. Meskipun sebahagian besar daripada mereka sudah tidak percaya kepada agama (ateis), tetapi mereka masih menginginkan agama mereka menjadi anutan kepada penduduk seluruh dunia. Itulah sebabnya mereka masih memperkecil dan menghina Islam.
Cabaran umat Islam
Cabaran berikutnya adalah meskipun negara Islam sudah merdeka, namun umat Islam berdepan dengan realiti di dunia ini yang masih menggunakan dan melaksanakan idea dan pemikiran Barat sama ada dalam bidang ekonomi, politik dan budaya. Kita (umat Islam) hidup dalam alam yang dikuasai oleh mereka. Minda kita masih dijajah dan dikuasai oleh pemikiran Barat.
Ruang dialog antara Islam dan Kristian juga boleh dimainkan menerusi kerangka bahawa berlakunya penjajahan ini tidak berkaitan dengan dogma dan doktrin keagamaan. Namun, isunya adalah soal dominasi dan hegemoni pihak tertentu kepada pihak lain. Bagi mereka yang mengetahui punca yang sebenar, mereka akan bersedia berdialog seperti antara Barat dan Timur, Islam dan Kristian. Malangnya, kumpulan dan ahli fikir yang menentang dasar penjajahan ini adalah golongan minoriti, yang tidak mempunyai kuasa menghentikan penjajahan tersebut. Begitu juga halnya dengan golongan mengetahui punca sebenar konflik Muslim-Kristian yang bersedia untuk dialog adalah segelintir dalam masyarakat.
Penulis ialah Setiausaha Penyelidikan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)
Apa yang dilakukan oleh doktrin zionist adalah hampir sama dengan apa yang sedang diusahakan oleh sesetengah doktrin parti politik pembangkang di negara kita. Sewajarnya kita lebih berwaspada, tegas dan tingkatkan keberanian politik semasa kita masih memegang tampuk pemerintahan, pentadbiran dan pengurusan negara.
Monday, May 19, 2014
Dap Konsisten
Doktrin china Dap sangat jelas dan konsisten.
Di atas padang politik mereka berjaya menawan pemikiran dan jiwa para pemimpin dan pengikut parti Melayu Islam Pas di samping terus berjaya menyuntik doktri cauvinism yang mendalam di kalangan masyasrakat MCA dan Gerakan.
Kebaijaksanaan strategi politik china Dap juga membuktikan mereka berjaya sepenuhnya menerobos dan menghancurkan benteng keIslaman yang menjadi "motto politik" Pas.
Kini Parti Melayu Pas, parti china Dap dan peminat-peminat doktrin cauvinism china Dap telah bergabung berpegang dan berjuang di atas doktrin yang sama iaitu membawa agenda politik china Dap di Malaysia.
Kegagalan BN menguasai dua pertiga kerusi Parlimen adalah kemenangan hakiki hasil kejayaan doktrin china Dap.
Bangsa Melayu-Bumiputera masih ada peluang mempertahankan diri mereka jika masih berminat.
Monday, April 22, 2013
GELOMBANG: Birunya biar sampai mengubah pantai
Apabila Parlimen dan DUN telah dibubar dan calon telah ditetapkan, tugas dan peranan jentera pilihanraya perlu Pantas, Cepat dan Tangkas.
Jika kita mencipta Gelombang, pastikan sampai mengubah warna-warna pantai. Jika tidak kita hanya syok sendiri. Kerana warna biru itu adalah warna di kalangan kita sendiri.
Pengundi yang berselerak di luar sana ada bermacam warna. Mereka perlu dihampiri, sehingga akhirnya mereka berminat dengan warna biru kita.
Mencetus Gelombang dalam Dewan hanyalah permulaan sahaja. Kerana jumlah gol tidak akan bertambah, selagi pemain tidak beraksi di padang.
Sunday, April 21, 2013
Kamilia: Antara Kehendak Peribadi dengan Keperluan Parti
Kamilia Ibrahim
Untuk menentang UMNO bagi memenuhi keinginan peribadinya, Kamilia telah melepaskan jawatan Naib Ketua Wanita Umno yang dimenangi tanpa bertanding, meletak jawatan Ahli Majlis Tertinggi Umno dan ketua Wanita Umno Kuala Kangsar. Serentak dengan itu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan Kamilia dipecat dari parti itu kerana bertanding sebagai calon Bebas.Kamilia segera mengeluarkan kenyataan bagi mewajarkan tindakan melulunya dengan menganggap BN sengaja “menghina” Pergerakan Wanita kerana tidak melantiknya mewakili pemimpin tertinggi sayap parti itu sebagai calon Parlimen Kuala Kangsar. Juga mendakwa BN tidak memberi pengiktirafan ke atas sumbangannya dengan mengabaikan kehendaknya supaya dipilih sebagai calon Parlimen.
Tuduhan Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia itu telah dijawab dan dijelaskan oleh Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Datuk Seri Najib Razak dengan menyatakan tidak timbul soal beliau tidak diberi tempat kerana beliau sendiri menolak tawaran bertanding DUN Bukit Chandan.
Dato Wan, Pemimpin Muda Harapan Semua
Seluruh jentera pilihanraya UMNO Bahagian Kuala Kangsar kini berkerja keras bersama Dato Wan Khairil Wan Ahmad untuk mempertahankan kerusi Parlimen mereka. Ahli-ahli, penyokong UMNO dan Rakyat tempatan begitu gembira dengan pemilihan Dato Wan Khairil yang begitu peramah, mudah dihubungi, sering bersama rakyat menjadi calon di tempat mereka.
Kini mereka akan terus berganding bahu memberi kemenangan kepada Dato Wan yang menggantikan veteran wanita Umno Datuk Seri Rafidah Aziz yang mengalahkan Dr Khairuddin Abdul Malik dengan majoriti 1,458 undi di Parlimen Kuala Kangsar dalam pilihanraya yang lalu.
Kamilia boleh memilih untuk terus hanyut dengan desakan emosinya, atau kembalilah ke pangkal jalan. Banyak kaedah dan cara boleh dipilih untuk memulihkan diri sebelum tertinggal begitu sahaja.
Friday, December 14, 2012
Penguasaai china DAP Semakin Terserlah
Setelah china PAP berjaya menguasai sepenuh Singapura dan china DAP berjaya menguasai Pulau Pinang, maka kedudukan Parti Melayu Pas yang menjadi parti suruhan mereka semakin tidak bernilai lagi.
Apatah lagi senario politik masa kini menunjukkan pola yang amat ketara iaitu semua kerusi Parlimen dan DUN di bandar-bandar besar dan utama pasti akan dikuasai oleh china DAP untuk mengukuhkan kedudukan politik mereka.
Di manakah status Parti Melayu Pas dan Parti Keluarga Nuar Berahim?
China DAP tidak perlu memegang tampuk pemerintahan negara. Mereka hanya perlu membantu mengekalkan Kelantan dan Kedah di tangan Parti Melayu Pas dan Selangor di tangan Nuar Berahim. Dengan ini mereka akan terus mempunyai "access" yang cukup besar terhadap semua khazanah negeri-negeri tersebut.
Apa jadi jika Parti Melayu Pas dan PKR tidak lagi mahu bekerjasama dengan parti china DAP?
Tidak akan ada apa2 perubahan pada DAP kerana mereka sudah berjaya menjadi HERO kepada kaum china dan berjaya meminggirkan MCA, MIC dan Gerakan dalam arena politik negara.
Sebab itulah DAP tidak takut menyuarakan penentang jika bertembung dengan Parti Merlayu Pas dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan agama. DAP sudah boleh berdikari kerana mendapat sokongan sepenuhnya dari kaum Cina.
Parti Melayu Pas dan Nuar Berahim akan terus dijadikan alat pemangkin untuk menundukkan BN dari menguasai 2/3 kerusi Parlimen.
Baca seterusnya Antarapos.com
Wednesday, December 12, 2012
Tugasan Politik Lebih Mudah di Larut
...bahan-bahan sadoqah Parti Melayu Pas untuk rakyat Malaysia
Hanya perlu kekalkan penyokong sedia ada dan ditambah dengan pengundi2 yang bukan terdiri dari ahli parti.
Keutamaan perlu diberikan kepada pengundi muda dan pengundi pertama kali.
Aktiviti yang paling berkesan yang bakal dilaksanakan oleh jentera BN di Larut tentulah aktiviti Pertemuan Bersemuka dan sesekali aktiviti skala besar untuk mengekalkan gelombang...
Teruskan bacaan anda: Pengundisetiasungairapat
Sungai Rapat Online: Dendam Menantu Hantu Hadi Awang Terhadap Fauzi ter...: Sungai Rapat Online mendapat maklumat daripada penyokong Pas Larut sendiri bahawa dendam menantu Hadi Awang Presiden Pas terhadap Dato ...
Subscribe to:
Posts (Atom)